Salam kepada semua,


Siang tadi selesai sudah tanggungjawab menyelesaikan hutang saman yang belum dibayar. Aku dapat saman ni semasa menghadiri Gathering Buka Puasa Di Shah Alam . Kene semasa main bowling kot. Mana tak kene, aku parking motor kat tempat tunda lak. Memang dapat la "surat cinta" dari encik polis..adess

saman polis



Memang la tak best kalau kene saman. Tapi dah kene, memang kene bayar la. Mula-mula tu risau la pulak nak pergi bayar. Sebab dalam resit ada kenyataan mengenai kompaun hanya boleh dalam 14 hari sahaja. Lebih dari 14 hari, kita akan dikenakan caj harga sebenar. Tapi dah 18 hari kot, nasib baik kene bayar RM70 jer. Kalau lebih seratus, memang aku balik terus. Apa benda kompaun ni? Bagi yang tak pernah kene saman dan tak tahu menahu mengenai kompaun ni, kompaun ni lebih kurang macam diskaun la.

Senang cerita amik contoh resit kat atas. Berdasarkan kesalahan yang aku lakukan, aku dikenakan caj saman sebanyak RM70. Kalau nak diikutkan, bayaran sebenar kalau tak silap RM200(tak pasti caj sekarang) sebab ada kawan cerita dulu dia kene saman dan kene bayar RM200. Jadi, bayarlah sebelum nilai saman tu bertambah. Sakit woo nak bayar beratus-ratus semata-mata sehelai kertas..adesss

saman JPJ

Ini bukan kali pertama aku kene saman tapi tak la banyak sangat kene saman. Masih boleh dibilang dengan jari tangan lagi..hehe Saman dari polis ni kali yang kedua. Kali pertama kene pun ditempat yang sama jugak Sebab masa tu nak singgah sekejap je, tak sampai 10 minit. Bila sampai kat tempat motor jer, en. polis yang baik hati baru meletakkan resit(surat cinta) dalam bakul motor..adess Memang tak bernasib baik masa tu.

Aku juga pernah kene saman dengan pegawai DBKL. Kene saman sebab letak motorsikal di hadapan Pertama Kompleks yang kat KFC depan Sogo tu. Masa tu parking motor yang belakang Sogo tu ditutup sebab ada pembinaan. Dah tak ada parking, semua parking kat depan KFC la. Nasib baik bayar awal, kene RM10 jer..=)



Ha, yang ini saman yang paling merbahaya yang pernah aku dapat iaitu saman JPJ. Nanti la aku cerita di entry akan datang yer..panjang ceritanya..hehe





p/s:arghhh!habis duit raya aku tahun ni..ni yang nak kene raya sakan balik ni..huhuhu

6 Responses so far.

  1. Nabiel says:

    laaaa..
    ko kne saman ke hari tuh?hehehe..
    nseb baek ak parking kjap jek..huhuhu..
    ptt ko smgt jek maen boling..bygkan baling bola tuh kt polis kot.hehehe

  2. framestone says:

    ish kamu nie.. suka suki men saman merata2 ek

  3. zirconia says:

    kena saman ke? ish3, kesian duit raya habis duk bayar saman je. huhuk

  4. dah cek saman dengan website tuh? : http://karipapsayur.blogspot.com/2010/09/sejauh-mana-korang-otai-saman-trafik.html



    Entry terbaru ahkak: Drypers Limited Edition (Ko hade??)

  5. Atokpantera says:

    adui kne tyme gathering? sedih plak dgr huhu

  6. Mie_amieque says:

    hi...nk tnye bole x..

Share