Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Hari Kekasih/Valentine Day - Maulidur Rasul

Valentine Day atau Hari Memperingati Kekasih adalah haram disambut oleh mereka-mereka yang beragama Islam dan kepada yang bukan beragama Islam, sila abaikan pesanan dari penaja. Ketahui terlebih dahulu Kisah Di Sebalik Valentine Day sebelum meneruskan bacaan.

Valentine Day(Hari Kekasih)

Topik yang agak hangat bila ia melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Apa kaitan orang Islam dan orang bukan Islam? Disebabkan sekarang orang Islam masing-masing memboikot Valentine Day, orang bukan Islam membantah Valentine Day diboikot. Jadi, keluarlah isu dimanakah konsep 1 Malaysia?

Masing-masing cuba mempertahankan kenapa diharamkan dan kenapa nak diharamkan pulak? Balik kepada tajuk entry, jika anda bukan individu yang beragama Islam sila abaikan pesanan Valentine Day diharamkan. Valentine Day hanya DIHARAMKAN kepada UMAT ISLAM.

Golongan(penganut agama Islam) yang diharamkan sambut tu, jangan gatal-gatal nak sambut yer. Dan kepada golongan(bukan penganut agama Islam) yang boleh sambut tu, itu terpulang la macamana anda nak sambut hari tersebut. Pesanan Valentine diharamkan hanya untuk mereka yang beragama Islam. Aku rasa dah cukup jelas dan ayat yang aku gunakan tak la terlalu susah nak paham.

Hari Kekasih Tak Salah?

Valentine Day(Hari Kekasih)

Apa kata anda bila ada pihak kata Valentine Day tak salah? Yang pasti mesti dia tu layak dihentam saja. Tapi aku amik sikap terbuka dimana mungkin ini komen dari mereka yang bukan beragama Islam. Diulang sekali lagi, Valentine Day ini memang diharamkan disambut oleh mereka yang beragama Islam. Jadi segala pesanan Valentine Day diharamkan tidak ada kene mengena dengan mereka yang bukan Islam.

Komen dari kenyataan Hari Kekasih tak salah?

"kalau gitu, tak salah kita makan hasil curi. yg salahnya tak minta izin..hoho.. anon..anon.. sambut hari kekasih kan xboleh...."
credit to Amir Izzat

"tak salah bukak aurat..yg slhnya org yg reka bju tu..kita renung2kan bersama ye"
credit to Coretan Perantau

"Itu adalah komen daripada mereka yang tak faham tentang agama. Kasihan. Dalam Islam sekiranya tak boleh/dilarang, maka janganlah sesekali nak langgar larangan. Menentang apa yang disuruh adalah menentang agama."
credit to Hami Asraff

Dari aku lak..

Kalau macamtu,
1. Rogol orang tak salah, yang salah adalah perempuan itu dirogol secara paksa?
2. Lahirkan anak luar nikah tak salah, yang salah adalah buang bayi yang tak bersalah di merata tempat?

Yang haram tetap haram!

Valentine Day(Hari Kekasih)

Hukum sambut Valentine Day

Sebagaimana yang termaktub di dalam al-Quran dan al-Sunnah serta disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Ini sebagaimana yang firman Allah SWT: Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (al-Hajj: 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi SAW pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri”. (riwayat al-Nasaai, no: 959).

Oleh itu hendaklah umat Islam membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu tiga kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Maulid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Quran dan lain-lain.

Sabda baginda: ”Barang siapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka”. (riwayat Imam Abu Dawud, hadis no: 3512).

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Sheikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar”.

Harus kita ingat bahawa golongan yang memusuhi Islam, akan sentiasa berusaha menanamkan benih-benih kesesatan dalam jiwa umat Islam supaya mereka jauh dari jalan yang lurus lagi diredai Allah SWT.

Firman-Nya: Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar). (al-Baqarah: 120)

Valentine Day(Hari Kekasih)

sumber KLIK SINI


baca entry ini pula Kita Suka Buat Perkara Yang Dilarang





p/s:mengarut la alasan kasih sayang tu..=.=

7 Responses so far.

  1. tak payah sambut la.. bukannya hari baik pon

  2. yepp, haram utk kita mnyambutnya, better ignore je perayaan macam nie

  3. yaaaa says:

    yeaahh xpayah sambut la 14.02 tu baik kite meriah kan 15/02 maulid nabi :)

  4. Nabiel says:

    orang akan berkata tk pyh la smbut valentine..
    baek smbut maulidur rasul~kan?
    tpi orang yg ckp tuh,adakah btul2 dia akn smbut maulidur rasul??ape yg dia hayati?
    slalu cmtuh kan ZE?hehehe
    nway,jgn lupa utk berselawat byk2 besok..hehehe

  5. xyh sambut.. hehee.. cz xelok

  6. Edda says:

    tak payah sambut... kalo nak sambut sangat, tunggu 16 hb.. maulidur rasul.. kan bagus disambut sambil memuji2 kebesaran ilahi dan rasulallah??

Share