Salam kepada semua,

Kali ini aku nak cerita kisah agak tidak menyayat hati yang berlaku di rumah sewa aku semalam. Sedang aku mengupdate entry terbaru, budak junior datang masuk bilik. Dia cakap "kereta tenggelam". Dia bagitahu kat member aku sebab itu kereta, member aku punya kereta. Masa tu, hujan lebat. Dia lak tengah syok tidur. Bila kuar depan pintu rumah memang terkejut gila la, banjir berlaku depan rumah jer.



Air makin lama makin naik. Kereta-kawan aku pun dah dimasuki air dah. Ingatkan nak biarkan kereta kancil tu jer, tapi ada kereta VIVA sampai tayar pun dah tak nampak dah. Dengan sepantas kilat member aku pergi ambil kunci kereta, hidupkan enjin dan letak kereta jauh. Ekzos bunyi kereta dah macam naik bot dah.





Bila aku lihat sekeliling, dilihat parit yang berada di sebelah rumah paling hujung penuh dan aliran air hujan yang mengalir agak deras dan melimpah ke tepi. Agaknya, perparitan yang dibina tidak dapat menampung air hujan yang agak banyak.


Air hujan melimpah sampai ke ruang depan rumah. Mula-mula tu tak tinggi pun, tapi makin lama makin tinggi lak. Tinggi air tu sampai melebihi mencecah bawah enjin motor yang ada di luar rumah. nasib baik rumah sewa aku ni naik tinggi sedikit. Kalau tak, dah melimpah masuk dalam rumah dah.







Air depan rumah naik paras buku lali jer. Air dekat jalan depan rumah naik sampai lutut tu. Bukan depan rumah je air naik. Air dekat belakang rumah pun naik. Habis semua plastik kiteorang sumbat bawah pintu supaya air tak dapat nak masuk. Yang memeningkan kepala lagi, air dalam bilik air pun naik jugak taw. Jenuh jugak la nak buang air tu keluar dari keluar dari bilik air sebelum ia melimpah ke luar bilik air pulak.




Ha, nak bagitaw ni. Masa air dalam tandas ni naik, tak ada seorang pun tahu. Tapi bila ada seorang budak rumah ni nak mandi. Dia bukak la pintu tandas, dia pun menjerit. Kiteorang ingat apa tah, rupanya tandas tu penuh dengan lipas-lipas. Ada yang tengah berenang, ada yang tengah main kejar-kejar dan ada yang tengah main nyorok-nyorok..hehe

Dalam pukul 8 lebih, hujan dah mula berhenti. Dalam pukul 9.30, air pun dah mula surut dah. Pertama kali dapat rasa macamana rasa banjir berlaku dekat diri sendiri. Selalunya tengok dekat berita dengan surat khabar jer. Nak kata suka tu memang tak suka la kan. Ye la, bila air tandas dah naik nak kene bersihkan apa yang patut. Nak kene clearkan apa yang patut. Senang cerita memang tak suka lar.

Nak kata pengalaman pahit, tak jugak. Ini sekadar beberapa jam sahaja. Ada yang lagi pahit dari ini. Nak kata manis, memang tak ada yang manis. Masam ada la..heheh Apapun yang berlaku, Alhamdulillah la. Semua barangan selamat dan tiada perkara yang serius berlaku.








Apapun nasib baik dapat keluar pergi tengok perlawanan England melawan German. Nak bagitaw, memang penuh air dalam kereta kawan aku. Jenuh nak keluarkan air tu sebab dah serap dengan karpet.









p/s: German yang terbaik!itu sahaja..sekian, wasalam

8 Responses so far.

  1. pengalaman kot. ta pe. if pasni bnjir lg, ta kekok da. ngee

  2. letak kancil tu atas bumbung ye..x de la masuk air nnt..he3

  3. ~ ReD ~ says:

    eeeiii...lipas berjoget2..hahah

    latest entry Review filem Knight and Day

  4. Eciz says:

    erk. kompom itu pengalaman masin. KEHKEH

  5. Fyzal says:

    aiseh bro.. teruk gak banjir tu. itu kawasan perumahan kat ipoh ek? sebab aku rasa macam penah tgk je area tu.

    kawasan mana tu ye?

  6. Lindonut says:

    yaaa ammmpunnnn!! bgus sgt nak start sem kn? hahah! joking. :p

    yg penting, germany menang!! xD

  7. ish.
    kesian2..
    mesti kecoh kawasan rumah tu kan??.

  8. KiN says:

    naseblah air dlm bilik air 2 xmelimpah...klu x,selamat lah lipas2 tuh dpt 'menselamatkan' diri.tito dgn lipas t.HEHE

Share