Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Isu penipuan autiblogwalking yang hangat sekarang dalam dunia blog. Sebenarnya isu ini dah dikeluarkan dulu dan dikeluarkan lagi untuk pendedahan kepada blogger baru. Aku tak ada nak mengapikan isu ini lagi tapi aku nak tunjuk meseg yang aku terima di fb.



assalamualaikum, zack..


nak tanya ni..
tak bape phm la psl autoblogwalking tu..
tp mmg tak sngka mereka tipu mcmtu..:'(
hari2 singgah, upenye dieorang tipu..huhuu
kte pun slalu singgah blog mereka..
ptut la beribu follower mereka..
kte br lagi dlm blog..
tp mcm nk tutup blog jer sebab kene tipu..:'(

tp nk taw gak, mcmane dieorg tipu yek??bleh kn?? huhuuu


Malas nak cakap. Kesian gak kepada blogger baru ni. Mereka cuba nak menceburi dalam dunia blog ni tapi bila kes ini dikeluarkan, apa perasaan mereka apabila ditipu.

Blogger baru hari-hari singgah, mereka tak singgah balik.
Blogger baru tagged dalam blog, balasan tak diterima.
Blogger baru nampak mereka-mereka dalam shoutbox, terasa satu penghargaan tak terhingga kerana blogger yang mempunyai beribu follower singgah di shoutbox..

Dengan tidak diketahui diri sendiri ditipu, blogger baru singgah blog mereka dengan harapan blogger beribu follower singgah balik..
blogger baru komen blog mereka..
blogger undi blog mereka..

Mereka?

Berasa bangga mempunyai trafik tinggi..
Terasa senang lenang tanpa perlu blogwalking bersusah payah..
Terasa suka bila komen dalam blog melimpah-limpah..
Terasa suka dengan autoblogwalking mereka itu..

di mana persahabatan antara blogger?

Malas nak isu panjang sangat, aku nak jawap soalan diatas. Aku pun tak tahu blogger baru tersebut baca blog mana dan dia pun tak add aku di fb, cuma hantar msg jer. Aku rasa ramai yang dah tahu tapi tak mengapalah. Aku cuba nak menjawap.

Macamana "kamu" ditipu ialah..

..mereka-mereka telah duplicate shoutbox "kamu" bermaksud shoutbox yang ada di blog kamu itu, mereka ada shoutbox yang mempunyai id shoutbox "kamu"..macamana mereka ada tu, tak perlu la tahu..dengan itu, mereka hanya blogwalking guna shoutbox, dan bukan nya blogwalking dengan singgah ke blog kamu..

Itu saja la yang aku boleh bagitahu. Kepada "blogger tersebut", sila berblog macam biasa. Biarlah mereka dengan dunia penipuan mereka. Terpulang la "kamu" nak singgah blog mereka atau tidak.

Malas nak ulas panjang-panjang. Aku ada lagi beberapa orang tanya pasal ni kat fb tapi aku amik 1 saja sebab soalan dia lebih kurang sama. Malas nak boikot mereka-mereka ini sebab masing-masing dah melimpah pengikut.

Apapun, hentikan memberi harapan palsu kepada mereka(blogger baru). Memang mereka takkan pikir pun bende ni sebab masing-masing dah mewah dengan bilangan follower, masing dah mewah dengan bilangan komen, masing-masing dah mewah dapat duit nuff hasil dari autoblogwalking ini.


Anonymous ni lagi mulia sebab dia mampu singgah blog dan tinggalkan komen.


p/s:kepada blogger baru, jangan terpedaya dengan bilangan follower..sekian

31 Responses so far.

  1. Nabiel says:

    masih ada lagi yg kejar fllwrs yea ZE?hehehe..

  2. miRa'e says:

    hmmm..saya faham perasaan blogger baru tu.. sy pon sama...huhuhu

  3. Unknown says:

    xpe.. to new blogger, anggap nie cabaran dalam berblog.. baru sikit je.. banyak lagi halangan seorang blogger.. perlu ingat.. bukan mudah menjadi seorang blogger.. perlu tabah.. dan perlu rajin..

    yang penting.. epy blogging.. =)

  4. dorang ni nak kena sental ni..huh!!

  5. Tanpa Nama says:

    ade auto blogwalking ke ???

  6. atok says:

    wah zack jd tempat aduan. hehe

  7. SEBELUM TU tima kasih yer singgah blog saya dan tingalkan jejak..

    memang tak patut lah kalau autobw cam ni kan...semata2 nak kejar follower...yg penting keikhlasan berkawan dan betul2 minta gaya penulisan sesebuah blog tu...tapi kalau dah cam gini jadinya...baik tak yah ader blog kan...

  8. sangat tak suka auto blogwalking sbb menipu...mmg dh byk kali kena...geram tapi sabar jela...

  9. AMJ says:

    aku suka pergi blog orang, pastu komen merepek2.

