Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Kenapa Saya Berblogging

Ini adalah segmen dari group Blogger Chat yang dicipta oleh blogger Melromeo. Admin sendiri dah bagitaw, group ini diperketatkan sikit peraturannya. Ini semua untuk mengelakkan perkara-perkara yang tak diingini oleh admin. Tak suka tekan pangkah! :)
Bagi mereka yang nak join group ini sila baca peraturan yang telah dibuat:

1. Jangan Spam Link anda sesuka hati pada Status orang
2. Jangan menggunakan bahasa yang kurang sopan.
3. Jangan membuat status yang bukan-bukan.
4. Jangan membuat kecoh di dalam group.
5. Jangan menggunakan EMOSI anda di dalam group ini.

Kembali kepada segmen, kenapa saya berblogging?

1. Sebab orang lain ada blog, aku pun terikat sekali nak ada blog

Pengakuan jujur ni. Kalau aku tak tahu orang lain ada blog, takkan tiba-tiba aku boleh tahu ada blog ke tak. Bermula membaca blog, baru la aku mula menceburi dunia blogging.

2. Sebab aku nak berkongsi apa yang aku ada( dalam email

Dulu aku keje part time kerajaan dan orang-orang kerajaan(kerani) ni selalu dapat email tah dari mana pun aku tak tahu. Antara yang selalu dapat adalah gambar, video pelik2, video hantu, kata-kata pengajaran dan macam-macam lagi. Dengan semua sumber itu, aku letak dalam blog. Siapa yang ikut perkembangan blog aku awal 2009 tau la.

3. Cuba untuk menceburi bidang penyampaian melalui penulisan

Sampai satu tahap, aku berminat untuk menaip. Segan jer nak taip entry permulaan, dah macam nak bagi presentation kat depan pensyarah dah malu tak bertempat. Bila aku menaip, aku dapat sesuatu yang aku anggap "keseronokkan" dalam berblogging. Dulu pendek-pendek jer entry, selang dua baris lagi..haha

4. Berkongsi info isu semasa

Aku perasan sesuatu dalam dunia blogging, ada orang berminat sesuatu info yang menarik tetapi tak ramai blogger yang post. Kiranya sumber mungkin dari gambar google, email dan sebagainya. Aku pun mula la cari sumber yang menarik dan untuk dikongsikan kepada semua.

5. Ingin memiliki sahabat dalam dunia blog

Terus terang aku guna konsep kenal-kenal untuk bersahabat dalam dunia blog. Bila dah kenal, baru la singgah blog. Contohnya dulu aku ni selalu lepak kat chatbox GB tu sampai orang pun naik muak. Sebabnya asal dieorang on9 dan bukak tengok kat chatbox GB mesti ada aku dan geng2 chatbox yang lain. Hanya mereka yang tahu jer kenal macamana suasana dalam chatbox GB suatu ketika dahulu. Gelak-gelak, cerita hantu, main teka-teki, kene tegur, kene spam, bergaduh dan macam-macam lagi. Seronok woo dulu...

6. Nak dapat duit melalui blogging

Yang ini masing-masing tak perlu nak hipokrit cakap "aku pasang nuffnang saja-saja jer", "tak pikir duit la". Niat ingin tahu tu mesti nak tahu jugak boleh ke buat dari blog boleh buat duit? boleh ker? Boleh jer tapi sekarang dah lain. Lain macamana tu aku pun tak pandai nak jelaskan, kene tanya yang lebih pakar.

7. Menceburi satu bidang bukan yang aku minat seketika dahulu

Dulu SPM bajet cita-cita nak jadi arkitek(sebab amik lukisan kejuruteraan). Pastu belajar kejuruteraan awam. Tiba-tiba ada blog?hahah Kadang-kadang pikir-pikir balik nak tergelak jugak aku ada blog ni. Maklum la, tak ada basic it. Dulu, 95% aku belajar buat blog pun semua tutorial dari laman web Indonesia. Mana jumpa lagi tutorial dalam bahasa melayu masa tu. Sekarang dah banyak.

8. Nak memeriahkan dunia blogging

Macamana nak meriahkan dunia blogging ni? masing-masing ada blog, masing-masing ada cerita yang nak dikongsi dalam blog. Bila banyak cerita jadinya dunia blog ni tak berapa suram dengan isu serius sahaja. Isu menarik ada, isu lawak ada, isu lucah lagi la ada..^^,

9. Ingin mengenali lebih dalam ilmu berblogging

Masa ni la terpikir trafik, entry kualiti, permainan SEO, tips berblogging, tingkatkan prestasi blog dan macam-macam lagi. Semuanya berkaitan ilmu. Sebenarnya kalau nak berblogging ni kene ada ilmu. Bukan main redah jer.

10. Memberi pendapat sesuatu perkara

Bila dah setahun berblogging ni, aku cuba untuk memberi pendapat sesuatu perkara. Ada yang terlalu sensitif? Ada yang terasa? Aku minta maaf awal2. Masing-masing punya pendapat berbeza. kadang-kadang pendapat ni boleh jadi tak serius, tapi bila jadi serius lain la suasananya.

11. ..(tiba-tiba tak ada idea nak tambah lagi lak lak..heheh)..

Amboi, panjang bebenor entry aku ni..haha Bukan senang aku nak tulis macamni. Kenyataan diatas adalah kenapa saya berblogging. Sebenarnya semua point tersebut adalah peningkatan cara aku blogging dari mula-mula aku berblogg hingga aku sekarang. Masih banyak lagi yang perlu aku tahu dalam nak beblogging ni. Sama-sama la kita mencari matlamat, kenapa saya berblogging?

Blogger yang join segmen ini juga


p/s:rasa seronok bila menulis, itu yang paling menarik dalam dunia blogging bagi aku..^_^

12 Responses so far.

  1. ze, mana ada menulis.
    dah suka sangat menaip lar. :p

    (org pertama komen ke ni?) haha

  2. banyak betul sebabnya, heheh.. geng bloggerchat datang melawat..

  3. @Azman Roslan hahah..tiba-tiba rasa rajin nak menaip..terima kasih kerana datang melawat..^^,

  4. zt-zati says:

    ni yg aritu..??
    banyak gile sebabnya..

    banding ngan sy, skit je..
    mb sebab faktor masa..
    so, xdpt nak pk sngat time tu..
    huhu

    http://zt-zati.blogspot.com/2011/02/kenapa-saya-berblogging.html

  5. hye kawan 5 serangkai.
    hehehe..

    eh eh, reason u berblogging hampir sama laa dgn i
    :)

  6. @AMOI KUSUT yup, hampir-hampir sama..^_^

  7. fakta mnrik ni..disukai ramai...heheeeee

  8. no 1 tu, aku rasa ramai yg start buat blog sebab tu.. macam aku jugak.hehe


    Pendapat anda?
    jangan cepat melatah

  9. @Woofer Storm mestilah fakta, tak ada tipu-tipu..^^,

  10. @Hasrol Nizam taw takpe, rasanya sekarang dah terlalu ramai memang orang berblog sebab nampak orang lain ada blog..

Share