Salam kepada semua,
Hari ni aku dapat satu berita yang mengejutkan di mana seorang kawan dari satu kos pengajian yang sama tapi bukan dari kelas yang sama telah mengalami kemalangan jalan raya. Disebabkan berita tersebut, aku dan kawan-kawan telah pun membuat keputusan untuk menziarahi wan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.
Nasib baik tadi gerak dengan menaiki kereta sebab tadi hujan lebat bila dah masuk sekitar Green Town. Kalau naik motor dah kompem hujan lebat. Kiteorang gerak dalam sekitar kul4.30 petang.
Wan berada di Wad 4A - Kelas Tiga Orthopedik & Unit Rawatan Tulang Belakang(seperti dalam gambar). Sampai di katil, Wan dalam keadaan sedar.
Cerita tragedi kemalangan ;
Sekarang musim budak-budak Politeknik Ungku Omar pulang ke kampung halaman masing-masing kerana peperiksaan akhir dah pun berakhir pada hari isnin(bagi pelajar Diploma Kejuruteraan Awam). Semalam(rabu) 10/11/2010 iaitu Wan pulang ke rumah yang dijemput oleh ayah, emak dan abang dia. Wan telah bertolak pulang(rumah dekat Gerik) dari Ipoh pada pukul6 petang.
Tapi Wan telah berpatah balik(urusan tidak diketahui) ke Ipoh pada pukul8 malam pada hari yang sama. Tapi malangnya abang(pemandu kereta) tidak mendapat rehat yang cukup. Pada ketika itu, ayah Wan sedang tidur. Malangnya, abang Wan telah pun "tertidur" semasa memandu dan menyebabkan kereta yang dipandu terbabas jatuh ke gaung di Lenggong.
Daripada kejadian tersebut, Ayah wan telah pun meninggal dunia(innalillahi wainnalillhahi rojiun). Abang Wan mengalami patah tangan kanan, ibu Wan mengalami kecederaan ringan tetapi Wan telah patah tulang belakang. Disebabkan itu, bahagian pinggang dan ke bawah kaki Wan tidak boleh digerakkan.
"kalau korang pegang dari pinggang sampai ke bawah, aku tak rasa apa-apa" - kata Wan
Pagi tadi dikatakan arwah ayah Wan selamat dikebumikan. Salam takziah kepada keluarga Wan kerana pemergian ayah. Salam takziah juga kepada kepada keluarga Wan terhadap apa yang berlaku/menimpa kepada mereka.
Harap keluarga Wan tabah menghadapi hari-hari yang mendatang. Yang pergi tetap pergi dan kita yang masih hidup ni kene teruskan perjalanan hidup. Sama-sama kita sedekahkan "AL-FATIHAH" kepada mereka.
***********************************************************************************
Ajal boleh berlaku dimana-mana. Kepada semua pemandu jalanraya sila berhati-hati semasa memandu di jalanraya. Walaupun itu perkara yang kita tak suka , tapi kita tak tahu apa yang berlaku kepada kita kelak.
p/s:sama-sama la kita doakan supaya Wan pulih dari kecederaan..amin
Al-fatihah kepada arwah ayahnya.. semoga shbt awk kembali pulih seperti sediakala..
turut bersimpati.. smoga dia cepat sembuh n kuatkan semangt ... sedih le pulak ak bc.. huhu..
doakn dia sembuh sperti biasa ..amin ~
nk tny...xcdent kt gaung kt lenggong 2 kt ner?
ak tny sal ak org lenngong gak...
juz nk amk taw...huhuhhuhu
entah la..dengar dekat highway ke Ipoh..
saya orang KL, tak berapa taw..huhu
takziah buat wan sekeluarga...
kalo dirving mmg kena hati2..kalo ngantuk baik berhenti segarkan mata atau tido sekejap..
kalau tak silap.. wan nie.. kawan kpd kawan kite tau...
ape2 pon.. kite same2 doakan utk die..
mudahan cepat sembuh n tabah menghadapi sgala dugaan dan cbaran..
amiiinnnnn
sedihnyeeee.... :(
tulah bahaya kalau tak cukup rehat. innalillah. semoga roh allahyarham dirahmati Allah. hopefully kawan ZE cepat sembuh & salam takziah.
kesiannye. huhu
salam ..
sampaikan salam takziah pada kwan ayah zack ..
btw, pernah juga masuk wad yg ur friend masuk 2 ..
coz masalah tulang belakang masa excdent 4 tahun lepas; di tiger lane ipoh ..
skang dah sembuh ..
hope ur friend dapat sembuh & sehat seperti sebelum nya, InsyaAllah ..
=)
takziah utk ayah wan..
semoga di tempatkan bersama org2 yg beriman..
selalunya kan org ckp x elok patah balik. entahla.
tp mmg betul, ajal maut di tgn Allah. semoga kita dijauhkan dari bencana seperti itu.
al-fatihah utk arwah ayah wan
kawan aku pon meninggal pg td...mmg tragedi la minggu ni ~
:(
InsyaAllah doakan kawan awak sembuh seperti sediakala.
Takziah buat keluarga Wan tu ye.
innalillah utk bapa
semoga wan kuat menghadapi
ujian ini..
al-fatihah untuk ayah wan..
agaknye betul la orang kata bila pi mana2 jangan patah balik
sebelum sampai tempat yang di tuju tu..
salam...
semoga wan tabah dengan ujian yang di beri dan salam takziah juga buat keluarga wan semog roh arwah ayah wan di tempatkan di kalang orang2 yang beriman , al fatihah..amin
:( innalillah...takziah...
amin..