Memaparkan catatan dengan label Al-kesah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Al-kesah. Papar semua catatan

::Kesah Buah Oren Yang Bahagia::

Ini kesah buah oren yang ceria..



Nama saya oren..salam perkenalan semua..=)


Cak!!!cute tak saya..hehe


Saya ada dua tangan


Saya ada dua kaki


Saya sudah bebas..hehe


Saya nak posing kat sini boleh??


Lenguh lak kaki..senaman sikit


Siapa sayang saya angkat tangan??


Sedih!mereka tak sayang sebab saya kulit..tak sedap dimakan..tapi sedap dibuang begitu saja..huhu

Saya sudah penat, nak tidur dulu..bye-bye XD









lepas ni nak buat guna buah ni lak la..XD



dari en.google..=)












p/s:asal lak umah sewa tak ada air ni??esok nak pegi kelas takkan dengan keadaan tak mandi lak??adesss..air oh air di mana kau..sekian

p1

::Apabila Anjing Mengadu Kesakitannya Pada Lembu::





diambil dari en.google ok..




Kisah ini diambil dari emel yang telah dihantar kepada kotak emel aku. Kisahnya aku pernah dengar sebelum ini. Aku terpanggil untuk memasukkan ke dalam laman ini agar ia menjadi renungan bersama.



LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yang tak kena je?



ANJING: Aku tengah tension nih. Mau je aku gigit manusia tadi.



LEMBU : Eh? Kenapa?



ANJING: Aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yang sedang berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata "hoi anjing, pergi jauh-jauh, najis!".



LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia.Biasalah tu.



ANJING: Kalau aku najis sekalipun, kalau dia tersentuh aku, boleh disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?




LEMBU: Betul tu. Memegang wanita yang bukan mahramnya tanpa ikatan yang sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun disamak.



ANJING: Wah... ayat ko memang power la. Manusia kena ubah pepatah "Pandai macam LEMBU"






Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa : "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram".


Bersentuhan (dengan sengaja apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat, tetapi menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.


Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna".
(Surah Zumar: 9)








"Lahirnya manu sia disambut dengan azan... matinya manusia diiringi solat... antara azan Solat ... alangkah singkatnya hidup ini"











p/s:sila amik iktibar...

p1

::Nak Mampus Ker?::





gambar hiasan sajer..=P







Pada suatu pagi, bertanya si isteri pada si suami:


Isteri :Abang tengok jiran kita yg baru pindah tu?


Suami :Kenapa?


Isteri :Tiap pagi sebelum pergi kerja, suami dia akan cium isterinya. Bila pulang
kerja, dia akan berikan isterinya sekuntum bunga mawar. Loving betullah
mereka. Kenapa abang tak buat macam tu?


Suami :Nak mampus cium isteri dia?!! Mana abang kenal isteri dia?'


Isteri :Abang ni..(si isteri merajuk terus masuk dalam umah)


Suami :Biar betul isteri ak ni..hish!, xnak ak(still blur)








-END-









p/s:tak ade moral, yg ada hanya story ajer..hrp2 enjoy yer..berikan pendapat/penambahbaikan/komen/kutukan membina =P diruangan komen ok?..selamat mengkomen yer..lalalalala =)

p1

::Cinta Itu Buta?::

cinta itu buta? .......

cinta itu buta

Seorang lelaki buta memasuki sebuah restoran. Amin, pemilik restoran itu
juga berperanan sebagai pelayan mendatanginya dan menghulurkan menu.

"Saya orang buta dan saya tak boleh membaca menu.Tolong bawakan sudu kotor
yang telah dipakai oleh pengunjung sebelumnya dan saya akan menciumnya. Dari
situ nanti saya tahu masakan apa yang enak untuk dipesan," kata lelaki buta
tersebut.

Amin mengumpulkan beberapa sudu bekas dipakai yang ada dan memberikannya
kepada lelaki tersebut. Ia mencium sudu itu dan akhirnya berkata, "Saya
pesan ikan pais dan sayur masak asam bang"............

