Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,



Hari kekasih atau juga lebih dikenali sebagai Valentine Day konon-kononnya disambut pada 14 Februari setiap tahun oleh mereka yang bajet kekasih sehidup semati. Begitu jahil sekali mereka yang menyambut hari kekasih ini. Adakah anda tahu sejarah di sebalik Valentine Day ini?

Sejarah disebalik Hari Kekasih(Valentine Day)

Valentine adalah nama seorang paderi yang dipenjarakan oleh Kerajaan Rom semasa pemerintahan Cladius II.. Valentine merupakan seorang paderi yang tegar dalam menganut agama Kristian dan aktif menyebarkan ajaran tersebut.

Walaupun Valentine telah dipenjarakan, beliau tetap mengajar dan menyebarkan agama kristian di kalangan banduan-banduan penjara di samping membantu tawanan-tawanan penjara meloloskan diri dari penjara. Kegiatan ini telah diketahui oleh Cladius II dan beliau memerintahkan Valentine diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari.

Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan di akhir hayatnya sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertandatangan From your Valentine (Daripada Valentinemu).

Maka orang-orang Kristian mengambil sempena 14 Februari itu untuk meraikan hari kasih sayang demi memperingati hari kematian paderi mereka St. Valentine.

Info di atas diedit dari blog ini dan diperoleh juga daripada khutbah jumaat hari ini bertarikh 11 Februari. Kalau korang google kisah Valentine Day ini, terdapat banyak pendapat dan cerita yang berbeza mengenai Valentine Day ini. Cerita di atas adalah diambil dari khutbah jumaat, bukan aku reka sendiri.

Saranan kepada umat Islam

1. Umat Islam dilarang untuk menyambut Hari Kekasih ini tidak kira dalam apa-apa bentuk sekali pun.
2. Laman web sosial juga tidak boleh mempromosikan apa-apa yang berkaitan dengan dengan Valentine Day
3. Islam menggalakkan kasih sayang diantara satu sama lain tetapi jika bukan muhrim, hendaklah kasih sayang itu dilakukan mengikut syarak

Perasan atau tidak, iklan HEARTBITE.my sedang mempromosikan Valentine Day. Bab yang ini, masing-masing boleh pikir patut diremove untuk sementara waktu atau tak.

Orang-orang kita ni kadang-kadang mulut cakap tak sambut, tapi bila Hari Kekasih masing-masing pakai "baju couple". Apa tu "baju couple?" Menjelang Hari Kekasih nanti ramai pasangan akan pakai baju sama seperti gambar dibawah.

baju couple

baju couple

Mulut cakap tak sambut tapi pakai lak baju macamni?tak sambut ker?ni la orang yang cakap tak serupa bikin. Katanya lebih roamntik dan nampak sweet. Jap, kenapa perlu 14 Februari jer nak nampak romantik dan sweet?hari lain tak boleh ker?kenapa perlu 14 Februari?

"Orang-orang yahudi dan Nasrani tidak senang kepadamu sehingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah, "Petunjuk Allah itulah petunjuk yang sebenarnya". Dan sesungguhnya jika engkau mengikutu kemahuan mereka sesudah engkau mengetahui (mana yang benar), maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu."

surah Al Baqarah ayat 120-121 (di ambil dari al-quran tafsir H. Oemar Bakry)

Dah jadi lumrah, lagi ditegah, lagi itu la orang akan buat. Dah kata jangan berpegangan tangan, lagi dipegangnya. Dah kata berzina itu berdosa, lagi itu orang buat. Lagi itu mereka tak takut lahir anak luar nikah dan buang bayi tak bersalah di merata tempat.


Renung-renungkan dan selamat beramal...






p/s:yang baik datang dari ALLAH, yang kurang itu dari kelemahan/kesilapan aku sendiri..sekian...

15 Responses so far.

  1. hahaha... biasalah tu bro.. tumpang semangkuk kata setan... hehehe

  2. setakat ni tak pernah lagi sambut hari kekasih, insya Allah sampai bila2 =)

  3. Mr Daha says:

    aku memang tak pernah sambut valentine2 ni. nasib baik awek aku pun memahami erti sebenar valentine.

    Betul apa ko cakap tu bro, tak semestinya hari valentine kita nak romantik2, setiap hari nk jiwang karat pun apa salahnya. ha3 =D

  4. kalau da tahu halal haram tapi sambut jugak mmg la melampau

  5. wei! wei! aku lahir 14hb gak wei!
    bek sambut besday aku..lg pekdah..dose pon takde

  6. liyanaziz says:

    betul, x yah nak sambut bila 14, kasih sayang bukan diukur dengan sekadar tarikh..

  7. MEREKA TU SENGAL.. JANGAN IKUT!

  8. Nice...say no to valentine day..padahal hari selasa ni Maulidur rasul..yang ni lagi penting klu kita nak sambut...

  9. sambut maulid nabi lagi mendatangkan faedah.. pahala pun dapat..

  10. Tanpa Nama says:

    salam damai semua

    Hari kekasih itu tak salah...yang salahnye orang yg melakukan perbuatan tak senono.

    kita renung2kan bersama yer..

  11. Faziera says:

    yup2..btol tu..
    saya bebas dari sambutan valentine...hihi

    http://faziera193.blogspot.com/2011/02/kurustapi-confirm-ke-sihat.html

  12. Tanpa Nama says:

    salam..sy x stuju valentine tu haram..
    tp biarlah haram bagi org yg mlakukan dosa ketika hari tersebut..

  13. Tanpa Nama says:

    saya tak setuju bila org lain kaitkan valentine dgn maksiat apatah lagi mengaitkan valentine dgn agama kristian...

  14. Tanpa Nama says:

    baru saya thu

Share