Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Heliza Helmi

Info terbaru dari Heliza Helmi. Selepas menubuhkan syarikat sendiri iaitu Heliza Helmi Production Sdn Bhd (HHP), penyanyi Heliza Helmi mengorak langkah ke satu cabang perniagaan baru iaitu menjual busana eksklusif seperti modest, jaket berhud dan tudung.

Untuk pengetahuan semua, perniagaan yang dilakukan oleh Heliza Helmi ini hanya menerusi laman web dan email. Menurut Heliza Helmi, pelanggan yang ingin membuat tempahan boleh layari Facebook Heliza Helmi atau menghantar emel di helizahelmiyasalma@gmail.com

Contoh pakaian 'modest' adalah seperti gambar diatas yang berkonsepkan pakaian tradisional Korea + tudung yang digayakan dengan reben.

Heliza Helmi

Yang atas ni pulak pakaian jaket berhud.

“Saya masih baru melakukan perniagaan ini dengan kerjasama Yasalma selaku pereka fesyen. Setakat ini, saya telah mengilhamkan idea busana modest berkonsepkan pakaian tradisional Korea dan jaket berhud.

“Saya suka pakai kardigan. Biasanya kardigan yang terdapat di pasaran agak singkat dan tidak sesuai untuk fesyen muslimah. Jadi, saya minta dia reka pakaian yang nampak sopan dengan konsep kardigan labuh paras lutut.

“Selain dari pakaian, saya juga menjual tudung, reben, skirt panjang dan inner tudung. Setiap produk dijual berasingan bagi memudahkan pelanggan kami gabung padan reben dengan inner tudung atau sebagainya,”

“Saya merasakan setiap produk itu dijual pada harga berpatutan kerana kuantitinya yang terhad dan dijual secara eksklusif. Kami akan memperkenalkan lebih banyak rekaan terbaru lagi dari semasa ke semasa. Insya Allah,”


Produk busana ekskusif dari Heliza Helmi ini dijual pada harga bermula RM25 hingga RM350. Setiap produk dihasilkan secara eksklusif dan terhad. Siapa cepat dia dapat, siapa lambat dia melepas..heheh


sumber info Mstar


p/s:semoga Heliza Helmi terus maju dalam apa jua bidang yang diceburinya..^^

5 Responses so far.

  1. wow... makin hebat melangkah ni..*tak ikut sangt pasal heliza..tp dia cantik lah..

    KAU APAHAL..?

  2. Nabiel says:

    smua pakat berebut bt entry psl heliza nie..
    lpas jmpe kt gath..hahaha..
    dpt komisen tk bro?lalala=P

  3. her huddy cardigan amt shemec skali,,sye tgode,, hehe

  4. baru tau pasal ni... ketinggalan...suka tengok stail heliza...sopan...^__^

Share