Salam kepada semua,



Mengerikan dan menakutkan melihat keadaan bas yang mengalami kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan berdekatan Plaza Tol Simpang Ampat yang telah meragut 12 nyawa(yang aku tahu). Cukup kasihan kepada keluarga mangsa.



Aku tak pernah lagi balik umah dengan bas jarak jauh. Balik pun dengan menumpang kereta kawan. Dah nama pun menumpang, kene la payung sikit kos perjalanan. Kos minyak + kos tol ada la dalam RM50 lebih. Naik kancil je lagipun. Kalau tak naik kereta, aku rela naik keretapi. Tapi kadang-kadang risau gak, mau lak terlepas stesen.Tak ke kes naya tu.

Kemalangan bas memang tak pernah memberi kesedaran kepada sesetengah pemandu bas. Mentang-mentang mereka bawak bas tak pernah terbabas. Kemalangan bas ini agak menakutkan kerana bas membawa banyak penumpang. Jika bas kemalangan, semua penumpang terlibat sama. Antara sebab kenapa aku tak nak naik bas perjalanan jauh ialah ;



1. Mereka lebih laju dari kereta yang sedang laju..

Bas bawa penumpang lebih dari 10 orang. Jika bas penuh dalam lingkungan 42 orang penumpang. Kalau bas besar la kan. Tipu la kalau bas yang mengalami kemalangan itu tiada kaitan dengan kelajuan. Kebanyakkannya semua pemandu bas ni nak cepat sampai ke destinasi masing-masing. Laju dia jangan dicerita, mengalahkan kereta yang sedang laju. Dengan keadaan bas yang sangat besar, ia menakutkan.

2. Mereka memotong mengalahkan mat rempit..

Jika mat rempit jaguh di celah kesesakan jalan raya di ibu kota, bas pula jaguh celah lengang di lebuh raya. Bila dah bawa laju, takkan nak tunggu belakang kenderaan yang memandu perlahan. Mereka mesti akan memotong dan memotong selagi yang boleh.

3. Apa guna dengan pembantu pemandu..

Ini salah satu sebab kukuh kenapa aku tak berani naik bas perjalanan jauh. Selalunya bas akan mempunyai 2 atau 3 orang pemandu yang dikatakan akan bergilir-gilir memandu bas. Apa yang aku was-was adalah, jika semua tu tidur siapa yang nak tolong kejutkan pemandu yang akan tertidur semasa memandu??

4. Aku tak berapa setuju dengan bas 2 tingkat digunakan..

Kenapa?? Sebab lagi tinggi bas tersebut bagi aku bas tersebut lagi tak stabil. Bila dah bawak laju dengan tolakan tekanan angin lagi, bas yang bergerak laju bagi aku mudah terbabas. Lebih-lebih lagi dengan keadaan lebuh raya yang beralun.



Keseluruhanya ialah semuanya adalah sikap pemandu itu sendiri. Aku memang akan salahkan pemandu tak kira apa jua jenis kemalangan yang meragut nyawa di lebuh raya yang berkaitan dengan bas. Diulang, semuanya kerana sikap pemandu!Tak kesian ke dengan keluarga mangsa??!!! Sekarang dah kemalangan, siap dengan ada yang meninggal lagi. Siapa yang nak tanggung semua tu??!!







Ini adalah luahan hati aku sendiri. Sedih tengok keadaan di tempat kejadian. Ada yang tersepit, ada yang hilang anggota badan, ada yang anggota terpisah dari badan. Cukup la sekadar gambar bas remuk dan kesan kemalangan. Perlu ke sebarkan segala video yang menunjukkan segala keaiban mereka yang terkorban?? Gambar makin bertambah-tambah dari semasa ke semasa. Nak buat apa dengan semua gambar tu? Tiada pengajaran pun yang dapat dari gambar dan semua video tu. Tak makan saman pun. Selagi diri sendiri tak alami kemalangan tu,



Apapun, ini semua kehendak tuhan. Kita hanya merancang, DIA yang menentukan segalanya. Ajal semua di tangan tuhan.





sumber gambar berita harian, kosmo, harian metro

p/s:al-fatihah kepada mangsa yang terkorban..kepada yang menggunakan perkhidmatan bas jarak jauh..bacalah doa naik kenderaan dan tawakal..assalamualaikum...

20 Responses so far.

  1. zirconia says:

    setuju dgn ZE. memang takut nak naik bas kalau pergi jauh. dah terpaksa tu, kena naik jugalah. tapi memang tak boleh tidur sebab bas bawa laju sangat. naik seriau kot. pasal video tu pun setuju jugak. kesian kat arwah. tak patut disebarkan.

  2. hanz says:

    masalah2kan hanz tengok kat paper kosmo pg tadi....di kait kan jelmaan setan lak....mcm x best jer cite dia

  3. Princess_ieya90 says:

    huhuhu
    mcm mne la nk balik kl lepas ni
    rase fobia bile tengok bas
    huhu

  4. tia says:

    sbb tuh tia xpenah naek bus klu nak gi jaoh2!
    menakotkan!

    dorang bayar pampasan 1000 setiap sorang kan ?
    igt duit boleh kembalikan nyawa mangsa yang da mati tuh ke?
    arghhh~

    papepon, alfatihah untuk yang terkorban.

  5. seiryue says:

    dh lame bro ak x naik bas..skg ne lg la seram.hee

  6. jln kaki jugak selamat.. tp jauh lak.. huhu

    zairie recently posted:
    BE..? APA PERLU BUAT?

  7. mmg ngeri,
    tp apekan daya?
    org cam aku ni,msh blm mampu utk ade knderaan sndri,
    maka bas xpress adalah plhn utama..
    smlm balek dr serdang,naik bas double-deck..
    pehh...seriau gak....

  8. hoho.
    memang bas express ni kena sangat dengan nama express tu.
    dulu selalu gak naek bila tak ada kereta lagi.
    memang lajulah..
    pernah sekali time bawak kereta, ada bas mengekor rapat je dekat belakang.
    laju plak tu.
    depan kereta saya time tu ada lori panjang yang bawak kayu panjang2 tu.
    bayangkan kalau bas tu xsempat brek kalau ada apa2?.
    T__________________T

  9. Atokpantera says:

    tapi bas 2 tingkat stakat ney x pernah kemalangan, kalo x silap laa. hmm

  10. ZE says:

    memang tak patut..tak menjaga sensitiviti keluarga mangsa..

  11. ZE says:

    bila dah ramai yang hilang nyawa kat situ, ada la tu..

  12. ZE says:

    suh la parents jemput..huhu

  13. ZE says:

    memang seram sekarang..adeih

  14. ZE says:

    patah kaki balik dari ipoh ke KL jalan kaki..

  15. ZE says:

    tawakal je la..=)

  16. ZE says:

    mintak dijauhkan..huhu

  17. ZE says:

    mungkin baru lagi penggunaan bas 2 tingkat ni..

  18. ZE says:

    tak selesa dan tak tenteram..huhu

  19. Amie_dagilos says:

    setuju dengan no4..
    tak suke jugak naek bas untuk ulang alik kL ipoh ipoh kL..
    tp terpakse..
    kekdang nak tido pon taley sbb bas dipandu laju.. :(

Share