Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



Dah berhari tak update. Nak buat macamana, tangan tengah sakit. Walaupun jari dah mengetuk keyboard, semuanya jadi draft. Ada 4 draft kot..adess Tangan aku ni tiba-tiba timbul bisul bernanah. Bila sakit, mengalir air mata tanpa diminta. Apapun hari ni, gagahkan jugak diri ni nak update blog dengan join segmen. Selamat membaca ok.

Soalan yang perlu dijawap.

1. Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan ..

Sebab tak berminat nak merokok. Nak kata benci pun, jadi tukang beli rokok jugak.

3. Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !

Kurangkan merokok dan berhenti sebelum melaratkan diri sendiri atau melarat kepada orang lain.

3. Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini ..

Beri la nasihat macamana pun, kempem macamana pun, tunjuk gambar kesan daripada merokok pun, kajian video kerana merokok pun, hukum merokok, membazir duit kerana beli rokok dieorang tetap akan merokok.

Tapi orang yang hisap rokok ni tak boleh berhenti terus dari merokok. Bila dia berhenti terus, ruang penafasan tu akan mengecut terus dan susah nak bernafas. Jawapannya, kene merokok sebatang.(jawapan orang tua) Bermaksud kat sini, bukan berhenti merokok sehari, tapi terus tak merokok seminggu - sebulan.

Macamana pun kalau dieorang nak berhenti, kene kurangkan merokok. Pelan-pelan dari sehari 2 kotak, jadikan sehari 2 batang. Kene amik masa untuk menyesuaikan diri dengan kurang merokok.

Dieorang merokok jugak? Faktor utama adalah mereka sendiri. Jika ada keinginan nak berhenti merokok, maka boleh la dia usahakan. Kalau dia kata nak berhenti merokok tapi duk hisap lagi makin hari makin bertambah, memang tak jadi la.



Layan video kat atas.

Orang kata, kalau ada keluarga hisap rokok anak pun akan terjebak hisap rokok. Yang ini aku bangkang! Ya, ayah aku hisap rokok dan aku tak merokok. Pakcik aku dan sepupu aku hisap rokok, dan aku tidak merokok. Kawan-kawan kebanyakkan hisap rokok tapi aku tidak merokok. Sebab dah memang tekad dalam diri,,^^,

Bukan tak pernah cuba, tapi aku tak pernah "tarik"..kehkeh Kalau yang hisap rokok tu, taw la apa maksud "tarik" tu. Aku hisap, aku hembus..hehe Paksa la macamana, aku tak akan "tarik".

Percaya atau tidak sebenarnya aku pernah tanya ayah mengenai rokok

Korang pernah tak tanya family korang mengenai rokok? Kalau yang lelaki kompem-kompem ayah la yang merokok tapi tak semua ayah merokok. Nak tahu jawapannya? Aku kene TUMBUK! kene MAKI! kene PIJAK!

Ok, aku tipu jer..kehkeh Ayah aku menjawap dengan penuh berhemah ok? Aku tanya "Ayah, kenapa ayah hisap rokok?", ayah jawap "Sebab nak tambah tenaga, kalau tak merokok nanti tak boleh buat kerja". Masa ni aku masih sekolah menengah kot. Yela semalam ada kempen jangan merokok kat sekolah, balik2 aku terus tanya.

Pergh, dah melalut. Itu saja, sekian..^^,


Untuk matlumat lanjut mengenai segmen ini, KLIK SINI



p/s:mood - menahan sakit(sebab tu blog tak berupdate) =.=

3 Responses so far.

  1. aslann says:

    jawapan bapak ko same dgn jawapan bapak aku la..hahahaha..nk tambah tenaga..

  2. Unknown says:

    Katakan tidak pada rokok! ;p

  3. Shila says:

    abah baru je benti rokok..

    tu pun lepas die semput gila2..

    tp anak2 lelaki die, takde satu pun merokok..

Share