Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Permohonan Kemasukan Ke Uitm 2011

Permohonan Kemasukan Ke Uitm 2011 telah pun dibuka bagi program Pra Diploma, Professional dan Penerapan (Pelajar Uitm sahaja). Ternampak iklan ni di akhbar online mymetro. Jadi kepada mereka yang berminat, boleh la lihat matlumat yang perlu anda tahu.

  1. Permohonan kemasukan pelajar UiTM bagi kategori berikut memerlukan pembelian no. slip melalui BSN untuk kemasukan ke UiTM Sesi Jun 2011 (Diploma) dan September 2011 (Ijazah Sarjana Muda) bermula 1 Mac 2011 dan akan tamat pada 31 Mac 2011. Pemohon perlu menyatakan program "PENERAPAN" semasa membeli no. slip tersebut.
    • Penerapan Pra Diploma UiTM ke Diploma UiTM
    • Penerapan Diploma Semester 03 UiTM (Trek Pantas) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
    • Penerapan Asasi Undang-undang UiTM (PI005 / PI006) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
    • Penerapan Diploma Perakaunan AC 110 UiTM (Trek Pantas) ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
    • Penerapan Semester Akhir Diploma UiTM ke Ijazah Sarjana Muda UiTM
    • Penerapan Diploma UiTM (Diploma Teknologi Makmal Perubatan, Diploma Mikrobiologi, Diploma Sains, Diploma Farmasi) ke Ijazah Sarjana Muda Perubatan UiTM, Ijazah Sarjana Muda Farmasi UiTM, Ijazah Sarjana Muda Pergigian UiTM
    • Penerapan AC150 UiTM ke AC 551 UiTM (CAT ke ACCA)
    • Penerapan AC160 ke AC 550 UiTM (CBA ke CIMA)

    Penggunaan url http://upu.mohe.gov.my menyebabkan permohonan anda tidak akan diproses. Terima kasih.

  2. Bagi pemohon yang ingin memohon ke program berikut juga memerlukan pembelian no. slip melalui BSN untuk kemasukan ke UiTM Sesi Jun 2011 (program Pra Diploma/Diploma) , sesi Julai 2011 (program Profesional (kecuali Program LW pada September 2011) dan sesi September 2011 (program Ijazah Sarjana Muda) Permohonan online dan pembelian no. slip bermula 1 Mac 2011 dan akan tamat pada 31 Mac 2011.

    PRA DIPLOMA
    PD 003
    Pra Diploma Perdagangan
    PD 005
    Pra Diploma Perakaunan
    PD 008
    Pra Diploma Sains
    PROFESIONAL
    AC 150
    CAT - Certified Accounting Technicians (UK)
    (PROGRAM BERTEMU DUGA)
    AC 160
    CBA - Certificate In Business Accounting
    (PROGRAM BERTEMU DUGA)
    AC 550
    CIMA - The Chartered Institute of Management Accountants (UK)
    (PROGRAM BERTEMU DUGA)
    AC 551
    ACCA - Association of Chartered Certified Accountants (UK)
    (PROGRAM BERTEMU DUGA)
    AC 553
    CPA - Certified Public Accountants (Australia)
    (PROGRAM BERTEMU DUGA)
    AM 550
    ICSA - The Institute of Chartered Secretaries and Administrators (UK)
    (PROGRAM BERTEMU DUGA)
    BM 551
    CIM – Chartered Institute of Marketing (UK)
    (PROGRAM BERTEMU DUGA)
    BM 552
    CILT - Chartered Institute of Logistics And Transport (UK)
    LW 222
    Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian)
    (PROGRAM BERTEMU DUGA)
    LW 601
    Diploma Lepasan Ijazah Syariah dan Amalan

  3. Sila layari url berikut untuk jadual Sesi Pengajian Akademik UITM.
  4. Selain daripada program dan kategori diatas, permohonan kemasukan Sesi 2011 ke UiTM dan IPTA adalah melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Kementerian Pengajian Tinggi (UPU). Sila layari http://upu.mohe.gov.my/

"PEMAKLUMAN: PADA MASA INI, PEMBELIAN NO. SLIP MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN) BAGI PEMOHONAN KEMASUKAN KE UiTM HANYA BOLEH DIBUAT MELALUI KAUNTER SELURUH BSN.
PEMBELIAN NO. SLIP MELALUI INTERNET BANKING BSN (MYBSN) ATAUPUN ATM HANYA AKAN DIBUKA PADA MINGGU HADAPAN (12 MAC 2011).



Tarikh permohonan dibuka

Tarikh permohonan dibuka adalah bermula 1 Mac 2011 (Selasa)
Tarikh pembelian no. Slip BSN adalah bermula 1 Mac 2011 (Selasa)

Aplikasi permohonan

1. Maklumat pemprosesan adalah seperti berikut :-
Pembelian no. Slip melalui Bank Simpanan Nasional (BSN)

Nota : Pemohon diingatkan agar menyimpan slip pembayaran untuk tujuan rujukan dan sebagai bukti sah pembayaran.

2. Capaian maklumat dan permohonan atas talian adalah melalui laman web www.online.uitm.edu.my

untuk rujukan permohonan, boleh rujuk melalui sini www.online.uitm.edu.my/poster.pdf



p/s:semoga berjaya kepada semua yang memohon..:)

Share