Dengan agak terperanjat Amin mencatat pesanan lelaki buta itu. Menu itu
memang menjadi kegemaran para pengunjung restoran tersebut. Beberapa hari
kemudian lelaki buta tersebut datang lagi. Sekali lagi dia minta sudu bekas
dipakai untuk dicium, tetapi bukan yang habis dipakai utk makan ikan pais
dan sayur masak asam. Hanya ada satu sudu yang habis dipakai untuk makan
menu lainnya.

Amin memberikannya
kepada lelaki buta tersebut yang kemudian memcium sudu itu dan berkata,
"Bau sudu yang ini sedap juga, seperti
habis diguna untuk makan ayam
bakar dengan sayur ulam dan sambal
belacan." Amin mengiyakan dan si
lelaki buta memesan makanan tersebut.

Lelaki buta itu untuk ketiga kalinya datang semula beberapa hari kemudian.
Dia datang lebih awal ketika belum
ada satupun pengunjung yang datang sehingga tidak ada sudu bekas diguna yang
boleh diberikan untuk dihidu. Entah dari mana datangnya, tiba-tiba sifat
nakal bodoh Amin muncul. Dia menghampiri isterinya yang berperanan
sebagai tukang masak di dapur. Diberikannya satu sudu dan berkata, "Yati,
kamu usapkan sudu ini di
ketiak kamu"

"Apa-apa lah abang ni ?" tanya Yati tak faham.

"Sudahlah ikut je lahhhh, untuk kemajuan restoran kita," kata Amin setengah
memaksa. Yati menurut, mengusapkan sudu tersebut di "ketiak! nya" dan
menyerahkan kembali kepada Amin.

Dibawanya sudu tersebut ke lelaki buta yang duduk menunggu. Lelaki buta
itupun menghidu sudu itu, dengan
mengernyitkan keningnya, lelaki buta
tersebut berkata, "Aku tidak menyangka makwe lamaku Yati bekerja di
sini....... boleh saya jumpa dia"

Amin: ????????????????.(bengang)



Sesungguhnya Cinta itu Butaaaaaa....(^.^)













p/s:adakah cinta itu buta??=P

p1

::Kisah Ibu Mertua Yang Berdendam Terhadap Menantunya::

Kisah Ibu Yang Berdendam Terhadap Menantunya


Ibu, Anak Dan Menantu


Suzana (bukan nama sebenar)dan razman(bukan nama sebenar) adalah pasangan yang paling bahagia dari sejak zaman sekolah..mereka sering kelihatan bersama di kantin, di dalam kelas mahupun waktu belajar di luar kelas...


Sesudah tamatnya zaman persekolahan, mereka menyambung pelajaran di sebuah U swasta yg terletak disekitar kuala lumpur ... mereka bagaikan belangkas yang tak dapat di pisahkan lagi........


tetapi dalam setiap percintaan mesti ada dugaan nya.. ‘Salmah seorang ibu yg bengis & terlalu mengongkong keluarganya supaya mengikuti sgala kehendak nya..


Salmah adalah ibu kpd Suzana.


Pada suatu hari, Salmah mendapat tahu bahawa anak tunggalnya keluar dgn seorang lelaki iaitu Razman.


Dia mendengar khabar itu daripada jiran2 nya. Salmah pun naik berang dan sangat marah terhadap Razman & mnyimpan dendam terhadap Razman..


Salmah sanggup memberhentikan pengajian anaknya dari belajar di U itu........dengan niat utk memisahkan mereka.


Setelah 3 bulan Suzana berhenti, datanglah Razman dgn rombongan meminangnya ke rumah Suzana. Ibu nya terpaksa akur dgn perhubungan percintaan mereka kerana menyedari bahawa jodoh anaknya itu memang kuat untuk Razman.


Setelah setahun berlalu mereka pan di ijab qabul kan ...... Mereka berdua bercadang hendak pergi honeymoon ke Pulau Tioman......


tapi malang telah menimpa mereka......


Razman dan Suzana telah mendapat kemalangan semasa dalam perjalanan ke Pulau Tioman.


Salmah bertambah marah..


kerana kemalangan itu menyebabkan muka Suzana mengalami luka yang teruk sehingga kulit muka nya tersiat. Malah


meninggalkan kesan yang amat menakutkan......


