Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

SENYAP | Social Enforcement For National Youth Awareness Program

SENYAP atau Social Enforcement For National Youth Awareness Program adalah program pertama kali dianjurkan oleh Gerakan Belia Teknologi Informasi. SENYAP atau maksudnya Program Kesedaran Pembangunan Sosial Belia Peringkat Kebangsaan adalah satu program usaha-sama diantara Kementerian Belia & Sukan , Institut Penyelidikan & Pembangunan Belia (IPPBM) serta Information technology Youth Movement (ITYM). Ada apa dengan SENYAP ni?

Mungkin ada yang dah tahu atau mungkin ada yang tak tahu. SENYAP adalah program bertaraf kebangsaan yang pertama seumpamanya yang dianjurkan oleh kementerian yang menarik penglibatan blogger. Rasionalnya tetang program SENYAP ini adalah bertujuan untuk memberitahu masyarakat tentang kewujudan komuniti blogger atau dengan bahasa yang aku boleh klasifikasikan sebagai IT-holic.

Kepentingan komuniti blogger ini harus dipandang kerana kita mempunyai kuasa yang mampu merubah sesuatu situasi sesebuah negara.. dan dengan tertubuhnya program senyap.. kami berharap blogger-blogger kita dapat bekerjasama untuk membantu didalam pembangunan belia dan masyarakat, khususnya untuk generasi Y yang cenderung didalam bidang Informasi Teknologi.

Program ini ditubuhkan untuk mengumpul seratus blogger bukan politik untuk bersidang dia PWTC pada 18hb September ini. Untuk pengetahuan korang kami telah menjemput beberapa blogger-blogger otai untuk menyertai program ini secara rawak.. dan mereka telah pun mengesahkan penyertaan untuk menyertai program senyap. Antaranya adalah hero blog Malaysia bro Ben Ashaari, Bro Framestone, dan Mia-liana.

Program : SENYAP
Tempat : PWTC
Tarikh : 18 SEPTEMBER 2011
Masa Jam : 09:00-18:30

Walaupun aku dah dapat email invitation, tapi tak pasti lagi dapat datang atau tak. Harap dapat datang la sebab nak tahu la jugak apa yang dibincangkan dalam perhimpunan SENYAP tu nanti. Kalau aku datang, ada la yang akan diupdate mengenai SENYAP ni esok..^^,

Rujukan :

Blog MiaLiana
Blog Abang Feroz
Blog Neizalyez


p/s:esok mungkin datang dengan merempit..^^,

Share