

Sungguh frust dan tension kerana Geng Blogger (GB) telah diserang lagi...
Sungguh panas hati kerana tempat singgahan pertama aku jika aku bukak internet ialah GB..
Dah kalo GB dah tak boleh bukak?aku nak lepak mana lagi..adeih
Bukan aku sahaja yang geram, ahli-ahli GB juga mesti berpendapat sama dengan aku juga..
Kepada ahli-ahli Geng Blogger yang setia, username itu bukan bermaksud blog kamu semua telah di"blok" oleh GB..jangan salah faham ok..
Semua ni disebabkan mereka yang ingin popular di GB dengan menggunakan taktik kotor, cara yang salah kerana ingin menaikkan trafik dengan cara yang singkat...
ini contoh apa yang mereka buat...
1.untuk jadikan entry mereka popular di GB, mereka menggunakan taktik kotor untuk jadikan entry mereka popular di GB..baru ping 2-3 jam, entry mereka telah diview beratus-ratus orang sedangkan yang sedang online tidak sampai beratus..
2.untuk menjadikan blog mereka dapat trafik yang tinggi dengan mudah, mereka telah membina lebih 10 blog dan ping kesemua blog dengan entry yang sama..entry hanya ada iklan sahaja..saja nak buat orang klik kat iklan dia..ni jenis yang di"blog" oleh kong..ini sebab nak kaya cepat dengan mengiklankan menggunakan 10 blog
ini yang aku tahu sahaja, tapi mungkin ada banyak lagi..kong lebih mengetahui..
Mereka lah puncanya..
Mereka ini memang tak guna...
Untuk pengetahuan semua, Geng Blogger sedang dalam pengubahsuaian..berkemungkinan GB akan bertukar ke server lain..entah la..apapun harap kong (admin GB) dapat selesaikan masalah yang sedang dihadapai oleh website GB..
Dengan down nya GB sekarang ni, berkemungkinan ada pihak yang cuba meniru GB..walaupun begitu, aku tetap akan menyokong GB..=)
Sokong lah Geng Blogger yang telah banyak berjasa dan menaikkan nama blog-blog tempatan..tanpa GB, blog aku ini mungkin tidak mencapai tahap yang sekarang ni..
sekian...
p/s:kenapa lah GB??bukan website lain??adesss....