Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

anu dalam botol

Kutipan '...Dalam Botol' hanya RM600 ribu dan belum capai RM1 Juta lagi seperti yang dikatakan. Tempoh hari, aku ada buat entry Filem '...Dalam Botol' Kutip RM1 Juta Selepas Lima Hari Tayangan. Sekejap RM1 juta, sekejap RM600 ribu yang mana satu betul ni?

“Kutipan filem DB sehingga semalam (Isnin) adalah RM600,000. Ia belum mencapai RM1 juta sebagaimana yang diuarkan,”

David Teo yang merupakan produser Metrowealth Movie Production dan juga pengedar filem tersebut mengatakan filem "... Dalam Botol" hanya mengutip RM600,000 selepas dua minggu ditayangkan.

"Berdasarkan apa yang dijelaskan kepada saya, Raja Azmi tidak mengatakan filem itu sudah mengutip RM1 juta tetapi ia dijangka mampu mencapai sasaran itu jika filem tersebut terus ditayangkan.

"Mungkin telah berlaku salah faham atau tersalah dengar di antaranya dan pihak media," katanya.


David Teo mengatakan semua ini berpunca dari faktor salah faham mungkin menjadi pencetus kontroversi tersebut.

david teo

"Filem itu masih ditayangkan tetapi agak sukar untuk dilanjutkan tempoh tayangannya kerana kutipan DB di bawah RM1 juta.

"Lagipun, mengikut giliran, filem lain pula akan ditayangkan bermula 7 April ini,"


Tambah David, mengikut Skim Wajib Tayang, filem-filem Melayu yang meraih kutipan di bawah RM1 juta selepas tempoh 14 hari tidak akan disambung tayangannya.

Raja Azmi bersara?

Dengan kutipan sebanyak itu, berkemungkinan Raja Azmi akan benar-benar bersara sebagai penerbit filem sepertimana yang dinyatakan dalam wawancara bersama program Kerusi Panas, terbitan Bernama Radio 24, 30 Mac lalu.

Filem arahan Khir Rahman itu beraspirasikan kisah benar tentang konflik percintaan pasangan sejenis lelaki Ghous dan Ruby lakonan Wan Raja dan Arja Lee.

sumber info Mstar





p/s:rupanya lelaki pupus kerana "mereka" telah curang "jantinanya"..=.=

7 Responses so far.

  1. . says:

    best ke cite ni.. ade mmbe kate, x best.. lebih kurang 2 alam je cite die..

  2. Ain Shdn says:

    HAHAHA ! orang kata cter ni tak best langsung!! harus sokong ke?? HAHHAHA.

  3. Why is it when ppl look alike they usually have similar lifestyle. I mean it's crazy for instance? Thanks for sharing such a nice post.

  4. Why is is that mostly homely women dislike beauty in other women?I feel that we should revel in beauty, as we revel in the accomplishments of people because they are good at golf, singing, or dancing. It takes hard work to look pretty. You have to exercise, eat right, employ good hygiene habits,etc. I find most pretty women realize this. It must simply be jealosy from the ugly girls.Thanks

  5. I'm curious. I'm gay and I have a boring lifestyle. I work,shop, pay bills etc. What is the straight lifestyle and why and when did you choose to make the choice to live a straight lifestyle? Thanks

  6. I want peaceful and cheerful life without tense mind and tired body.to make me more concentrate towards my work and life.What is benefit of pray in modern life and tense working.Thanks

Share