Salam kepada semua,



Topik kali ini mengenai cicak, harap baca sampai habis yer. Pernah tak dengar cicak tokek yang semakin popular dengan harganya yang mampu mencecah sehingga berjuta-juta? Mungkin ada yang tahu perkara dan mungkin ada yang tak tahu. Ini cicak lain dari yang lain ok..=)

cicak tokek atau cicak besar

Di Malaysia, cicak tokek juga dikenali sebagai cicak besar atau cicak gergasi. Cicak tokek(cicak besar) yang mempunyai nama saintifik lain iaitu latin gekko gecko mempunyai sebutan yang berbeza di beberapa tempat. Di Jawa cicak ini dipanggil tekek atau tokek. Di Sunda pula cicak ini dipanggil tokok. Manakala dalam bahasa inggeris pula cicak ini disebut tokay gecko atau tucktoo.

cicak tokek atau cicak besar

Kalau korang tengok gambar cicak tokek ini, cicak ini boleh la dikategorikan jenis cicak yang tercantik kerana warna-warna di badannya. Warna cicak ni ada macam-macam kaler tapi yang paling cantik mesti la yang warna-warni..hehe

cicak tokek atau cicak besar

Kenapa cicak tokek ini mahal?

Cicak tokek ini mahal kerana dikatakan khasiat cicak tokek ini mampu mengubati pelbagai penyakit berbahaya. Cicak tokek ini mendapat permintaan yang tinggi dari negara seperti China ,Jepun dan Malaysia tidak terkecuali.

cicak tokek atau cicak besar

Mereka menemui sebuah fakta baru dalam dunia pengubatan ilmia bahawa cicak tokek ini mengandungi suatu zat aktif yang mempunyai sifat theurapetik. Fakta ini muncul seperti hempedu beruang yang dikatakan turut mengandungi zat aktif bersifat theurapetik. Zat aktif tersebut yang masih dalam tahap uji klinis tahap 1 telah menunjukkan hasil yang signifikan. Zat aktif yang diberi dengan nama IUPAC Tri-heksipentafenikol mempunyai sifat menghambat pertumbuhan kanser/metastasis sel kanser, melawan HIV dan H1N1 viral.

Sumber kompas.com



Wallahualam





Al-kisah..

Ini cerita semasa pulang dari Mini Gathering di Times Square . Memang badan dah penat sepenatnya. Tapi mak ada pesan pulak barang runcit. Nak tak nak kene la beli jugak untuk buat sarapan pagi keesokkannya.

cicak tokek atau cicak besar

Tengah aku nak bayar tu, kecoh sikit dengan penimbang dekat kaunter. Ada beberapa orang Indon dan ada seorang perempuan pegang sebuah bekas berisi seekor cicak tokek. Ikuti perbualan semasa kejadian..hehe

Perempuan Indon : macamana nak timbang kg kepada gram?(dia tanya kepada cashier)

Cashier : Entah la, sebab penimbang ni kira dalam kg(cashier orang indon jugak).

Dalam hati aku cakap "timbang je la dalam kg pastu bahagi seribu kan? kan?". Tapi aku tengok je dulu.

Perempuan Indon : Yeke?cuba cari siapa yang pandai matematik kat sini?

Dah dia cari, aku pun bersuara la bajet nak tunjuk aku ni pandai matematik..hehe

Aku : Letak je bekas tu dekat penimbang, nanti bahagi seribu.(dalam hati aku kata dieorang ni paham ke apa aku cakap)

Perempuan Indon : Dah timbang, dia tulis o.19kg.