  10. bnda ni aku prasan bila aku BW kat mna2 msti da komen depa ni..dahtu sama je..mmg aku syak ada bndala ni..so aku trus xlyan klu jnis2 tu

  11. tah la. macam2 perangai betul..

  12. z,ader eh,auto komen..cam kuang ajar jek kalau wat gitu..ta bek oo..

  13. salam.. autoblogwalking.. aku baru tau dr blog ni je..masih kabur2 ayam sket sebab ko tulis cm berahsia sket. hehe

  14. Raden says:

    haha...sy pom br start nulih blog tp niat nk nulih je..nk mngarot..nk luahkn prasaan. pelik la dgn org yg dok msuk contest share link la..tukar2 banner la bagai. watpe...manakah erti blog yg sbenar? hehe..pandai ku berkate2..

  15. bardboo says:

    sy jarang balas balik kunjungan dr shoutbox..lbh suka balas kunjungan org yg komen entry...sbb dh tentu diorg ambil masa unutk baca apa yg kita tulis dn taep komen..

    buat blogger br, tabahkan hati..bukan sng nak jd blogger..

    http://www.bardboo.com/2011/01/senaman-untuk-ibu-mengandung-part-03.html

  16. Unknown says:

    dah pernah kena dah sebab tu dah malas nk blogwalking.... tulih diri sendri baca je hehehehe

  17. Kujie says:

    pesan orang2 tua...berguru dgn guru yang betul... adik2 newbie kena pandai pilih mentor mana yang dia org nak ikut....

    ramai yg mendapat info yang salah mengenai blogging - terlalu banyak info yang scam, kena pandai2 tapis semua maklumat kat internet ni

  18. alin says:

    banyak btol cabaran kat blog ni ye??sbb tu la saye lg suka komen,berbanding tinggalkan jejak kat shoutbox..tp,kalo dah malas sangat,singgah shoutbox je..hahahahaha..errkk!!tp tu bkn maksud xbaca entry k.. :)

  19. enaz says:

    hmmm, bila dah popular dengan follower, myb dorg dah x pandang blogger baru.....

  20. owh baru tahu psl autoblogwalking nih..tp sllu aku x layan yg ade dkt shoutbox..just tggl trck so that nnt aku follow blog dye balk..kejadah!pdhl dye bkn follow blog aku pun..

  21. arenyss says:

    hmm,macam2 kes la skrg..wat pening kepala je..nk blogging tu bia la hati ikhlas..ni tak,ni kejar trafik la,kaut populariti la..cuba brblogging dgn niat nk brkongsi..x slh kn..

    p/s : ptut kah buang shoutbox?hurmm..

  22. Baru tau bende ni :O tak sangka .

  23. Tanpa Nama says:

    sbb tu sy buang chatbox

  24. cane nak tau blogger yg autoblogwalking nie?

  25. J says:

    byk blogger yg guna autoBW tuu cpat gilerr dpt follower kn??..dah beribu lg tuu..

    Blog Aku : ..::jacKsky.reaCHing da' sKy wITh tSuBasA::..

  26. Niesa says:

    erkk..baru tau ada autoblogwalking..nisa pn baru lg dlm dunia blogger ni..tp xpe la..bblogging pn utk dri sndri + bkngsi crita..kalau ada yg nk baca n komen tu dh kira Alhamdulillah..btw thanks utk infomasi...(^^)

  27. hmm.. ada makhluk macam ni dalam dunia malas betul nak layan =.=" nis tau cara masuk ke shoutbox tanpa masuk ke blog tapi nis cuma buat tu untuk chatting kat radio tempat nis dj je. hahaha..

    macam ni. http://cbox.ws/?n=6-421103-rg0qza link asal dia http://www.gomofm.org/chatbox/chatbox

    [yep. promo. tapi orang yang ada keikhlasan nak tau apa ada kat sana je akan masuk. hehehe...]

  28. iena says:

    tak gune lah flower beribu pun kalau menipu..menaip hanya utk nama..x da faedah..huhu

  29. EYQASARA says:

    please..camne kte nak tau org tu guna autobwlking ke x???

  30. Budak baru nk berblog..hope kowunk follow

  31. Tanpa Nama says:

    reported most of the people pay off ones own borrowing products on time along with without having fees
    A top arrears charitable organization needs the quantity of individuals looking towards these individuals designed for help around payday loan bad debts to make sure you two bottle this kind of. financial debt charitable organisation shows all over have used all the quick, high fascination funds at the moment. Any a good cause affirms a couple of years gone by the volume of customers with them was initially trivial.
    pożyczka na dowód
    pożyczki na oświadczenie bez bik
    szybka chwilówka
    kredyt na dowód pko bp
    rekomendowana strona
    cetelem bank kredyt na dowód
    szybka pożyczka
    http://pozyczki-prwatne.net.pl
    kredyty bez zaświadczeń tylko dowód osobisty
    pożyczki na dowód bez bik

Share