Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

gambar Sein Ruffedge dan Nana dah rujuk semula

Sah! Sein Ruffedge dan Nana dah rujuk semula. Pada entry lepas, aku ada buat entry Sein Ruffedge Dan Nana Disahkan Bercerai. Banyak spekulasi yang mengata Sein Ruffedge curang la, ada perempuan lain la.

Apa yang berlaku ada hikmahnya. Hanya dieorang jer tahu kenapa mereka bercerai. Sekarang, semua kata-kata orang tu dah boleh tolak tepi kerana Sein dan Nana dah pun rujuk balik. Berikut adalah pengakuan Nana mengenai hal ini:

"Alhamdulillah, kami telah pun rujuk semula pada minggu lalu (Jumaat). Sein mengemukakan perkara tersebut kepada saya. Setelah berfikir dan berbincang akhirnya saya bersetuju untuk hidup bersama semula dengannya. Memang saya masih lagi menyayanginya selain kerana anak-anak kami,"

"Apabila berpisah, baru kami tahu kami masih memerlukan antara satu sama lain. Baru perasan yang kita ini dah kehilangan sesuatu yang amat berharga. Kadang kala, kita ingat kita boleh lakukan sesuatu benda itu secara sendiri. Rupanya tidak,"


Pada 8 Disember tahun lalu, pasangan Sein dan Nana telah bercerai talak satu di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor. Sejak mendirikan rumahtangga pada Julai 2006, pasangan Sein dan Nana mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Syed Tamriz Al-Qudsy(3 tahun) dan Sharifah Inaiya Al-Qudsy(setahun).

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Semoga kehidupan pasangan Sein dan Nana akan terus aman bahagia.

sumber info, Sahih! Sein Dan Nana Dah Rujuk Semula



p/s:pesta belon panas di Putrajaya, macam best jer..:)

7 Responses so far.

  1. baguslah... mmg slalu cam tu, bila dah hilang baru kita realize that it is so valueable to let go...

  2. Pendekar says:

    dunia artis ni macam2... makin rosak jiwa bila penceraian semakin menjadi2...

    semua orang tidak akan pernah puas... jiwa makin banyak yang rosak...

    penyelesaian?

    terimalah dengan redha segala kebaikan dan keburukan pasangan kita...

    bukankah kita dah berjanji dulu semasa di akad nikah? Semasa di ijab kabul?

    mana perginya semua itu?

    campak dalam tong sampah? Alangkah dungu~!

  3. baguslah...sebab bila tgk balik banyak jugak artis yang join sehati berdansa ni bercerai...

  4. Naddia says:

    haaa...kn sweet cam tu kn? kn abg zack? haha

  5. sweet couple dorg ni..masa mula2 tau dorg bercerai rasa macam alaaa..nape cerai..huhuhu

  6. alhamdulillah..
    semoga bahagia hingga hujug nyawa~!!

  7. alhamdulillah..sayang kalo terus cerai kan.

Share