Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



Terlalu ramai yang tanya dan disebabkan aku terlalu penat nak taip kat chatbox facebook, lebih baik aku tulis kat blog. Bukan pendek punya cerita. Aku harap pembaca faham la apayang aku nak sampaikan.

Masuk hari ini, dah seminggu kejadian adik kemalangan motorsikal. Kemalangan berlaku pada hari khamis sekitar pukul 1.30 pagi. Ada yang terkejut sebab ingatkan adik aku yang Nurul Hidayah ni yang kemalangan, yang kemalangan sebenarnya adik no 3 yang lelaki.

Macamana berlaku kemalangan?

Nama adik aku ni Firdaus. Dia ni pelajar tingkatan 5, kiranya SPM la tahun ni. Lagi 2 bulan kot peperiksaan SPM(tak pasti). Walaupun masih bersekolah, dia kerje part time dekat bengkel motor. Malam tu dia habis kul 10.30 malam, lepastu dia tunggu member dia yang keje KFC habis kerja. Dalam kul 11.30 dia dengan member dia pergi makan kat kedai makan.

Kul 1 lebih dia berangkat pulang ke rumah dengan member-member dia. Semuanya 4 bijik motor dan Firdaus ni tunggang sorang dan dia yang bawak motor paling depan. Dalam perjalanan pulang ke rumah, dieorang ternampak beberapa motor ke arah berlawanan. Dieorang ni tak tahu lak ada orang tengah berlumba. Entah macamana, salah seorang daripada pelumba tu makan jalan sebelah(masuk wrong way). Dah si Firdaus ni lak paling depan, jadi dia sorang jer yang kene langgar. yang lain sempat elak la daripada terlanggar adik aku ni.

Dalam perlanggaran tersebut, budak India yang langgar Firdaus ni tercampak dari motorsikal yang ditunggangnya. Adik aku hanya jatuh sebaik sahaja motor bertembung dengan motor. Lepas tu adik aku dikejarkan ke Hospital Kajang dengan menggunakan kereta Kancil, nak tunggu ambulance memang lambat la.

Kecederaan Firdaus?

Rahang gigi bahagian bawah belah kanan dia lari. Gigi atas dia pun tak berada di kedudukan sepatutnya. Pergelangan tangan kanan dia putus sampai tulang tu terkedepan sikit(bahagian tapak tangan). Tangan kiri dia patah. Kaki kiri dia patah dari bawah kaki hingga paha. Tulang kaki bawah(bahagian betis) dah tak sentuh dengan lutut. Semasa dia diangkat, kaki kiri dia terkulai. Urat kaki kiri putus.

Kecederaan India tu? (orang yang langgar)

Si malaun ni dah temui ajal masa dalam ambulance. Masa kemalangan tu dia tercampak jauh(superman). Banyak darah yang keluar. Ambulance lak datang lambat. Yang terbaik adalah lagi 2 orang kawan yang lumba dengan dia ni. Dah nampak member terbaring kemalangan bukan nak tolong, dieorang 2 tu pergi cabot lari. Dah sendiri salah, memang lari la. Sampai jer kat hospital, petugas tu kata memang india ni tak dapat diselamatkan. Telor dia pecah, kaki dia berlubang(langgar pedal motor kot), dan darah dah keluar banyak.

Keadaan Firdaus terkini?

Semalam semua pembedahan telah dibuat dan boleh dikatakan semuanya berjalan dengan lancar. Yang terbaru leher dia terpaksa ditebuk untuk pernafasan bagi menggantikan di bahagian mulut kerana mulut dia baru buat pembedahan rahang. Berikut adalah gambar selepas pembedahan.





Tangan kiri patah



Pergelangan tangan putus



Leher yang terpaksa ditebuk untuk pernafasan




Urat kaki putus

Pembetulan : Selepas scan untuk mengetahui keadaan leher, doktor telah mengesahkan tengkuknya masih ok.

