Salam kepada semua,



Kali ini aku nak cerita bahawa aku adalah pengguna maxis broadband. Rasanya dah setahun lebih maxis broadband ini dah berkhidmat kepada aku. Jadi, boleh la aku cerita sedikit sebanyak kualiti perkhidmatan maxis broadband ini. Buat masa ni maxis broadband tak banyak beri masalah kat aku yer..=)

maxis broadband

Sebenarnya aku telah menggunakan maxis broadband sebelum aku ada blog pada sekitar bulan 10/11 2009. Pada permulaannya, aku menggunakan plan 1.5GB. Biasa la, mula-mula semua nak guna yang murah punya. Masa tu, plan maxis antara yang termurah.

maxis broadband

Tapi risau jugak masa nak guna maxis broadband ni sebab rumah aku ni 7KM dari pekan Semenyih. Nasib baik bila guna kat rumah je, line maxis broadband ok je dan laju. Bila lepas guna 4 bulan, braodband tiba-tiba buat hal. Maklum la, penggunaan broadband terlalu berleluasa sampai tak pikir diri sendiri guna plan paling murah. Bayangkan la, bulan ketiga saja aku dah lebih limit sampai lebih 14GB sedangkan aku punya plan 1.5GB. Terer tak aku guna broadband..kehkeh

maxis broadband

Cukup bulan aku tukar plan maxis yang lain. Aku amik plan yang besar punya iaitu 6GB. Masa ni ada promosi bagi plan 6GB bayar RM68 bagi 5 bulan pertama. Harga sebenar plan 6GB adalah RM98. Masa ni dah reti selok belok nak berbroadband.

Maxis broadband ini dah banyak berjasa gak kat aku. Kalau tak, tak muncul la ZACK ENTRY dalam dunia blogging..hehe Pernah jugak la broadband hilang dalam beg , memang tak boleh blah la masa tu. Dah sampai tahap nak terminate amik baru dah..kehkeh

Sampai sekarang aku masih menggunakan maxis broadband. Bukan taknak guna yang lain, tapi coverage tak sampai kat umah. Aku masih menunggu jugak bila p1 wimax nak ada line kat sekitar umah aku. Plan dia sekarang murah sesangat tapi malangnya aku tak boleh guna di rumah.

Maxis broadband ni pun kalau jaga penggunaannya, broadband tak akan ada masalah seperti yang mereka-mereka duk komplen perkhidmatan broadband. Jangan nak main redah jer surf segala, bila line slow mula la mengutuk itu ini.








p/s:yang paling penting, bill jangan tak bayar pulak..pandai guna, pandai la bayar yer..hehe

11 Responses so far.

  1. foreverlove says:

    taw xpe..stkt nie mxs ok la...dulu nk beli mxs mahal...beli celcom..tp line beruk celcom kat bangi lama...siput khinzir pun lg laju rasanya..xleh nk connect lgsg...lg2 time malam

  2. Fahri5793 says:

    aku pun pengguna setia maxis broadband gak
    memang banyak kali gak lebih bandwith
    haha
    guna 1.5gb jer

  3. namaakulynn says:

    yes!vote for maxisss..=)

  4. nazihahisa says:

    aku benci semua produk maxis! byk sgt depa pedajal aku. cis!

  5. Rara Farah says:

    gune maxis broadband utk sementara jew sbb line lembab giler....geram...

  6. Leya says:

    samalah kita. tapi xmampu ag nak amik pakej 6gb. pkai 3gb je sbb xtahan pkai 1.5gb. haha.
    maxis puas hati. xbyk bg mslh. laju pun laju. so far oke la..

  7. zirconia says:

    kat ipoh line ok tak??

  8. ZE says:

    beli yang mana mampu..=)

  9. ZE says:

    Ipoh line ok..lagi ok kalo pakai p1..=)

  10. kira says:

    kat Ipoh dulu pakai p1 ok la...lepas tu dapat wifi jaring daftar sekali je rm20 pastu boleh pakai trus smpai skrg.....laju plk tu...blh download movie puas2

Share