Salam kepada semua,



Macam biasa pada hari pertama persekolahan, ramai ibubapa mengambil cuti sehari atau separuh hari atau mengambil sedikit masa untuk ke sekolah menghantar dan menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan anak mereka. Masing-masing pasti mengenakan baju sekolah baru masing-masing..=)

nurul hidayah

Bukan anak orang lain jer yang masuk sekolah, adik aku Nurul pun masuk sekolah dengan pakaian baru. Ini adik aku yang bongsu dan namanya Nurul. Nak tahu lebih lanjut KLIK SINI .

nurul hidayah

Sekarang Nurul telah pun berusia 7 tahun dan telah dipanggil untuk ditemuduga di Sekolah Kebangsaan Bandar Rinching. Temuduga ni untuk kemasukan pelajar baru pendidikan khas samada adik aku lulus atau tidak untuk dimasukkan belajar di sekolah tersebut. Sekolah ni ada pelajar normal dan pelajar pendidikan khas tapi untuk darjah 1-6.

nurul hidayah

Antara aktiviti semasa temuduga adalah adik aku diuji dengan mewarna, membaca, mengira dan mengenal. Entah macamana mood dia ok lak tadi, dia berjaya hadapi dengan cemerlang. Tapi belum diputuskan lulus lagi. Kene tunggu surat lagi satu. Walaupun tak lulus lagi tapi aku dan mak aku dah anggap dia lulus. Nasib baik mood dia baik..hehe

KFC depan Metro Point

Selesai semua urusan, mak aku tanya nak makan kat rumah ke?Aku jawap la tak kesah. Alih-alih mak aku ajak makan KFC. Aku set jer ok jer..hehe Bajet nak pergi KFC dekat sebelah Tesco Semenyih tapi tak bukak lagi? Dah pukul 11 tak bukak lagi?? Cancel makan situ, mak cakap pergi Kajang la jalan-jalan sikit harini..=)

nurul hidayah

Awal sangat pergi KFC, set breakfast jer yang ada. Nurul lak nak ayam tapi tak ada la pulak. Beli bubur je la.

nurul hidayah

Aku dengan mak aku order berger breakfast ni. Kecik jer set breakfast, beli 2 baru kenyang kot. Esok nak ajak Nurul keluar main bowling lak..=)











p/s:blog kakak kepada Aimie awek Khairul Fahmi Che Mat pun kene kutuk?pe nak jadi la..

2 Responses so far.

  1. Shakila_amer says:

    nice

  2. ZE says:

    terima kasih kerana komen..=)

Share