Aku : Jadi berat cicak tokek + bekas adalah 190g. (jawab dengan bangganya)

Perempuan Indon : Yeke?tipu la tu.(pandang slek lak kat aku)

Aku terkejut dia cakap aku penipu. Pergh!dia ingat matematik aku dapat markah rendah ke? Aku ni dari jurusan kejuruteraan awam kot. Korang yang bijak-bijak tu sila congak kejap. 0.19 kg tukar kepada gram berapa? Soalan mudah je kan.

cicak tokek atau cicak besar

Rupa-rupanya dia kecewa dengan berat tu sebab bawah 200g. Dari perbincangan dieorang, asyik cakap 400g boleh dapat RM50 ribu. Entah betul ke tak aku tak taw. Ramai yang duk belek cicak tekok tu. Tak ada la cantik sangat, warna coklat pastu tompok-tompok hitam. Kalau warna-warni tu, nak la bergambar jap..hehe

cicak tokek atau cicak besar

Info terbaru

400 gram – 440 gram = RM 1 Juta – RM 1.2 Juta
500 gram – 600 gram = RM 1.2 Juta – RM 4 Juta
600 gram – 700 gram = RM 4 Juta – RM 8 Juta
700 gram – 800 gram = RM 8 Juta – RM 15 Juta
800 gram – 900 gram = RM 15 Juta – RM 18 Juta
900 gram – 1000 gram = RM 18 Juta – RM 23 Juta

Untuk pengetahuan pembaca, ini adalah senarai harga cicak tokek yang ditetapkan oleh pembeli ok, bukan dari penjual. Gila la sampai berjuta tu. Jom pakat ramai-ramai cari cicak tokek ni. Ini skim cepat kaya ni. Dapat tangkap seekor, kasi makan besi. Kompem mahal tahap gaban punya..hehe




gambar credit to en. google





p/s:apasal nuffnang ni ngeng tetiba lak ni?adeihh

23 Responses so far.

  1. Amir Izzat says:

    hihs.... mahal betul..aku rasa aku ada jumpa la dalam rumah aku tapi kategori besar lagi..macam biawak tp biawak... hahah... gila lah... pasal duit...semua nak cari....

    p/s: amik sekor biawak pastu sembur warna warni..kompen ada orang nak..kuang3

  2. Obscuraextreme says:

    aku bosan dengar cita pasi cicak tokek..aku banyak ekor.tapi haram xleh jual..huhhh..mengarut ja,,semua datang semua xjadi...semua tengok ja....
    penipu ja semua..cicak 300 gram pun xleh jual....semua cita pasai tokek semua donggeng belaka...

  3. Obscuraextreme says:

    http://nazrulahmad.blogspot.com

  4. faiz says:

    huyyoooo..hiler mahall...kerja cari cicak jela pasni..hahaha

  5. fyzal says:

    kasi makan besi bro? hahaha.. itu memang tak boleh blah. maut plak cicak tu nanti. aku tak pernah tgk cicak ni secara live lagi.

  6. nurmukkaromah says:

    haha..yeke ni??waa...macam2 jenis yerr cicak..cantikkk lak tuu..eehh penah jmp ke???

  7. haha..yeke ni??waa...macam2 jenis yerr cicak..cantikkk lak tuu..eehh penah jmp ke???

  8. Unknown says:

    muaaha...aku da smebur da biawak kat yang aku tangkap..mampos terus biawak tu

  9. Serol says:

    haha..dah tanya orang, boleh pulak kata tak betul..

  10. ZE says:

    ha'ah ek, boleh cuba ni..haha

  11. ZE says:

    entah la, tak pernah jual lagi..=P

  12. ZE says:

    jom join skim cepat kaya ni..=)

  13. ZE says:

    haha..gila ape nak kasi makan besi..yang dapat tengok ni yang tak lawa..nak tengok yang lawa tengok kat internet je la..=)

  14. ZE says:

    yang cantik2 tu tak pernah tengok..=)

  15. ZE says:

    yang cantik2 tu tak pernah tengok..=)

  16. ZE says:

    taw tak pe..tak pe la, dia lagi pandai kot..=)

  17. nur says:

    x yah buat benda lain da..jual cicak je bleh kaya..hoho

  18. roxyzai says:

    kt bwah rumah byk bnda ni..hahahaha:D

  19. zirconia says:

    haha. payah betul kalo nak kaya cara senang nie.

  20. ZE says:

    jom jadi kaya jual cicak..hehe

  21. ZE says:

    pe lagi, g la tangkap..=D

  22. Tanpa Nama says:

    masalahnyer ader ke orang nak beli sampai berjuta - juta ringgit??

Share