Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



Sebenarnya, benda ni aku dah cerita atau berucap semasa Gathering Sahabat Blogger tempoh hari. Tapi aku nak kongsi juga dalam blog. Harap apa yang aku nak sampaikan ini dapat memberi manfaatdan panduan kepada semua atau kepada mereka yang ingin menukar nama domain/url yang baru.

Perlu ke tips pemilihan url ni? Perlu ke tips pemilihan nama blog ni? Penting sangat ker? Mungkin kita terlepas pandang atau ada yang tak kesah. Url blog atau dalam erti kata lain adalah domain. Dalam dunia blog, kita perlu cipta satu identiti. Identiti apa? Identiti blog kita la. Tak kesah la blog peribadi ke, blog informasi ker, blog macam-macam ada ker, identiti blog tu kene ada supaya memudahkan blog kita mudah dikenali.

Tips pemilihan url blog

Sebelum kita nak ada blog, url ini kene dipikirkan terlebih dahulu. Sebab url ini memainkan peranan penting jugak. Bro, aku tak tahu la nak letak url blog apa? Ok,

1. Guna nama sendiri

Ha, jangan segan nak guna nama sendiri. Ini dah ramai blogger buat, kerana nama sendiri itu dah mudah nak ingat. Antara blogger yang menggunakan nama sendiri sebagai url blog mereka sendiri ;

http://akmalhilmi.com/
http://azizankadir.com/
http://www.izamirridzwan.com/
http://www.benashaari.com/
http://www.azrulhisham.com/

Alamak bro, semuanya dah dot com aku ni pakai blogspot je pun. Tunggu la aku dot com nanti. Eh, ada jer yang guna nama sendiri sebagai url blog mereka.

http://nazirulhazwanws.blogspot.com/
http://syafiqahmohmad.blogspot.com/
http://helizahelmi.blogspot.com/
http://atiqsalleh.blogspot.com/

2. Guna nama samaran/gelaran/popular sebagai url

Ok, yang ini memang terlalu ramai yang guna nama yang bukan nama. Bro, macamana nak cipta nama samaran ni? Yang ini terlalu sukar nak tolong kerana ini korang kene pikiaq sendiri. Nama ni jangan terlalu sukar nak disebut. Biar mudah untuk dikenali. Antara blogger yang guna nama samaran/gelaran/popular.

http://melromeo.com/
http://www.broframestone.com/
http://darkbatman.com/
http://www.pendekarberkuda.org/
http://andyhowtt.com/
http://faizalfredley.com/

Kalau yang blogspot jangan cakap, ada macam-macam nama. Antara yang dapat aku ingat ialah:

http://tiffinbiru.blogspot.com/
http://kirinselamaperak.blogspot.com/
http://joegrimjow.blogspot.com/

http://cikepal06.blogspot.com/

Pemilihan Nama Blog

Yang ini tak terlalu susah atau tak perlu nak pikir sangat kot. Kalau boleh jadikan nama domain itu sebagai nama blog jugak. Guna nama kat profile facebook pun boleh jugak. Senang dan mudah jer nanti orang nak ingat. Nama blog ni tak kritikal sangat. Macam-macam nama boleh buat.

Alamak bro, aku tak minat nak popular atau dikenali sangat. Inilah masalahnya, bila blog susah orang nak ingat kita duk merungut apasal blog tak ada trafik? tak ada orang komen? tak ada orang nak baca? Kalau sebut dah senang, mudah la orang nak ingat. Kalau orang nak singgah pun tak perlu nak mintak link, terus taip kat google.

Sebagai contoh, cuba korang sebut url blog korang dengan kawan-kawan atau sahabat blogger. Bukan taip yer, tapi sebut. Kalau url blog korang tu terpaksa kene mengeja satu-satu huruf, itu kategori susah nak ingat.

Bro, aku nak tukar url blogspot ni boleh ker? Jangan tukar!Sebab kalau pengguna blogspot tukar url blog yang sedia ada, akan ada error dalam bloglist dan ada error pada follower nak blogwalking guna dashboard. Cara yang terbaik adalah beli domain baru. Medium blogspot pun boleh guna domain dot com macam blog aku ni.

Kalau boleh..

Elakkan guna ayat sebagai url blog atau nama blog. Contoh :

apasalakuadablog.blogspot.com
akupunyablogakupunyasukala.blogspot.com
akupunnakadablogjugak.blogspot.com

Begitu juga dengan nama blog, guna la nama yang senang nak sebut. Tak perlu panjang-panjang. Yang panjang-panjang ni jadikan sebagai tagline blog atau slogan blog. Kalau boleh blog biar ada identiti, senang orang nak ingat. Ini hanya tips dan pandangan dari aku. Terpulang masing-masing punya blog, fikirkan apa yang terbaik untuk blog..sekian


Nota:
bila masa icebreaking di gathering, ramai yang tak berapa nak taw blog seseorang sebab url blog susah nak kenal.


Panduan kandungan entry, KLIK SINI.


p/s:ada jugak yang cari keyword "zack entry" di google..^^,

11 Responses so far.

  1. yoy says:

    yup..seelok2nya pendek dan mudah diingati..yg belum ade boleh beli di weirdobytes.com dengan harga rm27.50 setiap tahun..promosi sat:)

  2. Mrdaha says:

    Bagus entry ni.. Tapi bro lupa pada NAMA BLOG. contoh yang diberikan hanyalah URL BLOG. Ada perbezaan dari segi keyword dan efeknya pada SEO.

    Blog aku xda ke bro.. hehehe.. =P

  3. Huuuu. For me Sarah suka pakai nama sendiri yang telah sarah pendekkan sendiri. Heee best nya korang gi gathering. Icebreaking make me nervous. huuu..lom tiba masa utk sarah ber gathering. Thx untuk info nie.

  4. Browacana says:

    Wokey... nasihat yang membina..:)

  5. Up2saya.. says:

    nice entri n tips...url ngan nama blog sis gak la yg pling sng nk igt..hehe

  6. MuJE says:

    perghhhhhhh.... seb baek aku dah dgr ceramah ni dulu... :)

  7. Wahidah says:

    oh mcm tu eikk..tq for the tips yea...


    byk tul tips2 zack bg eik..tq

  8. Ibu Ammar says:

    aku rasa url blog aku dah cukup mudah untuk diingat..patut ang bg contoh blog aku.. :p

    dihatisara

    eceycey..!

  9. url aku panjang ea ^_^ aku xnk mcm bill gates, daa famous org lain yg duk tumpang name kt url dia....hahaha..instead of billagates.com official site dia http://www.thegatesnotes.com ...thats why aku rase pilih name sendiri bagus... + name nickname..park jer sume domain n lame yg korang suka..tak rugi..huhu

  10. I did a search on the topic and found most people will agree with your blog.

  11. MalizaMah says:

    ermmm... kalau tukar nama blog ada effect tak???? coz i baru tukar nama blog... huhu..... haizzz...... URL kekal..

Share