Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Ameng Spring Mengaku Memiliki Dadah | Bersalah Atas Dua Pertuduhan

Apa nak jadi la ni. Bosan sangat ke hidup sampai kene amik dadah? Lagi seorang artis atau penyanyi yang ditangkap kerana memiliki dadah. Inilah dikatakan lagi diharamkan, lagi itu manusia akan buat. Kiranya dadah tak haram la yer, yang haram orang yang memilikinya atau yang menghisapnya macamtu?

Penyanyi Kumpulan Spring iaitu Ameng atau Wan Aminuddin Wan Ismail berumur 41 tahun mengaku bersalah kerana memiliki dadah. Ameng menghadapi dua pertuduhan iaitu memiliki dadah kanabis dengan berat kasar 122 gram dan dadah methamphetamine dengan berat kasar 1 gram. Kedua-dua dadah ini dijumpai di dalam sebuah sebuah bilik hotel, di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 1 Februari 2011, pukul 5.20 petang.

"Saya harap jasa baik tuan hakim untuk lepaskan isteri (saya) kerana semua ini kesalahan saya," katanya sambil menambah mereka mempunyai seorang anak kecil berusia tiga tahun yang sedang sakit lelah dan sangat merindukan isterinya.

sumber info, KLIK SINI

Yang haram tu tetap haram. Dan segala yang telah diharamkan itu jangan la kita dekati, jauhkan diri dengan semua perkara yang haram. Jangan dipertikaikan lagi benda yang telah diharamkan oleh agama, kalau anda menentangnya bermakna anda menentang agama. Semoga kita semua dijauhkan melakukan perkara-perkara yang haram.




p/s:jaga la memalukan diri sendiri dengan perkara sebegini..

4 Responses so far.

  1. DAH TAKDE ORANG MINTA NYANYI.. APA LAGI HISAP DADAH LA..

  2. Gimi says:

    pasai pa jadi trend artis jual dadah ni..

  3. Kak Mahh says:

    Suami-isteri....anak-anak dia macam mana?

  4. afifah says:

    rezeki Alah da bg bleh plak wat cmni..

Share