Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

emosi

Jepun dilanda tsunami, jepun dilanda gempa bumi, video jepun dilanda tsunami, gambar jepun dilanda tsunami, semua yang disebut ini adalah isu semasa yang berlaku semalam. Sana sini bercerita mengenai kejadian tsunami yang berlaku di jepun akibat gempa bumi berukuran 8.9 skala richer. Ok, saya tak minat!

Tak minat? Perlukah kita berkata demikian? Ya, kita negara yang aman. Duduk di negara yang jauh dari gunung berapi. Rumah sendiri tak akan ada kesan bila berlaku bencana, kompem tak akan ada kesan! Masih lagi boleh bersenang-lenang. Apa kes ni?

Tsunami dan Gempa bumi di Jepun

Apa kes wei? Kau ni hati batu ke apa? Tak ada sifat kemanusiaan langsung. Kalau dah tak kesah, perlu ke update sebegitu rupa? Nampak sangat kau kesah jugak. Dah tak kesah tu duduk diam-diam sudah. Kalau dah mak ayah kau dah selamat, tak perlu kau nak berlagak sebegitu.

Sila respek mereka yang masih mengharap keluarga mereka yang ada di Jepun selamat. Ada blogger harap mama dia selamat disana, Tolong doakan mama Azza di Jepun. Ya, di berita kata selamat tapi benda-benda macam ni tak mustahil. Macam-macam boleh berlaku.

Perlu ke gurauan sebegitu rupa?

Tsunami dan Gempa bumi di Jepun

Adakah itu lucu? Ya, boleh nampak dia bergurau tapi tak kene masa la wei. Walaupun kau artis sekali pun, kau tak layak buat lawak sebegitu. Mengundang kemarahan jer. Dalam drama filem Nur Kasih bukan main alim doa itu ini. Poyo!

Dan lagi, dalam banyak-banyak umat Islam kat sana. Perlu ke mendoakan Maria Ozawa? LOL. Sila jaga "hak bersuara" korang tu. Masing-masing mulut jari puaka main sedap menaip je. Masing-masing berlagak dengan keamanan yang ada. Bila dah kene dekat batang hidung sendiri, mulalah nak update kat status facebook mintak tolong segala bagai.



p/s:sila hormati mereka yang berharap keluarga mereka dalam keadaan selamat..

13 Responses so far.

  1. Unknown says:

    dia tak pernahdi timba musibah..sebab tu perkara tu jadi gurauan...

  2. bengang betul aku mereka2 yang kononnya bergurau
    supaya Maria Ozawa selamat

    perghhh
    xde doa lain ke?


    Admiral Hafiz Official Website: Admiral'z Legacy

  3. Never have hatred...
    even towards your own enemies...

    ramai yang tak faham dengan ayat2 ini...
    haish...

  4. huu~ tu pasal. spttnye kita ni kalau dengo bebnda tuh..terasa prihatin la sikit. walaupun tak kena kat kita. dah..kalau nnti kita plak yg kena? org lain plak wat cenggitu ape rasa? hmm..fikir fikir

  5. touya says:

    Terima kasih atas teguran yang diberi , saya harap saya lebih jaga mulut selepas ini .

  6. Raden says:

    ye ka..abg zack..sy sgt2 risau keadaan kwn2 d sabah sana..ramai bah kwn sa d sabah. risau suda nie.. :(
    takut terkena tempias..

  7. Tanpa Nama says:

    serious lepas baca jadi geram dekat diorang ni. cbe bayang kan kalau tahi arnab kita simbah sebaldi air pun cepat dia beralih.ini kan pula tsunami. kalau orang yang kutuk2 ni ada kat situ apa lah perasaan diorang. ta kena kat batang hidung sendiri memang lah bising.

  8. baru faham.... ada jugak manusia yang tak ada hati perut mcm tu...huwaaaaa..

  9. ya allah, tak sangkanya, terima kasih abg ZE, terima kasih banyakbanyak :D my mummy and her friends dalam keadaan selamat, azza pun harap sangat dia boleh balik dalam keadaan terdekat, nak tunggu hari selasa mmg lah lambat g, ya allah, apa jua sekalipun, sekali lagi, terima kasih bebanyak .

  10. kenapa lah ade lg mnusia yg xda perasaan kemanusiaan zaman skrng ye..
    skrng2nye kita kena la perihatin dgn hal dunia semasa..

  11. yeaah! setuju! dok p doakan maria ozawa buat lawak tahap takde otak tu pehal lah.. haisshh

  12. mcm2 ragam owg d akhir zaman....bro....mu follow blog ak bleh x???ak uteh evender dr fb.....yg create group legendiary of journalist 2....ko slalu posting blog ko kt wall group ak 2

Share