Sekarang Firdaus masih tak sedar lagi. Antara reaksi awal dia hanya bukak mata tapi kalau panggil nama dia tak pandang. Mata sekejap bukak, sekejap tutup sambil tu mata dia asyik mengalir. Buat masa ni, dia ditempatkan di ICU Hospital Kajang. Itu je la kot mengenai adik accident. Harap dia boleh bagi respon sebelum raya.





p/s:aku dah makin pelik dengan pengomen-pengomen blog aku ni..=.=

18 Responses so far.

  1. semoga adek kamu menunjukkan respon yang positif . anggaplah ia jugaan dr YANG MAHA ESA .

  2. cikdil says:

    Ya Allah, teruknya wak..
    moga adik awak cepat sembuh..amin..

  3. insyaAllah semua ok.. setakat nie.. atq dah jumpa 2 org yg sakit teruk2.. bagi respon yang +ve

  4. Ouh. mengalir air mata baca. semoga dia kembali sedar dan pulih sepenuhnya sebelum raya. Amin Kesian dia. sama baya ngan adik, tak lama lagi nak trial dah. Bersabar ye ze. :'(

  5. ya ALLAH teruk ny...same2 kite doakan adek kamu ni ye...smoga die dpr reaksi yg lagi mberangsang kan lepas ni...sabar ye kamu sekeluarga...

  6. zirconia says:

    masyaAllah...teruk keadaan adik ZE..harap dia akan sedar dan kembali pulih sepenuhnya..harap keluarga ZE pun tabah...aminnn~

  7. NHAR says:

    iqa, solat hajat dan baca yassin setiap kali lepas solat 5 waktu tau. minta kat Allah saban masa sebab Allah tak pernah jemu mendengar permintaan daripada hambanya yang beriman. hope ur bro akan cepat pulih. terus bagi dia semangat tau. dan jgn sesekali demotivated dia.

  8. Ya Allah, kesian adik kau. Sebab salah orang lain, dia pulak yang kena. Banyakkan berdoa

  9. J says:

    semoga baik2 aja nanti..

  10. Shila says:

    moga cepat smebuh.. :)

    tak bole tengok orang kene tebuk leher utk bernafas.. T___T seksa rasa..

  11. Syazwan says:

    masha Allah. kalau terjadi pada adik aku sendiri mesti lagi menyayat hati.

    moga2 cepat sembuh dan dapat amik SPM adik bro tu.

  12. teruknya adik awak accident..harap cepat la ye...

  13. Kasihan ye, kadang kita dah beringat...tp salah orang punya pasal..kita juga yg kena

    alhamdulillah sebab masih diberi pinjaman nyawa dari Allah SWT :)

  14. najwa says:

    Assalam.
    Allhurobbi.. sayunya hati melihat!

    Semoga Firdaus diberi kesabaran yang tinggi dengan ujian yang diberi Allah ini. Manusia dan ujian ibarat irama dan lagu.

    Semoga dikurangkan rasa sakit yang ditanggung oleh Firdaus.. dan semoga cepat sembuh.

    ameen ya Robb

    Surah Al-Baqarah, Ayat 155:

    "Demi sesungguhnya akan Kami uji kamu dengan satu (ujian) iaitu ketakutan, kelaparan dan kekurangan harta, manusia dan buah-buahan. Dan berilah khabar gembira orang-orang yang sabar (atas ujian itu)"

  15. Salam Zack...

    Sedih baca entry ni...sebab Teja juga ada seorang adik lelaki...tua setahun dari adik awak...

    Semoga adik awak cepat sembuh...banyakkan berdoa ye...rajin2 la bagi kata2 semangat kt Firdaus...biar jiwa dia kembali kuat...

    kepada Firdaus, zack dan keluarga, semoga tabah menghadapi ujian...

    kami semua akan sentiasa mendoakan kesihatan Firdaus...

  16. Tanpa Nama says:

    moga semuanya selamat..

  17. salam ziarah :)
    jemput laa datang jenguk entry terbaru saya yer .. :D

    http://ajeyyrawk.blogspot.com/2011/08/hasil-edite-gambar-dengan-picnikcom.html

  18. alepridz says:

    ya ALLAH selamatkanlah insan mu ini...

    AMIN~

Share