Salam kepada semua,



Sekali lagi nak bagitaw, aku menang wang tunai kot. Gempak tak?? Bukan RM10..bukan RM100..tapi RM27,000 kot. Tak perlu bekerja, tak perlu keluar rumah, tak perlu jumpa orang, tak perlu MLM. Senang cerita duduk rumah tengok tv jer. Nak taw rahsianya? jeng..jeng..jeng......=D



Ok, semuanya mengarut. Nak berduit kita kene usaha. Bukan duduk goyang kaki jer. Rezeki takkan datang jika kita tak cari. Ok, taknak cerita lebih. Nanti ada orang berlagak.



Aku rasa kebanyakan orang pernah dapat message macam ni. Tiba-tiba je dapat sim kad menang. Kalau nak check inbox memang banyak la. Mesti ada yang pernah telefon balik nak taw pengesahan samada betul atau tak message yang diberi.

Pernah aku dapat panggilan dari mana tah tapi loghat bahasa Indonesia cakap Melayu la. Yang ini lagi la. Mintak no bank Maybank.


Pemanggil : Hello, ini siapa?
Aku : Ini siapa pulak? (buat nada pelik sikit)

Pemanggil : Nak bagitaw sim kad encik telah memenangi RM10,000.
Aku : Owh, yeke?? (bajet berminat)

Pemanggil : Duit akan dimasukkan terus ke dalam akaun bank. Boleh saya taw encik ada akaun bank apa?
Aku : Bank Islam kot.

Pemanggil : Owh, akaun Maybank ada??
Aku : Rasanya tak ada kot. (TIPU!!!) Hantar cek je la. (bajet bagus lak aku mintak cek..hehe)

Pemanggil : Kami tidak membuat sebarang urusan dengan cek. Segala urusan dengan bank Maybank sahaja.
Aku : Owh, dah tu saya ada akaun Bank Islam macamana? (dasar pejabat dia mesti sebelah Maybank, malas nak pergi bank lain)

Pemanggil : Macamni la, encik ada tak kawan atau sedara mara yang ada akaun Maybank??
Aku : Erk!!boleh ker?? (serius, terkejut aku dengar soalan macamni)

Pemanggil : Boleh jer, asalkan encik beri akaun bank dengan no pin.
Aku : No pin??Nak buat apa dengan no pin?? (jangan harap aku nak bagi no pin)

Pemanggil : No pin ni penting untuk memastikan duit sampai lebih cepat..bla..bla..bla..Kalau boleh encik bagi la no telefon kawan encik, biar saya cakapkan. (ayat tak boleh blah!)
Aku : Kalau macam tu tak pe la yer. Saya ada kat dalam tandas ni, tak sempat nak bukak seluar lagi awak dah telepon. Terima kasih..(cancel call)


Kisah ni berlaku semasa aku baru je habis konvo di Politeknik Shah Alam. Pelik je leh pasing-pasing duit kat akaun orang lain. Memang dasar nak menipu la tu.



Yang ini lagi pelik. No sim kad maxis broadband aku pun menang?? Bertuah sungguh aku yer..hehe Aku tak pernah hantar message kat sesiapa guna no maxis broadband, macamana la boleh masuk kat situ??



Terpulang masing-masing hendak percaya atau tidak. Jangan terlalu mudah percaya. Borak je panjang berjela sampai bil telefon dia habis pun tak pe. Kalau tak nak, tak payah teruskan cancel kan saja.












p/s:aku dapat komplen mengatakan mereka takut nak masuk blog aku sebab ada malware detected..jadi, template kene tukar buat sementara waktu sebab layout "ada link yang kene malware" ..sory blog agak serabut..adeiihhh

31 Responses so far.

  1. aYaz says:

    ini mmg penipu..!
    ade ke patut nak bg adiah,mintak no pin?
    hape kejadahnya?

  2. yeah , pernah jugak dapat mesej mcm tu . jgn harap nak percaya

  3. ~~aKoO~~ says:

    hehe..suCi jer kaLer puTih..

  4. zirconia says:

    baru nak suruh ZE belanja dah kaya dpt 27ribu. hahah.

  5. myampah org yg suka tipu ni..nk dapat duit dengan cara nak menipu org aje...

  6. Kamsiah says:

    salam
    jika dipikir secara logiknya..mana ada org kat dunia ni nk bg duit free...sebanyak tu....so pd yg tergoda dgn offer mengarut tu...mmg malang la..

  7. Irnie says:

    biase gak dapat.. nak caye cam mane..? ejaan yg asas pn boleh tak betull..

  8. Kamsiah says:

    salam
    jika dipikir secara logiknya..mana ada org kat dunia ni nk bg duit free...sebanyak tu....so pd yg tergoda dgn offer mengarut tu...mmg malang la..

  9. ZE says:

    semua nak senang..malas berusaha..

  10. ZE says:

    jom, saya belanja(iklan KFC)..keke

  11. ZE says:

    memang penipu pun..=)

  12. ZE says:

    (blushing)..XD

  13. ZE says:

    jangan sekali-kali percaya yer..=)

  14. ZE says:

    tu la, ni mesti budak baru ni..mana boleh mintak no pin..

  15. zirconia says:

    hahah. iklan tak boleh blah.

  16. Syazwanajamal says:

    hmmm memang banyak kali kene cmni
    sedey tol
    :(

  17. Feya_90 says:

    ALA...ingatkan dapat btol2...tgn yg pgg dwet tu mcm same je.

  18. aku pnh gakx dpt...ag baek

    ada maybank
    xda??
    xpki acc bank
    trus ltk
    pastu msj maki2 diewh
    hahahaha

  19. Affan says:

    kahkah. apa lah bodoh sgt mintak no pin.
    bengong.

  20. ZE says:

    terbaik la..haha

  21. ZE says:

    tak suka juga..

  22. ZE says:

    amatur lagi kot..=)

  23. ZE says:

    abaikan jer semua gangguan tu..

  24. org buat keje mcm ni sbb mmg ad org lain yg kena tipu...tak tahulah mcm mana kene tipu..

  25. .copie says:

    lwk ayat last hg aki sblm hg cancel call..
    hahahaha..

  26. iqin chingu says:

    okeh sangat kelakar ^^ dasar pejabat dia sebelah maybank ;p

Share