Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



Dah banyak segmen yang dianjurkan blogger tertangguh dan nak update blog pun tertangguh jugak. Mood hilang?tak pun. Sebagai permulaan, aku join segmen dari broframestone mengenai sejauh mana persahabatan antara blogger.

Bila dah nama sahabat, macam-macam perkara boleh diperkatakan. Ada yang baik dan ada juga keburukannya. Antaranya persahabatan yang dibina ialah;

1. Dapat menambah bilangan sahabat dari kalangan blogger tak kira status blogger baru atau blogger lama(tapi jangan terlalu demand supaya nak semua blogger otai menyapa kita, ramai lagi blogger lain yang boleh kenal-kenal)

2. Sebarang permasalahan dan pertanyaan boleh dibawa berbincang(kalau ia berkaitan blog, tak nak tanya dengan mereka yang tak ada blog)

3. Boleh berjumpa bukan sahaja duk jadi stalker di alam maya. Dengan menghadiri gahtering, blogger akan lebih kenal diantara satu sama lain(mereka yang tak ada blog pun boleh join)

4. Bila seseorang blogger dalam kesusahan atau terjadi sesuatu perkara yang tak diingini, sahabat blogger lain pun turut merasa(ini dinamakan sahabat yang betul-betul sahabat, bukan sekadar nak promote blog jer)

5. Blog akan disinggah oleh sahabat blogger.(ini penting jika kita nak naik dalam dunia blog, kita kene cari rakan dari dunia blog..tak nak cari pun tak apa kalau tak nak)

6. Teguran dan kritikan(yang ini penting kerana melalui sahabat blogger juga kita boleh memperbaiki kesilapan dan kekurangan dalam dunia blogging)

7. Ada ikatan cinta?(ha, kalau dah jodoh, tak kemana..heheh)

Idea tiba-tiba kureng. Nanti la update lagi. Apapun sebenarnya ada banyak persahabatan yang dibina, tapi macam lebih senang mengucapkan dari menulis..heheh Apapun entry ini khas kepada Kyerull yang kini sedang berada di HKL disebabkan plat besi dalam kaki dia telah patah. Kaki dia baru pulih patah dan telah dipasang besi, besi tu yang patah dan akan melakukan pembedahan untuk mengganti besi yang lain. Apapun semoga dia cepat pulih.


Untuk maklumat lanjut mengenai segmen ini, KLIK SINI

5 Responses so far.

  1. waaaaa...ingtkn zack xjoin..hehee

  2. bun says:

    hahah,semoge cepat sembuh

    em,CINTA???

Share