Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Jangan Guna Perkataan Salam

Dah terlalu ramai yang suka copy paste artikel mengenai agama. Kenapa aku fokuskan kepada artikel agama? Apa padahnya artikel kita yang kita share itu tak ada bukti kesahihannya? Apa akan jadi apabila artikel itu disalah tafsirkan? Kita yang COPY PASTE ni juga yang terima padahnya.

Korang kene ingat, sekarang dah macam-macam artikel yang agak mencurigakan. Pikir dahulu sebelum nak COPY PASTE tu. Jangan terlalu nak share sangat. Benda-benda artikel agama ni, tanya dulu pendapat ustaz-ustaz.

Kalau boleh, share artikel atau video ceramah yang secara terus daripada seorang ustaz. Biar mereka yang menyampaikannya secara terus. Bukan tak boleh nak kongsi tapi selidik dahulu artikel tersebut. Jangan duk suka sangat nak COPY PASTE terus.

Artikel yang aku maksudkan ialah Artikel - Jangan Guna Perkataan Salam. Dan ini jawapan kepada artikel tersebut, Jawapan Saya kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM". Sila amik perhatian, jangan terlalu suka COPY PASTE artikel dari agama. Dapatkan kesahihan artikel tersebut.

Apa yang perlu kita buat bila kita baca artikel-artikel macamni?

1. Ketahui dari mana sumber artikel tersebut. Bukan dari mana korang COPY PASTE, tapi dari siapa yang artikel itu ditulis. Ini PENTING!

2. Jika artikel itu adalah dialog diantara seseorang dengan seseorang, nyatakan siapa yang bertanya dan siapa yang menjawap. Mesti ada nama punya, takkan hantu kot yang yang bersoal jawap.

3. Jangan terpedaya dengan penggunaan ayat AL-Quran, rujuk dahulu kepada ustaz atau kepada mereka yang tinggi ilmu agamanya. Minta pendapat.

4. Jangan terlalu membuta-tuli nak COPY PASTE terus.

5. Jangan bajet nak alim bila kita dapat share artikel yang COPY PASTE ni.

Teguran aku ini bukan untuk kepada mereka-mereka yang suka COPY PASTE sahaja, tapi teguran ini juga untuk diri aku sendiri. Dulu, entry COPY PASTE aku sampai Ditegur di laman web iluvislam.com. Ha, laman web iluvislam kot bukan calang-calang laman web tu..heheh Niat tu dah ok tapi artikel tu kene selidik dulu. Bukan kepada blogger jer, tapi kepada semua yang suka share terutamanya melalu fb tu. Lepas ni, hati-hati nak ambil mana-mana artikel.


Nota :
Niat tak menghalalkan cara..


p/s:yang baik datang dari ALLAH, yang kurang itu dari kelemahan aku sendiri..jika terdapat kesalahan info yang aku berikan, sila komen secepat yang mungkun untuk aku membetulkannya..sekian

9 Responses so far.

  1. deCrewz says:

    Banyak Jai jumpa artikel pasal kesalahan menggunakan perkataan salam tapi xtaulah pulak pasal kesahihannya sebab perkataan salam ustaz2 pun banyak guna..

  2. Unknown says:

    betul2.... dah itulah manusia.. tak mengkaji dulu sebelum menyebarkan sesuatu perkara.. ramai je yang bersikap macam tu...

  3. tul2 Zack..
    semasa mula aku terima artikel ni aku pun dah curious sebab aku bukan jenis yang percaya bulat dan setelah aku siasat pasal artikel ni, memang ternyata banyak percanggahan. adehh!..

  4. wow....dahsyat gk tu...huhu

  5. Kan..
    Betul tu zack..
    Nasib baik aku tak keluarkan entry pasal ni dalam blog..

    *Asal ko tak guna komen pop-up window?????? Lagi senang kot

    Entry Terbaru: Tuan Direktor! Pilih Kasih Eh!!

  6. Raden says:

    aku penah ke wat huh??
    aku slalu merepek lam belog..
    takot..

  7. Burungman says:

    hehe.. orang iluvislam memang hebat2 dan pandai menegur..

    "saudara, artikel yang saudara hantar ini sangat bagus.. tetapi, kami sudah pernah menjumpainya sebelum ini.. alangkah baiknya sekiranya saudara membuat artikel yang lebih ikhlas dan datang dari hati.."

    sejak tu, aku tak main copy paste dah.. haha

Share