Assalamualaikum dan salam sejahtera,



Harini heboh dengan kenaikan harga baru prepaid telefon. Berkuat-kuasa pada 15 September 2011, semua pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai pendapatan sebanyak enam peratus.

Sejak malam semalam lagi ramai dah meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan mengenakan cukai tersebut. Yang pasti bila ada benda yang nak bantah, kompem-kompem la page bantah akan dibuat.

Kami Membantah Tambah Nilai Prabayar Telefon Bimbit Dinaikkan Cukai

Siapa yang nak like, boleh la like. Lepas dah like, lantak la kome nak menjerit ke nak mengamuk ke nak CAPS LOCK ke kome punya pasal. Masing-masing memerlukan ruang atau tempat untuk meluahkan perasaan ye dak? #macamlapihaksanabacaluahankorang

Bagi semua pengguna CELCOM, semestinya masing-masing dah mula menerima pesanan secara terus dari pihak CELCOM.

RM0. Pelanggan dihargai,
mulai 15/9/2011,
semua pembelian reaload
& pek permulaan
prabayar akan
dikenakan 6% cukai
perkhidmatan yang
berkenaan. Info :
www.celcom.com.my

Berikut adalah senarai harga baru prepaid telefon selepas dikenakan 6% cukai perkhidmatan



sumber gambar

Sekali topup 10 => RM10.60
10 kali topup 10 => RM16.00

Memang kalau nak ikutkan sangat-sangat-sangat-sangat-sangat membebankan. Tapi kan pernahkah korang beli topup dari agen atau yang topup melalui telefon? Kadang-kadang ada segelintir penjual topup akan mengenakan caj 20 - 50 sen untuk keuntungan. Ini sebelum dikenakan cukai. Lepas kene cukai ni, tak mustahil la topup 10 akan dijual dengan harga RM11. untung..untung..



Adakah semua akan kembali ke zaman guna pondok telefon?

Apapun nak tak nak, semua akan beli jugak. Semua orang akan sanggup(terpaksa) bayar jugak. Isu ini akan tamat dalam beberapa hari macam isu harga minyak naik. Nak tak nak kene hadapi jugak harga baru prepaid yang dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%.




p/s:ada member dah siap-siap beli topup banyak-banyak untuk menghadapi cukai 6%

One Response so far.

  1. Tanpa Nama says:

    Mcmane ye nk cover expenses aku, fmly n kroni? brapa byk buleh cilok?
    1- LHDN? - 2009 = RM 88b xckup la..
    2- EPF? - 2009 = RM 33b brape sen jer..
    3- 10% Cukai Jualan? - peniaga x ramai kot..
    4- 5% Cukai perkhidmatan? - brape je yg wat servis.. (pelacur ade tax ke? hahaha)
    5- Zakat Pendapatan? - brape kerat je yg byr..
    6- GLC i.e MAS, TNB, CELCOM, syarikat bekalan air negeri, Khazanah, etc - eh, brape sgt la untung dorg, xsmpi 100 Company pun..
    7- byk lg la..

    GVM says - Eh, mane cukup nih.. cmane nk cover fmly aku, ank2 buah aku, kroni2 aku.. cmane nk nk korek duit lg nih.. ?... La.. ape la bengap sgt nih.. rakyat kn ade duit... ni best ni korek poket dorg nih.. -

    8- naikkan la lgi cukai, kalo cukai naik, duit aku pun b+ la.. alah naik brape sen je.. x trasa punya......
    9- GST? - rakyat bodo.. mane dorg tau sgt GST tu apebende..
    10- Naikkan harga barangan - bila harga barang naik, jumlah cukai jualan naik, b+ lg la duit tuh..
    11- Saman.. - hampir 18juta saman polis n jpj dr 2000 ke 2010 je. kalo average RM50/saman pun dah brape.. itu br RM50.. kalo RM150? @_@ kayo pakcik kayo...
    12- PTPTN - 5 juta budak skolah rendah, mngh n tadika ade kt msia. RM 20 sorg?... tu br RM 20 tuh..
    13- cukai 6% utk prepaid n simpack. - mane la rakyat tau 5% mmg syarikat telco da byr.. 6% lg wo.. ade 26juta pengguna prpaid kat msia..? WOW...

    lg 1.. simpan la duit byk2 kat bank, melabur la byk2 kat bank.. berhutang la byk2.. semua tu ade % side income tuh... hahaha

    sekian TQVM
    RAKYAT DIDAHULUKAN (miskin), PENCAPAIAN DIUTAMAKAN (utk fmly n kroni)

Share