Salam kepada semua,


Pada entry lepas, aku ada buat entry Adakah ini website Siti? . Dan akhirnya aku telah dapat data yang betul iaitu website sebenar Siti Nurhaliza. Terima kasih kepada Fiesyaa Chacha kerana memberitahu website ini melalui komen.







Kenapa Siti Nurhalija??Sila jangan salah paham. Ini bukan rekaan aku sendiri.

Setelah aku dah jumpa website sebenar Siti Nurhaliza, aku telah tengok dan selak-selak apa yang patut. Ok, bermula dengan laman web Siti Nurhaliza. Laman web ini merupakan laman web Siti yang sebenar. Kerana isinya ada menceritakan tentang acara-acara atau status terbaru daripada Siti. Jika sesiapa yang ingin mengikuti perkembangan Siti, boleh melayari laman web ini.


Ok, aku tahu. Tak semua yang suka dengan Siti. Kenapa ye??Itu korang sendiri pergi cari kat Google. Apa yang aku nak cerita adalah, laman web Siti Nurhalija. Apa yang terdapat dalam laman web tersebut ialah hanyalah gambar dengan artikel mengenai Siti. Empunya blog mungkin peminat Siti atau tak kerana semua yang ada alah mengenai Siti. Artikel, petikan surat khabar, gambar-gambar yang ada kaitan dengan Siti.


Bila korang tengok sendiri, baru tahu betul atau tak aku cerita. Korang boleh lihat komen-komen yang ada. Terlalu banyak yang komen-komen dari mereka yang tak dikenali. Ada juga komentar dari Indonesia. Ada yang mengutuk dan ada yang membela. Macam dah jadi tempat peperangan dah.



Aku tak tahu apa tujuan laman web Siti Nurhalija ni dan siapa yang buat laman web ni pon aku tak tahu. Kalau korang tak terlepas pandang, blog Siti Nurhalija ini menggunakan SIMPLYSITI sebagai url. Bukankah itu jenama kosmetik Siti??Kalau Siti nak buat website untuk kosmetik dia macamana lak yer??






Aku tahu, tak semua orang suka dengan Siti tapi mendoakan lebih baik dari mengutuk. Tak nak doakan pon takpe, itu hak masing-masing. Dengki mendengki ni tak elok. Ada yang tak setuju?? Boleh bagi pandangan korang.















p/s: kalau aku salah info, sila betulkan..sekian, wasalam...

5 Responses so far.

  1. ooo... baru tahu.. nak gi jenguk jugak lah..

  2. salam,
    hurm..ada jugak orang macam nie..dah pergi blog dia tadi..pelik gak..adoi..macam-macam la manusia nie kan???

  3. shazika says:

    oh..siti ada website dh

  4. ~Ann~ says:

    haha.. tak faham..


    And i say heyyyy whatever...

    Hehehe.. biarlah dia ze.

  5. wah..bleh plak Siti Nurhalija tu guna name SIMPLYSITI kn??
    ish2~~
    nwey, dato siti nurhaliza mmg t'baik! :D

Share