Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Facebook-icon

Kali ini aku nak ajar tutorial nak kembali ke profile facebook yang lama. Sebabnya harini ramai yang terkejut(tak la terkejut macam tengok hantu) dengan perubahan baru pada facebook. Sepanjang aku guna facebook, ini kali ke dua rasanya facebook berwajah baru. Tak sangka, rajin jugak Mak Zukerbek ni.

Bagi yang tak dapat terima atau hampir2 trauma dengan perubahan facebook ni, boleh la cuba cara ni untuk kembali kepada yang lama..

1st - pergi account setting
2nd - tukar language English (US) ke English (UK)

selamat mencuba..



Mengenai perubahan baru facebook..

1.News feed

Bagi yang ada twitter tahu la. Dengan adanya news feed ni, semua aktiviti rakan facebook kita dapat tahu. Senang cerita semuanya jadi stalker setiap kegiatan rakan facebook. Apa yang member buat, apa yang member komen, apa yang member update status, apa yang member like, apa yang member buat semuanya boleh tahu melalui news feed ni.

2.Button profile dan home

Mak Zukerbek ada tambah button profile yang baru dan button home yang baru. Tambah pun nak buat apa sebab kalau nak pergi ke profile klik dekat nama dan kalau nak pergi kat home klik facebook jer. Tambah untuk hiasan? tapi agak smart gak la..=P

3.Saiz gambar

Gambar yang diupload akan jadi besar. Rasanya benda ni bagi aku tak serabut sangat. Cuma bagi mereka yang selalu upload gambar tu, gambar mereka akan lebih besar sikit berbanding dulu hanya gambar kotak kecik jer. Ini tak serabut sangat.



Itu jer kot yang aku tau..




Kata Zack Entry : Aku malas nak tukar sebabnya Mak Zukerbek tetap akan selaraskan semuanya sama. Daripada aku merungut pada masa akan datang baik aku biarkan jer. Dulu punya kes pun macamni.

2 Responses so far.

  1. EddyGeek says:

    rasa best je versi baru ini. interaktif skit.

  2. Tanpa Nama says:

    aku tukar x jadi pape pun..sama je..

Share