Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

telur tiruan, Telur Ayam Tiruan/Palsu Di Pasar Malam Kajang

Telur ayam tiruan atau telur ayam palsu telah hangat diperkatakan dulu. Harini telur ayam tiruan dah sampai kajang ? Tak boleh jadi ni, jangan sampai tempat aku dah la. Entry lepas iaitu Telur Ayam Tiruan | Gambar | Video | Perbezaan.

Hari ni terbaca dekat harian metro mengenai seorang ahli perniagaan dan kenalannya telah membeli 30 biji telur(sepapan) daripada seorang peniaga pasar malam di Kajang. Akibat memakan telur palsu tersebut, mereka mengalami cirit birit.

“Kali pertama saya memakan telur berkenaan dengan menggorengnya ialah sebaik pulang ke rumah dan kira-kira empat jam selepas itu, saya mengalami cirit-birit hingga memaksa saya mendapatkan rawatan di klinik berhampiran. Pada 9 Oktober lalu, sekali lagi saya menggunakan telur yang dibeli itu dalam masakan dan menghadapi masalah yang sama iaitu cirit-birit,” katanya.


Aku selalu beli dekat kedai runcit jer, belum pernah lagi beli dekat pasar malam ni.

“Saya pelik melihat keadaan telur itu dan mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena. Saya kemudian melakukan eksperimen dengan membuka telur itu dan ada bau seperti bahan kimia. Saya goreng dan cuba memakannya separuh. Selepas beberapa jam memakan telur itu, saya mengalami cirit-birit seperti sebelum ini. Saya mula yakin telur yang dibeli di pasar malam berkenaan adalah palsu,” katanya.


Harap-harap tak sampai la dekat kawasan perumahan ni. Bahaya betul, dah la telur ni boleh dikatakan setiap bulan beli.



sumber Racun telur palsu

6 Responses so far.

  1. EYQASARA says:

    alarh.. jenuh la pasni nak pilih telur aym.. aduuuhhhh~!

  2. sampai hati dorang kan :'(

  3. ni takut nak makan telur ni
    p/s: buat masa ni chrome la yek..pasni klu de pelayar baru..mesti yg 2 paling cept dari chorme kan?

  4. iskkk...wujud balik ke masalah ni...

  5. Nur says:

    Yang mkn 1st time tuh tak perasan ke? Telur pon nak tipu dah sekarang.

Share