Salam kepada semua,



Masing-masing nak mempertahankan diri, masing-masing nak mempertahankan kata-kata, masing-masing nak mempertahankan hak masing-masing. Bila dah mengata diantara satu sama lain, masing-masing tak nak mengalah. 3 perkara yang aku rasa perlu dijaga dalam etika berblogging iaitu teguran, kritikan dan kutukan.

teguran kutukan kritikan

Teguran

Tegur menegur dalam dunia blogger ni dah wujud lama dah. Bila ada yang salah ada la yang menegurnya. Tetapi dalam nak menegur diantara satu sama lain ada caranya. Bukan main nak main tembak je walaupun kita rasa info kita itu betul.

Yang menegur

Untuk kita nak menegur dalam dunia blogger ni, kene ada caranya. Caranya ialah entry tersebut janganlah mengaibkan blogger tersebut. Tak kesah la dia blogger baru atau blogger lama. Jaga sensitiviti sikit dalam menjaga hubungan antara blogger. Kalau boleh jangan terlalu keterlaluan sangat. Saranan aku dalam nak menegur blogger lain adalah jadikan entry itu sebagai entry umum. Macamana entry umum?Entry itu ditujukan kepada semua, bukan kepada dia dia atau dia.

Yang ditegur

Yang ditegur pula jangan tak boleh menerima teguran. Yang ini aku selalu nampak bila aku tegur loading blog lambat blog itu ada itu ini yang tak patut. Dan jawapan yang aku terima negatif kerana dimarahnya aku balik suruh aku pakai streamix?? Maklumlah, aku kan pengguna maxis broadband . Ini contoh. Bila ditegur, amik dari sudut positif. Mungkin dia yang silap atau mungkin kita yang silap. Cara yang terbaik balas balik teguran itu dengan bertanya cara baik.

Kutukan

Ini la yang paling tak menarik sekalai. Bila dah tak suka, segala-galanya keluar. Yang lembut jadi keras, yang sopan jadi kurang diajar. Yang sana kutuk sini yang sini kutuk sana. Apa yang korang dapat? Tak dapat apapun. Cuma dapat la taip komen dengan bahasa yang bermacam-macam bahasa.

Kritikan

Beza kritikan dengan kutukan adalah kritikan ini boleh digunakan sebagai panduan. Kutukan mana boleh dijadikan panduan, tak kemana pun. Kritikan yang membina dapat membantu seseorang blogger memperbaiki segala kekurangan. Contoh. Dulu gaya penulisan aku lebih kepada shotform tapi tak ada la terlalu shortform sangat. Boleh diterima lagi. Tapi aku ada dapat balas jika aku tulis dengan Bahasa Melayu betul, gaya penulisan mungkin nampak lebih baik. Sampai sekarang aku taip dengan Bahasa Melayu betul tapi kadang-kadang tu ada la tersimpang sikit tatabahasanya..hehe Jadi aku amik kritikan itu sebagai kritikan yang membina.




Pandangan aku mengenai "entry Shawl Melaram"

1. Aku sendiri tak setuju mengenai gambar dari google. Alasan tak munasabah. Banyak gambar patung yang pakai shawl.

2. Point yang diberikan ada yang aku setuju, ada yang aku tak setuju.

3. Bro, berhati-hati sikit dengan isu hukum hakam agama.

4. Menegur orang pakai shawl, awek sendiri pun pakai shawl??Macamana tu?

5. Yang tak setuju dengan entry tu, tak perlu nak balas kat komen tu segala bahasa carutan. Korang buat empunya blog semakin suka kerana tak pernah-pernah dia dapat komen banyak macamtu.

6. Yang setuju pulak jangan lebih-lebih, kalau kita tak boleh terima gaya orang lain gaya kita sendiri belum tentu semua orang boleh terima.

7. Empunya blog memang cari pasal bila entry baru ditujukan kepada sekian sekian sekian. Memang sengaja nak cari pasal.

8. Maksud membuka aib orang lain pada entry tersebut adalah empunya blog meletakkan nama-nama blogger sekian sekian sekian dan amik gambar sekian letak kat blog tanpa kebenaran. Bila ko buat macamtu, ko nak buat orang lain tak suka cara dieorang. Kalau tak suka tengok, kenapa tengok?? Butang pangkah tu memang disediakan.

9. Tak perlu nak mengata orang lain, diri sendiri pun tak berapa sempurna.

10. Keseluruhan yang dapat aku perolehi adalah entry kutuk mengutuk sangat senang nak popular tapi aku tak berapa minat dengan cara itu.



Cukup la sepuluh jer yang aku mampu simpulkan. Niat tak menghalalkan cara. Kalau niat tu elok, cara pun kene elok juga. Jaga etika tu. Aku berblogging cari kawan, bukan cari lawan. Sekian...








p/s:masing-masing punya pendapat berbeza..

p/s/s:sila la blogwalking kalau nak baca entry "shawl melaram" yer..dah banyak blogger promot link tu..

6 Responses so far.

  1. dilla says:

    TQ !!! :)
    suke sgt tgk blogger buat sesi motivasi mcm nih
    boleh tgk and muhasabah diri sndri
    Alhamdulillah :)

    uiks
    sy xtau pon entry shawls yg awk ckp nih
    padahal sy GILA shawls ..huhu
    tuan tanah oo tuan tanah..sy nk tgk entry nih boleh :)..pleasee....

  2. GKSB says:

    i like this entry...

    betul tu.... kalau boleh jadikan entry itu umum...

    kalau ada yang sentap tak ada hal punya sebab tak mention nama pon...

    dan adakalanya yang tak boleh terima teguran tu yang masalahnya walaupun teguran dengan cara baik.. dimaki plak macam yang zack kena tu...

    apa-apa pon tepuk dada tanya iman..

  3. zati623 says:

    Stuju..
    niat xmenghalalkan cara..
    teguran cara baik, org len akn terima dgn baik jugak..
    :)

  4. zati says:

    hoho, ada kalanya diam itu lebih baek

  5. adwa says:

    akn menerima teguran yg baik dengan terbuka

    manusia lemah ape bole buat..
    hanya sesama manusia yg bole menegur kan

    tp mst kene caranya

  6. Farhanasahri says:

    no 3 & 4, sy suka...yg lain ok,...

Share