Sejak kemalangan itu kebencian Salmah terhadap Razman begitu membuak2. Razman berasa kecewa akan sikap Ibu mertuanya... ...


tambahan mengetahui berita tentang wajah anaknya akan menjadi cacat seumur hidup.



Razman cuba utk memperbaiki keadaan..... ...Razman bertemu dengan doktor bagi merawat muka isterinya dengan


cara mendermakan kulitnya...



Perkara ini Razman telah memohon agar doktor berjanji akan tidak menceritakan kepada isteri dan ibu mertuanya.


Setelah seminggu Suzana membuat pembedahan muka, Salmah begitu gembira melihat perkembangan muka anaknyadan memeluk cium muka anaknya.


Namun dendamnya terhadap menantu tidak pernah padam.


Doktor tersenyum melihat kegembiraan Suzana dan ibunya.Salmah bertanya kepada doktor dengan penuh harapan siapakah insan yang sanggup mendermakan kulit untuk...


pembedahan muka anaknya.



Doktor terdiam seketika lalu menjawab.... ..


penderma tersebut menyuruh saya agar tidak memberitahu akan identitinya kepada puan. Salmah akur dan kecewa dengan jawapan dari doktor tersebut dan mencium mukaanaknya berkali-kali.



............ ......... ....



Sebenarnya Doktor telah menyimpan rahsia Razman yang mana telah mendermakan kulit punggungnya untuk pembedahan muka isteri kesayangannya.



Cuba lah kalau rahsia ini terbongkar dan Salmah (ibu mertuanya) tahu...



yang pipi anaknya di cium berkali-kalai itu adalah...



kulit punggung menantunya yang dibenci.



















p/s:Macamana erkkk reaksi ibu mertua itu??;-)




.

p1

::Blogku Sudah Sebulan::

ZACK ENTRY

Yer, blog ku sudah sebulan..hehe



"Wei!kecoh la..baru sebulan pon nak kecoh..orang blog dah lebih setahun dah..xde kecoh2"



Ayat diatas mesti terpikir di kepale korang kan? kan? kan?..hehehe



Tapi aku tak peduli..


Kawan-kawan!blog aku sudah sebulan!hahaha

Blog aku mula dikenali umum pada 18 Disember 2009 (Maal Hijrah) *teror tak aku pilih tarikh..hehehe


Walaupun baru sebulan, follower aku sudah pun mencecah 95 orang..



"Kecoh jer, baru 95 follower..aku nye dah lebih seratus pon"



Rilek ar korang..jangan cakap macam tu..aku baru lagi..huhuhu




95 follower

Camera hp ku tidak jelas..huhuhu




Angka yang tidak disangka-sangka..




Aku ingat blog aku tidak mendapat sambutan..huhuhu




Kepada semua follower, terima kasih yang tak terhingga..jasamu akan

dikenang..aku akan selalu menjenguk blog korang(kalo aku free la)..hehe



Apapun aku akan cube yang terbaik untuk menjadi yang terbaik..



Terima kasih!(wat style alleycat)=)




-END-











p/s:korang support aku, aku support korang..korang follow aku, aku follow balik korang..=)


p1

::Laut Terbelah Seperti Zaman Nabi Isa::

People crossing the Jindo sea road


Laut Terbelah



MasyaALLAH!
Suatu kejadian alam yang sama sekali tidak ada kaitannya dengan kisah
Mozes (Musa), the Ten Commandments dalam buku Exodus-Holy Bible.


Laut Terbelah

Ini adalah fenomena alam yang paling mengagumkan di Korea Selatan yang
dinamai "Moses Miracle", dua kali setahun terjadi air surut, terbuka
suatu alur daratan sepanjang 2.8 kilometer dan lebar 40 meter yang
menghubungkan pulau Jindo dan Modo selama beberapa jam.


Laut Terbelah



Suatu festival diadakan untuk mengingatkan kejadian alam dan dihadiri
orang-orang dari segala penjuru dunia ini. Bagaimanapun kejadian alam
ini belum begitu diketahui sampai tahun 1975, ketika Mr. Pierre Randi
duta besar Perancis untuk negara Korea berkunjung kemari dan
mempublikasikannya di surat kabar Perancis.





p/s:kuasa tuhan...

p1
Share