Salam kepada semua,


Terlalu ramai yang melepaskan rasa geram dan marah dengan menulis entry. Segala-galanya diluahkan dalam bentuk penulisan. Aku juga pernah lepaskan geram dan kata yang agak kesat di entry ini.. Betul, dalam keadaan marah kita kadang-kadang agak hilang pertimbangan. Setiap orang ada tahap kesabaran yang berbeza.

Apa yang aku nak cerita adalah mereka-mereka yang marah kepada


Perlu kita marah kepada anonymous??


"Anonymous" yang juga dikenali sebagai "tanpa nama" yang digunakan oleh mereka-mereka yang tidak ingin identitinya terdedah. Contoh, apabila mereka hendak komen blog tanpa dikenali, mereka akan menggunakan identiti "anonymous" ini. Kadang-kadang komen mereka biasa sahaja dan kadang-kadang komen mereka mampu menaikkan kemarahan.

Perlukah kita marah pada anonymous?

1.Komen mereka yang menyakitkan hati

Kadang-kadang "anonymous" ini sengaja hendak menyakitkan hati. Dia kutuk itu, dia kutuk ini, dia tak puas hati itu, dia tak puas hati ini. Maklumlah, identiti pon tiada nama. "Anonymous" taip je la apa yang hendak ditaip.

2.Tidak perlu terasa sangat

Kadang-kadang "anonymous" ini sengaja nak melaga-lagakan perasaan kita. Sengaja nak menaikkan darah kemarahan kita. Kita pulak naik darah sampai ke naik tekanan darah. Tak perlu terasa(sentap) sangat. Mereka dari dunia maya. Kita tak kenal pun dan dieorang pun tak kenal kita. Tetapi ada juga "anonymous" kenal dengan kita tapi kita yang tak kenal "anonymous"

Mungkin "anonymous" ni sahabat rapat kita, kawan sekolah dahulu, cikgu atau pensyarah kita ke. Kang tak pasal-pasal "anonymous" tu adik beradik kita pulak. Dia sengaja nak buat kita marah dan dia pulak duk ketawa tengok kita marah. Lagi kita tunjuk kemarahan kita tu, lagi itu la "anonymous" ini suka. Tak perlu la terasa sangat. Abaikan sahaja, buat sakit kepala je.

3.Mengutuk, mencaci, maki hamun, mencarut

Yang ini yang paling tak elok dan segera la kita menjauhi sikap ini. Buat tambah dosa je. Seperti yang aku kata diatas, bila kita dalam keadaan marah kadang-kadang kita agak hilang pertimbangan. Kita kene banyak bersabar. Mereka hanya "anonymous" sahaja.

4.Pandang dari sudut positif

Tak semua "anonymous" ini bersikap negatif. Kita kene ambil pandangan mereka itu dari sudut positif. Contoh ;

Seperti gambar diatas, "anonymous" ini memperbetulkan kesilapan aku di entry ini. Walaupun aku kenal dia siapa..hehe Jangan risau, dia "anonymous" yang baik. Dia membetulkan kesilapan aku dan aku mengaku kesilapan itu. Jadi, pandanglah komen mereka dari sudut positif.

5.Perbaiki kelemahan diri sendiri

Jika komen mereka masih menyengat??Tanyalah diri kita. Adakah kita telah melakukan kesilapan?Dimana silap kita?Apa yang menyebabkan mereka berkata begitu?? Mungkin kita betul dan mungkin kita tak sedar yang kita ada melakukan kesilapan. Jangan kita terlalu nak menuduh "anonymous" ini sedangkan kita tak perasan ketelanjuran kata-kata kita menyebabkan ada yang terasa.



Apa yang aku dapat simpulkan kat sini kalau tak suka sangat, tutup je bahagian komen tu. tak pon buat yg ada ID atau yang ada register dengan google je leh komen. Tak suka sangat, private je blog tuh.

Teguran itu penting untuk menyedarkan akan kesilapan yang telah kita lakukan. Dari situ kita dapat memperbaiki kesilapan kita. Jangan asyik dengan kata "aku punya blog, aku punya suka nak tulis apa". Macamana nak maju macam tu?Baik private kan je dan tak payah bagi orang baca. Kita kan 1 Malaysia..hehe =)





"Orang Yang Bersabar Adalah Orang Yang Paling Kuat Di dunia"
aku lupa aku dapat sumber ni dari mana..





Terlajak perahu boleh diundur,
terlajak kata-kata habislah aku..=P











p/s:Ada yang tak setuju dengan pendapat aku diatas??Bagi la pandangan atau pendapat sedikit. Sharing is caring..=)

37 Responses so far.

  1. betul2.sangat setuju!

  2. betul setuju!

    komen yg baik tu leh wat ingatan kalau komen nak kondem tu, biarkan saje ia berlalu bagai angin lalu huhuu~

  3. ya...saya tk dpt komen dari anymous yg mnykitkn hti..mgkn sbb saya tk mnyakitkn hti org jgk kot..ngee...

    tp kalau ada anymous yg nk hentam pun sy akan gelak sj..sbb sy suka org hentam sy....he

  4. yang ke3 tuh... aq x kesah orang nak komen...

    tapi biarlah kita tau sape yang komen...

    lain orang lain pendapat kan? apa salahnya respek pendapat orang..

    kalau salah ditegur... bukan di maki...

