Salam kepada semua,
Masing-masing menyambut tahun baru dengan cara yang tersendiri. Ada yang sambut dengan keluarga, ada yang sambut dengan sedara-mara, ada yang sambut dengan kawan-kawan, ada yang sambut dengan kekasih dan sebagainya. Dalam kemeriahan menyambut tahun baru, ada yang menyambut tahun baru dengan pemergian ahli keluarga.
Pada hari Rabu bersamaan dengan 28 Disember 2010 yang lepas nenek atau mak sebelah ayah telah meninggal dunia. Hari tersebut juga merupakan hari Kemenangan pasukan Harimau Malaya berjaya membawa pulang piala Suzuki AFF. Itu sebab blog tak ada cerita mengenai kemenangan Harimau Malaya 4-2 ke atas Indonesia.
Petang hari Rabu tersebut, aku baru je mula nak bukak laptop ayah kata nenek dah tak ada. Terkejut la sebab seminggu lepas aku baru hantar nenek ke hospital kemudian hantar ke rumah pakcik. Nak buat macamana, nenek telah pun pergi dulu.
Pada awal tahun juga dikejutkan dengan kehilangan pelakon yang terkenal dengan lakonannya yang selamba iaitu Mohd Faizal Yusuf. Rasanya ramai yang dah tahu mengenainya. Ada lagi yang tak kenal dengan Faizal Yusuf ni?
Yang pasti peminat slot drama tv3 - Adamaya pasti merasai kehilangannya.
KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.
Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.
Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.
"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.
Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.
Untuk lebih lanjut, KLIK SINI .
Takziah kepada keluarga Faizal Yusuf.
Dalam berseronok, jangan terlalu leka dengan keseronokan tersebut. Berpada-pada dalam berseronok. Bersyukur la kita masih diberikan masa dan bernafas untuk meneruskan kehidupan seharian.
Jangan lah kita ketawa besar dan paling kuat seperti syaitan, kelak di sana kita adalah golongan yang paling kuat menangis.
p/s: ajal boleh berlaku di mana-mana tak kira di mana kita berada..
salam takziah....