Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

sahabat blogger

Ha, isu hangat antara blogger dengan blogger. Dalam dunia blog, macam-macam boleh berlaku. Jadi isu hangat kali ini adalah pendapat blogger dalam sesuatu isu. Yela, blogger kan ada "hak untuk bersuara" untuk mengatakan sesuatu pendapat. Tak salah bagi pendapat tapi kene jaga perasaan orang lain juga.

Bulan Januari dengan bulan Februari ni ada jer gathering yang dianjurkan oleh blogger. Meriah ker? Itu kene la baca blog yang update mengenai gathering. Hanya yang pergi gathering jer mampu mengetahui suasana meriah sesebuah gathering itu. Lepastu, balik2 dari gathering tak sangka masing2 ada vlog. Jadi apa isunya?

Makin Femes Makin Tak Best Entry..???

PANAS : GADOH, BENCI SEBAB ENTRY YANG NI JER??

blogger bodoh sombong ????

Baca dulu entry diatas sebelum meneruskan membaca entry aku ni. Kang tak paham, tanya kat komen lak. Disebabkan kenyataan di atas, masing-masing ada yang terasa dan tak senang duduk dengan kenyataan dalam entry tersebut. Jadi, apa cerita mereka yang terasa ni?

Aku buat keputusan untuk tanya mereka ni mengenai vlog. Kalau tanya mengenai gathering tu terlalu ramai lak yang terlibat, jenuh lagi nak bertanya. Soalan yang ditanyakan kepada mereka adalah kenapa korang buat vlog dan pendapat mengenai vlog? Kene jugak dengar dari dua-dua belah pihak.

orang buat vlog
1. ikut orang yang ada vlog
2. dah bosan tulis entry so dorng buat vlog
3. lebih interaktif kalo guna vlog
3. senang nak mengekperesi kan something.. - dar
i Andyhowt

sebenarnya, tujuan kami keputrajya adalah untuk menjayakan event..dah terang2 itu vlog ben ashaari..every event yang dianjurkan oleh SB, kalau boleh, kami nak ikuti sebb nak support group nie..sebenarnya, kami semua tak tahu yang kami akan turut terlibat..kami punya video tue pun last2..ada yang menarik diri, tapi, atas permintaan dari pihak 1tube agar sumanya turut serta, kami mengalah dan join..tiba2, ini yang berlaku..fuh, .... - dari Aizuddin

- betul cakap din ,cam kebetulan je actually ,sy ingat gather bese je
vblog dapat menggambarkan situasi sebenar penulis ,maksudnya emosi ketika itu ,keadaan mereka ketika itu ,mesej yang ingin disampai kan juga akan mudah difahami ,kerana segala gerak geri penyampai dilihat penonton ,femes lain cite,isi mesej tu penting insyaallah. - dari
Imamuddin

sebenarnya tak semua perkara boleh diinterpretasikan dalam bentuk penulisan... ade sesetengah perkara yang perlu disampaikan dalam bentuk percakapan, agak dapat disampaikan dalam nada suara yang betul.
- dengan cara ini, mesej akan disampaikan dengan lebih jelas, dan semestinya dengan tepat.
- hal ini akan mengurangkan gangguan dalam penyampaian maklumat atau dipanggil communication barrier.
- sebab kadangkala, penulisan semata-mata mudah di salah anggap, sebab cara setiap org utk interpretasi sesuatu penulisan itu berlainan kerana setiap manusia mempunyai frame of reference yang berbeza.

- so kadang-kadang ade perkara2 tertentu yang pelu disampaikan dalam bentuk video blog (vlog) supaya mesej disampaikan dengan betul, dan mngurangankan salah faham untuk para pembaca / penonton - dari
Nisa Kay

xsemestinyew sape2 yg buat vlog tu akan femes, tu bergantung kpd niat masing2, vlog ni dbuat utk memberitahu kewujudan blog masing2, klo nk femes xbuat vlog pon boley femes,. lagi satu, vlog ni adalah salah satu cara baru utk berbloging, bukan hanya terikat dengan satu cara sahaja iaitu penulisan.. - dari MohdNuur Taufiq

vlog ni boleh melatih kita berkomunikasi...boleh meningkat kan keyakinan diri untuk berhadapan dengan org ramai, boleh melatih bercakap secara spontan, mudah lagi senang untuk menyampaikan sesuatu kepada org ramai...sangat relevant untuk masa kini..walaupun vlog aku hancuss....hahah - dari Faizal fredley

vlog nie macam kita buat persembahan kat depan org ramai gak..cuma lainnya..xde orang depan kita..just kamera dan kameraman je...vlog nie lebih mudah disampaikan dan lebih mudah untuk difahami apa yang hendak disampaikan...

vlog nie dapat menaikkan keyakinan diri..memang sesuai untuk siapa yang rasa diri die tue xde keyakinan..vlog nie gak..dapat lihat keikhlasan seorang blogger tue dalam arena blogging..nape atq cakap camtu sebab..yela..dalam penulisan..kita boleh je menipu apa yang kita nak tipu...so..dalam vlog..nak menipu tue satu benda yg mustahil..sebab orang nampak cara penyampaian kita...