  5. Huda Luna says:

    aku lebih suka org tego aku guna nama
    ni tego aku gn anon
    mcm xde teloq sgt

  6. helena's says:

    sebab tu lah nak menegur ada caranya..

  7. klu anon yg ok xpela..

    ni anon yg x ok.pe cer??
    haishhh.

  8. Ichako says:

    setuju sangat2. :)

    tapi mungkin sesetengah orang ni marah sebab anon ni tegur dengan cara yang tak betul.
    nak tegur ada caranya.
    kadang2 ada orang yang suka/terbiasa tegur dengan cara maki ataupun sindirin.
    mungkin dia rasa benda tu biasa,tapi lain orang lain cara pemikiran dan penerimaan dia.

    tapi pendapat saya,kalau ikhlas nak tegur,letak la nama betul.
    kalau ada identiti orang lagi senang nak terima.

    apa pun,masing2 ada hak masing2.
    hak untuk menegur kesalahan dan hak tuan blog untuk tulis apa saja yang dia nak.
    cuma masing2 kena fikir sendiri laa mana betul mana salah.
    tak boleh nak salahkan mana2 pihak jugak dalam hal ni.

    sekadar memberi pendapat.
    perbetulkan sy kalau ada yang slh.
    :)

  9. kahkah.
    dunia belog dah pening sekarang.
    masingmasing mudah sentap.
    susahla kan..

    anon ada baik ada buruk.
    kalau terjumpa yg buruk tu, just iggy je.
    buatbuat xnampak.
    niat dia memang nak tgk kita meletup.
    so kalau kita diam, maybe dia pulak yg meletup.
    :D

  10. sll depa nie nk kondem kt jer...
    dh xde kje ln agknyer..
    br lar mereka dgn dnia mereka..
    yg pnting teguran mbina jdkn pgajaran..
    teguran yg mjatuhkn,jdkn sempadan n peringatan..
    xsemua akn bpuas ht dgn kt..

  11. heart~ says:

    biase la, blog ni kn public so semua org blh baca...

    pasal anon tu mmg betol mcm yg kamu kata =)

  12. wAnIe says:

    betul tuu..setuju sangat. kadang2 komen anonymous ni refleks daripada diri kita sendiri :P

  13. anonymous ni kadang2 buah hati kita juga. saja nak kenakan kita balik.
    haha.
    cool saja bila dapat komen2 dari anonymous yg negatif2.
    mereka tu cemburu dengan kita je. ;p

  14. yup2..if x mo anonymous nie komen wat private jek.hee.

  15. sy lebih suke mnjadi silent reader drpd mnjadi anonymous yg mberi komen ntah ape2...

    anonymous tak semuanya jahat & tak juga semuanya baik.. jika komen mereka negatif, kita lihat dari sudut positif.. jika komen mereka positif, alhamdulillah, kita boleh trsenyum...

    apa pun, jgn biarkn diri anda dipengaruhi emosi negatif yg dihntar anonymous yg tak bertamadun..

    p/s: knp ayat aq mcm skema eh?? ;P

  16. sllunyea yg anom tu msti na kondem je.pastu ta brani plak gtau identiti. ape la

  17. klau se, ok jer klau dia nk kutuk cume klau melampau sgt bru betulkan ape yg patut.hehe

  18. irahehe says:

    anonymous nie kadang2 sengaje jer nak buat kite marah pastu sengaje carik salah kite dan diorang berani sebab xyah letak name.

    tapi ade jer anony yang baek.bergantung pade ape yg die tulis lah..hahaha..singgah~

  19. zackentry says:

    memang dieorang cemburu kat awak rasanya..=P

  20. zackentry says:

    betul tu..=)

  21. zackentry says:

    terima kasih..=)

  22. zackentry says:

    biasa la, tak semua kita buat semua orang suka..=)

  23. zackentry says:

    sentap = terasa..=)

  24. zackentry says:

    terima kasih kerana beri pendapat..=)

  25. zackentry says:

    anon yang tak ok, biar mereka je cer..kita tak perlu balas..=)

  26. zackentry says:

    betul tu..=)

  27. zackentry says:

    nama ada link tak ada pun tak pe kan? =)

  28. zackentry says:

    betul tu..=)

  29. zackentry says:

    wah, sangat berani yer..=)

  30. zackentry says:

    betul tu..=)

  31. zackentry says:

    betul tu..=)

  32. zackentry says:

    ayat ok jer..=)

  33. zackentry says:

    buat private dan komen sorang-sorang..=)

  34. ayleencutegirl says:

    betol2.. z.e dulu i mmg angin setiap ari ngn anon ni..tp mkin i mara makin galak lak dorg komen..last i lak diam2 smbil bace komen anon ni gelak2 je..pastu post entri gedik2 lagi..haha..last2 dorg lak yg senyap ..maybe sbb dorg da pnat nk bt i angin tp i lak cool2 je..[actually bt2 cool tp dlm ati...grrrrr]

  35. ZE says:

    senang cerita, mereka jangan dilayan kalau yang negatif2 tu k..=)

  36. ZE says:

    betul tu..=)

  37. Izwan says:

    hahaha.. nice !

Share