Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

kematian

Adess, jeles melihat mereka yang hadir ke Mini Gathering Sahabat Blogger Di Shah Alam. Pada pagi tu, dah set tak ada apa-apa yang menghalang untuk aku join. Tapi nasib tak berapa baik, kerana pagi pagi tadi tiba-tiba dapat panggilan ada saudara belah mak meninggal di Klang.

Agak kasihan kepada arwah(ayah) kerana tak sempat melihat majlis perkahwinan anak(lelaki) ketiganya yang bakal melangsungkan perkahwinan di rumahnya pada Ahad ini 20 Februari 2011. Tak sempat juga keluarga pihak perempuan untuk bersemuka dengan arwah. Al-fatihah untuk arwah...


*************************************************************************************


Dengan kejadian ini tiba-tiba aku terpikir pasal mati. Bukan tak pernah pikir, tapi terpikir lagi. Masih adakah hari esok untuk aku? Minggu lepas kucing putih dirumah aku yang telah berusia lebih 20 tahun telah pun mati di tepi mesin basuh. Dalam keadaan badan kucing diletakkan di lubang(untuk ditanam), aku terpikir sekejap "apakah yang mungkin aku rasa bila aku ditimbus sedemikian?" Bila sampai masa itu, pasti soalan ini akan terjawap.....

Masih adakah hari esok untuk kita?

Mungkin mood agak slow sikit apabila anda membaca entry aku kali ini. Yang pasti semua orang hadapi bila sampai waktu itu. Aku ada letak 3 video dari youtube untuk tatapan semua..



Video seorang penceramah yang menemui ajal ketika memberi ceramah..



Video pemain bola yang menemui ajal ketika bermain bola..



Video seorang lelaki yang menemui ajal di rumah ALLAH..



Masih adakah hari esok untuk kita?





p/:munasabah diri jap kali ni..

6 Responses so far.

  1. Tanpa Nama says:

    nauzubillah~
    slalu berfikir jugak tentang ini..
    tak tau masa bila ajal kita datang..
    yang penting berusaha untuk banyakkan amal ibadat.. :)

  2. suatu masa kita akan dijemput...
    itu pasti!

  3. ESOK BELUM PASTI.. TAPI MATI ITU PASTI.

  4. Nabiel says:

    takot~slalu muhasabah diri..
    harap2 Allah dpt ampunkan dosa2 yg tlh kita lakukan..hurmm..

    p/s : aku xtau lak psl gath tuhh.adehhh..

  5. MiszCoMoT says:

    hurm...=( cukupkah amalan kita...

  6. pilotHans says:

    mati tue mmg tibe2......to think about it mmg scary laa..aku paling takut klo accident....paling fobia kete depan behenti tibe2 n takut kete blakang langgar..haih....klo kite ingat mati mmg dekat jer ngan allah.klo time x ingat tue...peh, bwk kete pun mcm pelesit...

Share