Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Harimau Malaha, Harimau Muda, Pasukan Harimau Malaya, Malaysia

Tahniah pasukan Harimau Malaya kerana berjaya mempertahankan kemenangan atau mempertahankan emas yang kita menangi 2 tahun lepas. Bukan mudah dan tidak mustahil kita berjaya mengekalkan juara 2 kali berturut-turut. Dengan kemenangan emas bola sepak ini, kita adalah juara Asia Tenggara.

120 minit adalah satu waktu yang terlalu panjang hanya sekadar melihat 22 orang berada dipadang 20 orang berkejaran dan 2 orang mempertahankan gawang gol hanya sekadar sebiji bola. Kalau ikut sudut lain, dah macam bukan perlawanan Sukan SEA dah. Macam perlawanan Piala Dunia. Perlawanan Piala Dunia pun tak macam ni kot..heheh

Bila masuk masa tambahan pula, pemain dah berhempas pulas untuk keringat yang terakhir demi maruah negara tercinta..chewahh..haha Walaupun bolos, tapi dikira offside..memang sayang lebih la kat penjaga garisan..^^

Antara aksi yang aku agak tak suka adalah melihat penentuan sepakan penalti. Serius la kan, benci teramat sangat. Benci sebab ia sangat-sangat-sangat-sangat-sangat mendebarkan. Tak dapat dinafikan agak kecewa dengan tendangan Fakri tu. Bukan sebab tak gol, tapi tendangan tersebut macam tak bersemangat..adeihh Apapun, terima kasih kepada Baddrol kerana menjadi penyelamat terakhir Harimau Malaya.

Video Sepakan Penalti Malaysia Menang VS Indonesia Sukan SEA ke-26



Kata Zack Entry : Dengan kemenangan dalam sukan bolasepak ini, kita adalah juara SUKAN SEA..yeah! ^^,

One Response so far.

  1. hey...u havent mentioned which city u are in...but u can pick up many of these language courses cds from landmark bookstores..in bangalore and chennai..

Share