Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

doodle

Kali ini aku nak sentuh sedikit mengenai kes pencuri doodle atau doodle dicuri. Apa itu doodle? Doodle ni macam gambar kat atas ni. Lebih kepada lakaran atau lukisan yang simple dan menarik. Doodle ni ada macam-macam jenis tetapi doodle yang menjadi pilihan ramai semestinya adalah doodle yang comel dan menarik.

doodle

Doodle dicuri?

Apa kes ni? Aku agak pelik dan tak berapa faham dengan mereka/individu yang macamni. Perlu ke kedekut sampai begitu sekali. Tak paham? Klik sini More blogspot art thefts i'm not happy.

Disebabkan dia begitu marah doodlenya digunakan, dia telah membuat list url blog yang telah menggunakan doodlenya. Apa kes? Katanya mereka menggunakan doodle tanpa mencreditkan dan memberitahu kepadanya kerana menggunakan doodle hasil ciptaannya.

Kes ini serupa dengan gambar mereka yang dicuri dan dijadikan hak sendiri. Kalau tak kasi atau kedekut sangat doodle/gambar digunakan oleh orang lain, jangan letak/upload kat internet. Jangan nak menunjuk sangat design "kedekut" tu. Dah design, simpan jer kat dalam laptop atau pc.

"suka hati aku la nak upload atau tak nak, aku punya gambar/doodle aku punya suka la"

Kompem akan ada ayat macam kat atas ni. Kene kat diri tu balik "suka hati aku la nak guna ke, nak curi ke, nak jadi hak sendiri ker, aku amik kat pakcik google". Nampak? Semuanya berpunca dari empunya gambar/doodle. Kalau dia tak upload, kes ini takde jadi macam ni.

Aku tak kata tak boleh letak gambar/doodle kat internet ok. Kalau rasa sayang sangat gambar tu dari dicuri oleh orang lain, letak la trademark kat gambar tu. Contoh macam gambar Heliza ni.

Heliza Helmi

Nampak? Kalau ada orang curi pun orang boleh tahu itu gambar siapa sebenarnya walaupun dia mengaku itu gambar dia. Kalau boleh, letak watermark:

1.Nama sendiri(kalau boleh nama penuh dan nama ayah tu tak perlu kot)
2.Gelaran
3.Letak url blog/twitter/facebook

Ini sampai listkan segala url blog yang guna doodle dia. Bayangkan berapa ramai yang amik gambar lukisan Zack Zukhairi kat blog dia tu? Tak termampu ZZ nak listkan semua blog atau individu yang amik lukisan dia tu.

Akhir kata, kalau tak suka gambar dicuri atau diguna oleh orang orang lain jangan upload kat internet. Tak perlu nak marah-marah, maki hamun, mencarut bagai, salah sendiri jugak. Sendiri yang kongsi gambar kat internet, sendiri tanggung la kalau ada orang guna.


Nota:
1.Standard la gambar comel orang letak kat blog atau share kat mana-mana
2.Yang muka comel/cantik/gemuk/ala-ala korea tu memang pilihan utama





p/s:tak ada orang upload ker persembahan yuna pada ABPBH 2010?

13 Responses so far.

  1. hahaha..yea..letak watermark..tp tu pun xmenjamin lagi tu. pengguna internet skang semakin pandai. ade je cara die. dorang leh amek bahagian xde watermark tu kalau diorang nak buat jhat. paper pun. dunia maya semakin mencabar. kalau nk jugak upload kat tenet ni kena la berani tanggung risiko kan

  2. Tanpa Nama says:

    ni lagi serious dari kes orang curi entri. copy paste.

  3. Ayie says:

    aku sokong zack.. kalau nak masuk internet tuh, kene la faham apa yang anda upload tuh bukan lagi private.. kalau tanak kene curik, jgn la upload.. hahaha..

    tang hasil penulisan entry tuh, pakai la HTML block tulisan, insyaallah tak bole copy paste punya.. hahaha

  4. Burungman says:

    sharing is caring. keh3

  5. Hahahaha......ni la yg ko ckp kt aku smlm tu ea? Hhahaha..

  6. betul tu stuju..
    watermark tu penting..
    tp ada gak pesyen letak watermark kat ujung...mcm xletak a..sbb org boleh crop..huh

    hai abg z..
    meh baca..

    http://qasehraihan.blogspot.com/2011/04/tips-bagaimana-lelaki-boleh-gembirakan.html

  7. watermark...iiooooooooooooo

  8. tulah ..takdila kes curi curi lagi :D

  9. setuju...
    kalau takut pic kena curi..
    ltk watermark..
    senang..
    huhu

  10. macam kita tulis ni kan zack..even kita dah delete..still ada cache tah ape tanha nama nya..sebab tu if nak tulis..kena fikir kan?kena think twice..kalau gambar tu, jgn la letak gambar tak senonoh..yang pasal doodle ke ape tu..kita cam taley halang..betol cakap zack..kalau tak nak org curik..takyah tunjuk..hehe

  11. . says:

    selalunye org cntik2 je pic kne curik.. tp kite kne prepare gak kn..

  12. My best friend just got her braces off, and her smile is STUNNING.It lights up her face and I've heard a lot of guys say how gorgeous her smile is.
    Does a beautiful smile really make that much of a difference? Thanks

  13. curi2 tu pekara biasa laa kan..dlm udang pon xde lau curi doodle masuk penjara..tpi kurang kreditkan laa link org tu lau amik..=)

Share