Salam kepada semua,



Aku ulang balik tajuk entry "sepandai-pandai kelawar terbang, akhirnya jatuh ke tangan aku juga". Sila jangan tukar tang kelawar dengan tupai kerana entry kali ini memang pasal kelawar dan bukan pasal tupai. Apa kene-mengena kelawar terbang ni?Dah tu jatuh ke tangan aku lak tu.



Ini cerita malam semalam. Lepas aku update entry ini, tiba-tiba adik aku yang bongsu Nurul Hidayah lari kat aku. Dah dia cakap pun aku tak berapa nak paham. Pastu dia tunjuk kat siling.



Rupa-rupanya ada kelawar terbang dalam rumah. Orang kata kalau rama-rama masuk rumah tu ada orang nak datang rumah. Kalau kelawar yang masuk rumah macamana lak? hehe Kalau nak ikutkan aku biarkan jer tapi disebabkan si Nurul Hidayah tak senang lak duduknya, terpaksa la jugak tangkap kelawar tu.



Bukan senang yer nak tangkap kelawar ni. Nak senang punya kerja aku tangkap guna sauk ikan..hehe Jadi, inilah dia "sepandai-pandai kelawar terbang, akhirnya jatuh ke tangan aku juga". Gambar kat atas tu aku pegang kepak dia dengan berlapik sebabnya kelawar ni boleh gigit. Nampak tu, dia cuba nak gigit jari aku..kehkeh



Tak silap aku, rumah aku dah pasang jaring kat sekeliling lubang yang ada. Memang jaring ni dipasang untuk mengelakkan dari kelawar masuk lagi ke dalam rumah. Ni macamana la boleh terlepas masuk ni. Nak kene check balik ni kot kot ada yang bocor kat mana-mana.

Kalau datang singgah buat baik takpe, ni siap bagi hadiah(taik kelawar) dalam rumah. Pernah jugak hadiah tu melekat kat screen laptop aku ni. Dah la laptop aku ni tak ada Screen protection..adeihhh Korang pernah rasa tak hadiah(taik kelawar)? Aku pernah rasa masa masuk Gua Sandingtempoh hari, rasa lemak-lemak masin masam payau semua ada..hahaha










p/s:ada lagi yer info mengenai facebook? hehe =)

8 Responses so far.

  1. zaMir says:

    esok pagi..bangun2 je ade batman datang...cari anak buah dia....hahaha...=)

  2. GT says:

    wakakap!

    kalo kelawar tu isap darah kompem jadi mmber batman ^^

  3. Mknace says:

    :) :) :) terbaeekkk!!!!

  4. Ferra says:

    alaaaaa best nye !!! x penah tengok kelawar depan2 ! =(

  5. @GT kalau dia hisap GT, jadilah badgirl..kehkeh

  6. @Mknace huhuh..apa yg terbaiknya?? :p

Share