vlog bukan nak cepat up kan diri kita..tapi kita cari benda baru..yela..asyik penulisan je..bosan la..kalo guna vlog..kita boleh buat 2 keje dalam satu masa..sambil dengar..sambil buat keje lain..ye dak.?
- dari Atiq Salleh

Saya buat vlog sebab bina kenyakinan yang dah semakin memudar ni. Saya dah cakap pun kat blog saya pasal tu. Vlog salah satu cara untuk kita buat anjakan paradigma dalam diri. - dari Hanim

vlog bagi satu adalah salah satu cara kita berhadapn dgn orang ramai
kira macam practice diri kita berani bercakap
bukan senang nk bercakap
lagi2 kalo ada input
kalao dpn camera pun gagap
apatah lagi kalau depan orang ramai
nanti dah biasa xda la kita rasa gugup n shaking satu badan bila cakap :)

then melatih diri kita untuk menggunakan body language
means that bila kita bercakap
kita ada cara kita tersendiri nak menyampaikan
kalau kaku
orang pun bosan
so dengan cara itu kita bole hilangkan rasa gugup kta and boleh membuatkan orang yg dgr kita bercakap tekun dan fokus dekat kita :)

besides that kita boleh tonjolkan bakat kita yang lain
yelakan
asik menulis je
so bila kita buat video then bercakap dengan gaya kita tersendiri
orang akan suka :) - dari
Akmal Hilmi

Entry ini agak panjang, kalau rasa-rasa tak berapa minat nak baca boleh pangkah. Diatas adalah pandangan mereka yang aku terima dari messagge di facebook.

Pandangan dari blogger lama yang ada vlog

dah berapa kali kot .. tak semua benda kita suka baca / tengok / rasa
selera kita lain2
tak suka = pangkah
takda pun dorang paksa blogger tuh untuk tengok kan ?


Taknak baca ke entry dari ben ashaari?

Aku .. entri aku sehingga sekarang pon masih lagi 'sampah' ... Takde apa yang aku nak banggakan dengan entri aku .. Tapi nak dibandingkan dari mula aku berblog , aku rasa ada peningkatan la sedikit dari segi penyampaian ..

Berkaitan dengan vlog .. Bukan senang nak buat vlog.. Yang buat ni pulak bukan pelakon.. Sudah pasti mereka cuba sedaya upaya untuk melakukan dengan terbaik .. Jika itu hasilnya , maka anggaplah itu permulaan kepada sesuatu yang baik .. Apa salahnya mereka nak bervlog ? Kalau tak suka tengok , maka pangkah.. Sama konsep dengan blog .. Tak semua blog itu menepati citarasa pembaca .. Tak suka ? Pangkah.. g cari yang lain .. Tapi jangan lupa , setiap kali mereka buat , setiap kali itulah mereka akan perbaiki.. Pengalaman akan mematangkan mereka ..


untuk baca keseluruhan entry, klik entry ini Jangan Lupa! Segalanya bermula dari 'sampah'!

Ini dari broframestone..

Semua memperkatakan isu blogger menghentam blogger yang dikatakan menghasilkan vlog untuk menjadi femes walaupun vlog tersebut baru pertama kali mereka lakukan dan masih tidak mempunyai isi.

untuk baca keseluruhan entry, klik entry ini Kalau Hati Dah Busuk, Orang Buat Apa Pun Nak Hentam

Ini dari amir izzat

Mamat Lesen L.

" Ekeleh mamat ni. Baru je ambil lesen L? Tak dak klas langsung. Aku dah lesen P laa.."

Restoren baru.

" Haktuih! Makanan tak sedap! Sedap lagi aku masak. Apa da punya restoren/ Chef mana yang masak ni?" keluh Chef Matimatitaklamalagi.

Blogger baru.

" Blog mende nih? Penulisan macam budak darjah satu! Takdak isi! Hampagas lebih! Hampeh..nyesal aku datang sini." keluh seorang blogger.


untuk baca keseluruhan entry, klik entry ini Lawak La Blogger Yang Tak Bodoh Tapi Nampak Macam Bodoh Tapi Bukan Bodoh

Sekarang masing-masing dah bagi pendapat. Korang jangan baca entry je yer, baca sekali semua yang komen-komen yang dalam blog. WOW!terserlah ramai yang tak senang jugak yer melihat vlog "tak ada isi". Mudahnya mengeluarkan pendapat. Sampai berbalas komen. Hebat-hebat semuanya. Entry aku yang lepas baru jer cerita mengenai Setiap Blog Ada Penyokong Yang Menyokong Blog Masing-masing.

