Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

on air radio

Semalam aku ada blogwalking dan terjumpa video rakaman di sebuah stesen radio mengenai seorang lelaki yang meluahkan perasaannya pada stesen radio tersebut. Tapi apa yang berlaku adalah, berlaku perbualan mengarut dj radio tersebut dengan pihak perempuan? pihak perempuan? layan video di bawah ni untuk mendengar rakaman perbualan tersebut.



Dah dengar? Jadi apa penjelasan dari aku? Perempuan tu salah dan dj radio tu memang salah. Lelaki yang meluahkan? Dia aku kategorikan cara dia ada betul ada salah. Penjelasan mengenai setiap individu.

Dj Radio

Dia ni memang salah dan aku boleh kategorikan sebagai tak layak jadi dj! Kenapa? Sebagai seorang dj, dia tak perlu nak batu api dan nak berpihak kepada mana-mana. Jadilah seorang yang profesional. Kau telepon perempuan tu pun memang cara mintak gaduh, kalau aku pun mengamuk. Dah tu mengapi-apikan lagi dengan berpihak kepada lelaki tu.

Perempuan (tunang kepada pemanggil)

Yang ini perempuan yang terlalu materialistik!(betul ke aku eja?) Kesian lelaki tu bersungguh sampai dah bertunang pun. Takkan dah bertunang baru nak lepas tangan macamtu. Sebelum bertunang tu kene pikir dulu nak jadikan si lelaki tu bakal suami ke tak. Teruk sungguh perangai perempuan ni

Si pemanggil

Kenapa dia betul? Tak salah pun dia nak luahkan. Banyak je stesen radio dijadikan pusat luahan perasaan. Dan selalunya ia berakhir dengan aman atau paling tidak pun ada unsur humor(lawak).

Kenapa dia salah? Kalau boleh, benda-benda terlalu peribadi ni ada yang perlu di cerita dan ada yang tak perlu di cerita. Lebih-lebih lagi on air radio kot. Berapa orang yang tengah dengar masa tu. Elok-elok masalah tu sekadar tu jer, terus putus tunang.

Tapi kan, dj radio tu agak lebih bagi aku. Dia agak keterlaluan kerana mengapi-apikan. Kalau yer pun nak emo, kawal la diri tu. Sepatutnya dia mendamaukan atau memberi semangat kepada lelaki tu, dan cakap elok2 dengan perempuan tu tapi dia agak lebih lak. Perempuan tu memang layak kene "sebijik".

Pesanan

Semua perkara boleh dibawa berbincang dan semua masalah ada jalan penyelesaiannya. Penyelesaian yang mutlak adalah mati. Bila kita mati, dan tak ada apa lagi nak betulkan keadaan.

Kalau dia bukan jodoh kita, kita kene mintak petunjuk dari-NYA. Semoga dipermudahkan urusan. Apa hukumnya memutuskan ikatan atau perhubungan sesama saudara islam? wallahualam..

credit video kepada Nick


p/s:yang pasti, dj tu memang tak patut..huh!

9 Responses so far.

  1. dah lama dah nie.. tahun lepas g dah ada.. kesian pun ada.. tapi tak patut lah kan.. bro DJ tu pun sebenarnya nak membantu.. tapi dah kena maki hamun gak tu yg dia berangin gak.. Hehe.. papepun perempuan tu gak yg teruk! materialistik..

  2. yg perempuan tu, patutnya awal2 lagi tak payah terima...yang dia pilih lelaki tu buat apa...tak payah la nak bertunang dgn lelaki tu klu dh x suka...ntah apa2...

  3. owh..aku dgr dah ni..xpatut

  4. byk kli dgr..=)

    sume salah...3 3 salah...perempuan tu paling terok...n laki tu pn xpatot cerita hal peribadi...

  5. Niesa says:

    hukhuk..kesian niesa baru dnga..no komen kot..

  6. Edda says:

    =(
    cite apeeeee... tak tau punn.. jarang dgr radio..=(

  7. hahahaahaha gelak aje la

Share