Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



Perutusan Khas Hari Malaysia oleh Perdana Menteri telah berlangsung secara langsung di siaran televisyen. Aku bukak siaran TV3 tapi masa tu tak tau la pulak ada ucapan ni. Habis-habis berita jer terus tayang siaran khas.

ASSALAMUALAIKUM Warahmatullahi Wabarakatuh, salam sejahtera dan salam Hari Malaysia.


Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian.


Alhamdulillah dengan limpah izin dan kurnia-Nya jua, kita dapat menyambut ulang tahun penubuhan Malaysia bagi kali ke-48 sebagai warga sebuah negara yang merdeka, berdaulat, demokratik, aman dan makmur.

Sesungguhnya kisah perjalanan Malaysia penuh warna-warni. Bermula daripada sebuah negara pertanian berpendapatan rendah semasa penubuhannya, hari ini, hasil mahsul perancangan penuh sistematik dan pelaksanaan begitu mapan, kita telah berjaya muncul sebagai negara perindustrian moden yang berpendapatan sederhana tinggi. Bertolak dari situ, sekalipun kejayaan yang telah dicapai bersifat monumental dan amat signifikan, ia bukanlah alasan yang membenarkan kita untuk berhenti berusaha, berasa puas hati, berasa selesa, apatah lagi mengambil sikap bersimpuh sambil berpeluk tubuh. ui penggunaan kreativiti, inovasi dan menjulat usaha penciptaan kekayaan baru berasaskan sifat keusahawanan mandiri. Semua matlamat ini tidak mungkin akan tercapai tanpa wujudnya perpaduan nasional, keamanan, kestabilan dan keharmonian.


Bagi yang nak baca ucapan penuh, boleh klik link Berita Harian. Kang aku copy paste semua ada lak yang tak lalu nak scroll mouse ke bawah. Yang pasti point utama yang umum jelas bahawa ISA telah dimansuhkan.

Rakyat Malaysia yang dikasihi sekalian,

Sebagai yang ramai maklum bahawa, kecuali darurat akibat konfrontasi pada 1964, yang telah dibatalkan secara tersirat, kesemua proklamasi darurat lain yang telah diisytiharkan sebelum ini, masih dianggap berkuat kuasa sehingga hari ini. Justeru, menginsafi bahawa realiti negara Malaysia telah berubah, merasai denyut nadi, resah gelisah dan aspirasi rakyat yang mahukan Malaysia menjadi lebih terbuka lagi dinamik demokrasinya, di mana, pendapat, idea dan kebimbangan massa lebih diberi perhatian, agar dapatlah kita berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan sistem demokrasi lain di dunia yang berasaskan falsafah universal dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat, maka, kerajaan kini, di bawah Fasal 3 Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, akan membentangkan kepada kedua-dua Majlis Parlimen dengan usul agar ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, supaya ditamatkan kuat kuasanya.


Bagi yang tak dengar ucapan tadi, boleh la baca sampai habis.

artikel Berita Harian



p/s:aku rasa suasana mendengar ucapan lebih menarik dari suasana membaca teks ni dari awal sampai akhir..^^,

3 Responses so far.

  1. anyss says:

    Assalamualaikum,
    Selamat bercuti sempena Hari Malaysia...jom reramai serbu mana-mana rumah terbuka ;)

  2. ziraziz says:

    Salam ukhuwah...

    Selamat Hari Malaysia..

    "peace no war" ...

Share