Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Logo Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM

Keputusan Terkini Perlawanan Malaysia vs Jepun Kelayakan Olimpik 2012 21 September 2011. Keputusan berakhir dengan Malaysia kalah 2 - 0 kepada Jepun. Masih terlalu awal untuk mengalah kerana masih ada perlawanan yang Malaysia akan hadapi.

Separuh masa pertama : Sebaik sahaja perlawanan dimulakan, pasukan Jepun berusaha membuat serangan di bahagian pertahanan Malaysia. Dan akhirnya Jepun menjaringkan gol
pada minit ke-9. Bahagian pertahanan Malaysia kelihatan lemah dan Jepun membuat serangan demi serangan tetapi Khairul Fahmi sangat cekap menjaga gawang gol.

Separuh masa kedua : Pertahanan Malaysia masih lemah menyebabkan penyerang Jepun masih berjaya membuat banyak percubaan dan masih belum gawang masih dipertahankan kerana Khairul Fahmi masih cekap. Malangnya gawang gol Malaysia berjaya dibolosi pada minit ke-76


Kata Zack Entray : Khairul Fahmi memang terbaik walaupun malaysia kalah. Apapun lepasni Malaysia akan lawan Syria di Stadium Bukit Jalil. Malaysia boleh!

Share