Tak menerima pendapat orang lain? Pendapat yang macamana tu? Adakah kita boleh bagi pendapat yang menjatuhkan seseorang? Ada vlog? Boleh tonjolkan kepada mereka macamana nak buat vlog yang ada isi? Tak nak mintak pendapat dieorang? Nak orang nampak pendapat kita jer?

Jadi macamana nak setel? Takpe, biar aku yang mulakan..

Aku secara sukarela mewakili rakan-rakan yang tersinggung dengan kenyataan yang diperkatakan dalam entry dan juga komen-komen dalam blog ingin memohon maaf jika ada silap salah.

Pertama - Mintak maaf la yer sebab tak mampu nak buat entry yang mantap, entry yang ada isi, entry yang berkualiti, entry yang kejar populariti? Mungkin ada banyak yang perlu kami belajar dalam dunia blogging.

<-- blog baru setahun jagung, entry pun masih tak berapa kualiti


Kedua - Mintak maaf la kalau gambar-gambar gathering tersebut tidak sesuai untuk tatapan pembaca. Maklum la, masing-masing rasa teruja nak update apa yang best masa gathering. Sampai terlupa ada orang tak minat nak tengok gambar-gambar gedik mereka dalam blog.

Lepas ni letak gambar tulisan jela "SAYA DENGAN BEN ASHAARI", tak perlu gambar.

Ketiga - Mintak maaf la jugak kerana dengan hasil-hasil vlog yang dihasilkan oleh rakan-rakan telah pun menjejaskan bandwidth broadband. Mintak maaf la sangat-sangat kerana telah membuang masa korang yang melihatnya. Tapi terima kasih kerana sudi jugak nak tengok.

Cop, aku pengguna maxis broadband.

Jangan patahkan semangat rakan rakan .. Mereka memerlukan sokongan .. Apakah itu lebih teruk dari melalak di tepi longkang atau dok berpelesiran di pusat membeli belah ? Mereka cuba mengcungkil bakat mereka.. - ben ashaari

Akhir kata, mintak maaf kepada semua yang memberi pendapat tak kesah la melalui entry atau melalui komen di blog, mintak maaf sangat-sangat jika penyampaian kami dalam dunia blogging ini masih tidak menepati citarasa yang korang perlukan dalam dunia blog.

Mintak maaf juga kerana tak senang duduk dengan pendapat yang diberikan, almaklum la kami ni jarang sekali terima pandangan yang sebegini. Tapi kami cuba untuk menerimanya. Mintak maaf la sebab korang tak dapat apa dalam vlog tu. Apa yang kami buat semua itu adalah cuba untuk mempertingkatkan prestasi dalam dunia blog. Kami juga insan yang biasa yang masih melakukan kesilapan.

Nota:
Tak perlu nak buat entry berbangkit-bangkit. Ko jugak yang tunjukkan kelemahan sendiri dengan buat entry topik sama.

Siapa yang salah? Siapa yang betul? Tak ada orang yang salah, tak ada orang yang betul. Masing-masing ada kekurangan masing-masing sebab tak semua orang sempurna. Bukan senang nak puaskan hati semua orang. Mintak maaf la yer, aku dan rakan-rakan blogger akan cuba perbaiki apa yang kurang.

Tutup cerita. Noktah. Peace no war.



p/s:esok nak melawat budak sakit(Kyerull) kat HKL, ada cadangan apa hadia yang sesuai? ^_^ (panjang giler entry ni)

8 Responses so far.

  1. gile ah panjang isu ni...ape la yang susah sgt...kita ada hak masing masing..hormati hak masing2 sudah..tak perlu nk cakap dia ni camni..dia ni camtu...xbest la kalau jadik camni...adik2 yg baru naik nnti mesti patah semangat tgk yang dah lama asyik gaduh je kan..so...sape nk buat sape takmo buat..biarkan je diorag...TH rasa xyah nk kecok2..hmmm...isu panas nih kan

  2. menarik !! tengs sharing yaa !! :)

  3. Unknown says:

    hahaha...

    panjang2 tapi aku baca sampai abis dari atas ke bawah.. haha...

    gilalah~!

  4. betol apa zack cakap tue..masing2 ada pandangan sendiri..xsalah bagi pandangan sendiri..tapi cara penyampaian tue yg buat orang tersinggung..

    KALAU XSUKA..DENGAN RELA HATI KILK JE BUTTON "X" KAT BELAH ATAS TUE..SETTLE MASALAH...

    http://atiqsalleh.blogspot.com/2011/02/memang-x-salah-pendapat-tue.html

  5. OnlyZul says:

    panjang betul entry nie...letih baca..aku tertinggal isu nie semalam..thanks zack...wakakaka..
    lantak lah diorang nak cakap ape pon..janji kita tak kacau hidup diorang..

  6. hahaha menci tak jadi org pertama!
    nak buat entri lah "TAK PUAS HATI DENGAN ZE"
    :p

  7. Anip says:

    huh!, abis juga aku baca, so, masing2 ade pendapat sendiri.

    P/s : jadilah diri sendiri. itulah yang terbaik!

Share