Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Maharaja Lawak

Rancangan Maharaja Lawak sudah pun berlangsung semalam. Ke semua 12 Peserta Maharaja Lawak cuba mempamirkan lawak yang terbaik untuk semua yang menonton rancangan tersebut. Ada yang betul-betul lawak dan ada yang kureng lawaknya.

Tetapi, apa yang menariknya barisan juri dirahsiakan kepada umum sehingga ia diumumkan semalam. Antara barisan juri Maharaja Lawak :

1. Mamat Khalid
2. Ahmad Idham
3. Saiful Apek

Aku nak jadi juri jugak..hehe Berikut adalah penilaian aku mengenai semua lawak peserta Maharaja Lawak semalam..^^,

1. Jambu
- boleh tahan jugak lawak dia
- tapi macam yus kureng sikit

2. Man
- lawak yang sempoi
- lawak yang menghiburkan

3. XN3
- mengenai aladin
- kureng berkesan sikit lawaknya

4. Amir
- no komen
- aku target dia orang pertama kuar awal

5. R2
- yang ini memang best
- lawak diantara cikgu dan anak murid

6. Alex
- lawak tahap ok jer
- kureng berminat gaya dia bangga lepas buat April Fool kat semua orang(tahpahape)

7. Jozan
- terbaik dan memang lawak
- tapi dipangkah oleh juri

8. Wai
- kureng tapi boleh la
- ada sorang tu macam agak over tapi lawaknya tak berkesan

9. Jehan
- nak ikutkan lawak dia sempoi
- tapi tak cukup nak menaikkan lawak dia best

10.Sepah
- yang ini memang best
- mengenai pesakit dan doktor
- lawak selamber

11.Balas
- yang ini best jugak
- lawak yang menjadi

12.Nabil
- terbaik
- terlawak

Nabil Maharaja Lawak

Pergh!semua aku komen..kehkeh Apapun, Nabil memang yang terbaik walaupun lawak dia tak dapat dia nak habiskan kerana kekangan masa. Amir pulak, macam kesian je kene kutuk. Baik dia kuar awal, tak ada la malu macam tu.

Jozan Rasa Bersalah Dengan Peminat

Walaupun ramai yang akan mengatakan Jozan Juara Maharaja Lawak, tapi juri mengatakan lawak Jozan agak mengecewakan. Aku pun setuju jugak sebab bila pikir balik lawak Jozan dan memang dia buat rancangan Maharaja Lawak tu dieorang yang punya.

Jozan Maharaja Lawak

"Kami rasa bersalah dengan peminat yang mengundi kami kerana tidak dapat melakukan persembahan yang lebih baik. Tetapi kami berjanji akan perbaiki mutu persembahan pada minggu akan datang.

"Kami juga berharap peminat tidak terlalu meletakkan harapan yang tinggi kepada Jozan. Bagaimanapun kami menghargai sokongan mereka, " kata Johan lagi yang sedang sibuk dengan penggambaran Ponti Vs Omi.
sumber info Jozan Rasa Bersalah Dengan Peminat

Keputusan Undian Maharaja Lawak Minggu Pertama

Kumpulan Jozan (Johan & Zizan - 52 peratus),
kumpulan Sepah (Mamat,Shuib & Jep - 11.7 peratus),
Nabil (9.9 peratus),
kumpulan Balas (Fendi & Shuk - 5.3 peratus),
kumpulan R2 (Lopez & Along - 4.5 peratus),
kumpulan Jambu (Yus & Taukeh - 4.3peratus),
Man (4.1 peratus),
kumpulan WAI (Wan,
Acok & Idlan- 2.5 peratus),
Alex (2.2 peratus), Amir (1.7 peratus),
Jihan (1.4peratus) dan
kumpulan XN3 (Pak Cu & Anu - 1 peratus).

Nota:
Agak tak best tayangan rancangan Maharaja Lawak hanya 2 episode jer di Astro Prima, minggu seterusnya sampai akhir akan ditayang sepenuhnya di Astro Warna..adess =.=



p/s:Amir oh Amir..^^,

16 Responses so far.

  1. alaaa. dah la tak langgan astro warna. hmm tgk kt utube jelah

  2. hoho..
    sy suka R2, NABIL, BALAS, SEPAH N JOZAN!!.
    kalau MAN kalah maharaja lawak, xtau la camne.
    mesti malu gila.
    hahahaha.

    nasib baik ada warna ^-^

  3. Jozan , Nabil , Sepah , Balas beeest !

  4. Tanpa Nama says:

    yg best cuma nabil, balas, jozan, jambu dgn sepah yg lain aq hrp try the best next time

  5. HazHand says:

    yeih!! aku sokong!! tapi nape nabil sikit jer! grrr

  6. zool says:

    Yup. Nabil yg terbaik. Jozan plak sebab juri harap lebih dari itu..

  7. nabil terbaik semalam..
    jozan abes idea kowt semalam.
    sebab da 4 season raja lawak mereka pegang.

  8. tgk sikit jer smlm...

    itu la caranya astro nak melakukan channel mustika...

    ngee

  9. Browacana says:

    Jozan dah terbiase lawak setengah jam...bagi 5 minit memang pening la..he he he. Folo anda....

  10. aku cam bese akan undi amir!! hahahaha ;p

  11. Tanpa Nama says:

    jozan bukan x bagus, tp sbb diorg da pro, so lawak diorg yg semalam tu simple sgt, mungkin juri harapkan yg lebih tinggi dr tuh.. betol gak kate mamat kalid tu, ape pon JOZAN THE BEST! ;)

  12. jozan ttap the best, obvious sgat2 mamat khalid syg jozan. die nk jozan improve, kutuk awl2..nnt lame2 mst dieowg wat yg terbaek...vote for jozan..hehe :)

  13. nabil mmg terbaik.. hehe.. sy expect dia akan jadi maharaja lawak.. lgpun dia ada pengalaman dgn apek.. pernah jadi bintang paling popular lg tue.. mmg dia akan jd MAHARAJA LAWAK!

    abg, sy ex PUO juga.. amek koz business studies.. bulan 5 kang baru konvo..

    abg ada senarai blogger dari PUO x??

  14. iqbal says:

    aku rasa patut bagi setengah jam atau 20 minit atau pun 15 minit utk setiap peserta haha, 5 minit tu sekejap sangat...tapi mungkin sebab awal2 kot, nanti dah kurang peserta, baru lah lama sikit diorang bagi masa, kn?

  15. Tanpa Nama says:

    astro kata maharaja lawak ni sebagai penghargaan buat semua penonton yang dah lama mengikuti raja lawak di astro prima..dah lima musim..tiba2 maharaja lawak cuma bersiaran 2 minggu je kat astro prima...apa kejadah semua ni..penghargaan konon..nak promote astro warna la tu..yang tak melanggan ni?? camna??? dari dulu lagi tgk astro prima..mmg haram btol..

  16. Tanpa Nama says:

    keluarkn ar kt astro prima

Share