Salam kepada semua,



Sangat simpati kepada mangsa-mangsa banjir di mana rumah-rumah mereka telah dinaiki air. Walaupun rumah aku tak pernah mengalami bencana banjir sebesar itu tapi aku juga pernah mengalami situasi banjir ketika rumah sewa dilanda banjir pada bulan JUN 2010.

banjir di Perlis

Bila banjir dah masuk dalam rumah, semua mula selamatkan apa yang patut diselamatkan dan yang paling penting tutup segala semua punca elektrik(soket) yang masih on. Walaupun air tak naik setinggi yang dihadapi oleh mangsa banjir di sana tapi aku boleh rasa sedikit suasana nak selamatkan harta benda dalam rumah.

banjir di Perlis

Boleh dikatakan pelajar-pelajar belah utara yang baru habis atau bakal habis musim peperiksaan akhir mungkin tidak dapat pulang ke kampung masing-masing. Dah tak boleh balik, nak wat pe lak kan??

banjir di Perlis

Ada juga kawasan yang banjirnya dah reda dan boleh pulang ke rumah masing-masing. Ada yang dah mula membersihkan kawasan rumah yang telah kotor. Tapi dikatakan akan muncul gelombang kedua?? ermmm...

banjir di Perlis

Setiap kawasan mengalami ketinggian banjir yang berbeza. Ada yang paras buku lali, ada yang paras lutut, ada yang paras pinggang. Kalau yang lebih paras kepala lagi kesian, semua barang tak dapat nak diselamatkan. Lebih kesian lagi mangsa yang tidak berkemampuan atau golongan susah.

banjir di Perlis

Habis rosak barang dalam kenderaan yang dinaiki air. Banyak duit nak keluar untuk membaikinya.

banjir di Perlis

Bila banjir melimpah seluruh kawasan, mungkin segala kegiatan harian terganggu. Jika banjir melarat, semua mangsa banjir akan ditempatkan ke tempat yang lebih selamat. Tiada apa yang lebih selesa dari rumah sendiri.

banjir di Perlis

Oh, suka kau mandi hujan yer. Ingat air tu bersih ker?? +P






Harap mangsa banjir tabah menghadapi segala bencana yang berlaku.








Sumber gambar diperolehi terus dari mereka yang keluarganya sebahagian dari mangsa banjir. Disebabkan facebook beliau telah deactivate maka tak dapat nak letak link di sini..








p/s:esok paper terakhir..=)

7 Responses so far.

  1. Teja Suraya says:

    aku antara mangsa banjir...huhuhuuu

    abes barang2 dlm umah rasanya....yang paling sedih bila xtau keadaan sebenar since xleh balik lagi ni...waaaaa~

    Allah sedang menguji....baru sikit kan... :)

  2. Ilah_1612 says:

    2la kcian gler kat member2 yg kt uitm arau.
    da lah nga final jauh ngn fmly plak..
    ni banjir plak.. dgr2 kata stock makanann pn makin2 krg..
    hope everything will goes well!!
    ammin

  3. makin teruk kan..?hmmm

  4. Anna Boleyn says:

    huhu kesian pulak tengok. pening pale kan bila jadi camni. dengan nak pikir rumahnya..pastu kereta tu nak dibaiki. huhu. tak pe lah. ujian. moga diorang tabah mengahadapinya.

    www.hanalovenest.com

  5. Shakila_amer says:

    kampung saya huk2

  6. .copie says:

    balik la pg kemas2..
    huhuhu..

  7. Shakila_amer says:

    blk dh haha

Share