Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

sahabat blogger

INI ENTRY SAMPAH! Bila dikatakan entry sampah, ia berkaitan dengan penggunaan bahasa penulisan yang agak keterlaluan dan agak kurang menyenangkan. Aku bagitaw awal-awal, tak suka tekan pangkah! Ini entry marah. Lagi sekali, tak suka TEKAN PANGKAH!

Pelacur? Ya, gelaran yang terlalu HINA! Terlalu menjatuhkan seseorang itu ke tahap yang dia sendiri tahu bertapa malunya jika digelar PELACUR! Kalau pelcur sendiri malu tutup muka bila kene tangkap, inikan pula dikaitkan blogger PELACUR? BLOGGER PELACUR???

Ya, aku mengaku AKU BLOGGER PELACUR. Meh baca sampai habis entry aku ni. Tak suka TEKAN PANGKAH!.

1. Aku memang BLOGGER PELACUR, bila aku sendiri yang MELACURKAN(mengaibkan) nama blogger lain dalam entry aku.

ulasan:

Sendiri tak ingatlah dalam blog cerita pasal blogger pelacur bagai, tapi tak sedar diri sendiri juga adalah BLOGGER PELACUR! Kau mengaibkan nama blogger lain tu kenapa? Adakah dia ada mention nama kau dalam blog dengan menaip ********** adalah BLOGGER HINA? BLOGGER PELACUR? BLOGGER SAMPAH? Ada dia buat statement tu? SILA PRINTSCREEN!!! Jadikan sebagai header sebagai bukti dia ada mengaibkan ko.

2. Aku memang BLOGGER PELACUR, bila aku sendiri yang berLAGAK blog mempunyai pengetahuan, pengalaman dan pemerhatian (3P).

ulasan:

Dah rasa tinggi ilmu pengetahuan? Terlalu banyak pengalaman? Dah layak nak jadi pemerhatian? Amik situasi ini : Adakah seseorang pelajar mempunyai ilmu yang penuh dikepala sebelum menduduki EXAM? Tapi ilmu yang dibaca itu bermacam-macam? Dan tak mustahil tak ada kesilapan?

Begitu juga dalam dunia blogger. Ada blogger tahu nak buat entry menarik ada blogger tak berapa nak tahu. Jap, nak tanya. MACAMANA NAK BUAT BLOG YANG MEMPUNYAI PENGETAHUAN, PENGALAMAN DAN PEMERHATIAN? Kalau tahu sila tunjukkan. Idea orang tak semua sama, tak semua yang ada idea yang bernas tapi masih boleh perbaiki dari semasa ke semasa.

3. Aku memang BLOGGER PELACUR, bila aku sendiri kutuk orang buat VLOG tak ada isi tapi diri sendiri tak ada VLOG yang ada isi.

Nota:

Isu VLOG boleh tutup sebelah mata jer bila ada individu yang berlagak memberi pendapat mengenai VLOG tak ada isi, ramai yang tampil dengan berani tidak menyukai VLOG tak ada isi. Ada yang terasa? Kau sendiri ada jaga perasaan orang lain? Tak suka TEKAN PANGKAH! Susah ker?

ulasan:

Aku tujukan ulasan aku ini kepada mereka yang HiPOKRIT yang bergelar diri sendiri adalah SAHABAT!! Pembuat VLOG tak ada isi ni MEMALUKAN DIRI SENDIRI? Mereka yang tak boleh menyanyi tak layak masuk BLOGGER IDOL?

Jap, tak nak tanya ke dieorang yang buat VLOG tu? Beraninya buat VLOG? Dieorang malu tapi dieorang BERANI! Tak dinafikan, ada yang malu nak buat VLOG tu. Kalau aku pun malu. Malu itu sebahagian daripada iman. Tapi ieorang berjaya perkenalkan diri yang berstatus blogger dalam VERSI VIDEO kepada orang ramai! Kau ada?? Tak ada!

VLOG tahpahape? Cuba kau buat sikit VLOG yang berguna sikit. Kompem ayat atau tips ko tu copy paste dari tips2 blogger lama. Sama jer. Tak ada isi pun. Dah rasa hebat nak bersuara? TONJOLKAN diri tu! Blogger Idol? Takkan nak suruh artis yang masuk?

Kau ni pernah pergi karaoke ke tak? Adakah mereka yang karok tu semua yang berbakat? Adakah yang pergi karok tu suara sedap? Masing-masing ada stai tersendiri. KESERONOKKAN! KEPUASAN! Apa yang ko tau ni? Sekurang-kurangnya dieorang berani untuk mencuba.

YANG KO GATAL TENGOK VLOG DIA APASAL? Kalau tak suka tekan PANGKAH!

4. Aku adalah BLOGGER PELACUR, bila aku sendiri pun bukannya bagi komen pandangan yang offensi sangat kat blog orang lain.

ulasan:

Setiap blog ada tarikan tersendiri. Blog tak menarik? Kau buat blog mula-mula tu dah terus boleh buat blog menarik? Ada kekurangan jugak bukan? Jangan terlalu bangga sangat kau tu blogger yang BAGUS dari semua segi.

5. Aku memang BLOGGER PELACUR, bila aku mengata blogger tu mengejar trafik, hits, wang iklan dan rating populariti 'semata-mata'. Tapi aku sendiri pun buat macam tu jugak

ulasan:

Terang lagi bersuluh. Tak payah suluh pun dah terlebih terang. Jap, aku ternampak ayat ini, "blog jenis SEO" dan "Mengambil kesempatan atas sebuah fenomena dan situasi panas blog lain dengan niat menaikkan rating blog sendiri adalah suatu kerjaya yang tidak patut."

Aku memang kejar trafik, sebab tu aku promosi blog aku ni. Kalau tak aku update blog dan duduk diam-diam. Aku memang kejar hits, dari situ aku tahu ada orang baca blog aku even dia tak komen. Aku memang nak orang kenal blog aku, sebab tu ada yang kenal blog aku.

Dah nampak bukan? Apa yang kau tahu mengenai blog jenis SEO? Yang ini aku akan cerita lain kali, kang dah lari topik lak. Setiap blogger ada tujuan masing-masing. Kalau tak ada tujuan pun, CERITA LA SIKIT APA TUJUAN KO BUAT BLOG? HANYA TAW KRITIK CARA ORANG LAIN? Cara sendiri dah bagus?

Dah nampak semua alasan mengenai AKU MEMANG BLOGGER PELACUR! Gaya bahasa ENTRY SAMPAH yang tak pernah aku buat. Ada lagi.

KEPADA YANG MELUAHKAN PENDAPAT MELALUI KOMEN

Aku bukan melulu baca entry jer, dengan komen2 yang ada tu aku baca sekali. Setuju dengan kenyataan BLOGGER PELACUR kepada mereka-mereka yang tak bersalah? Masing-masing rupanya peminat blog yang ada VLOG rupanya. Tapi dalam diam KUTUK lagi orang yang ada VLOG. Kau ingat aku tak tengok URL BLOG masing-masing?

wa selalu je jenguk blog ****** tue.baca dan komen. tapi dia haremm nk singgah blog wa n komen.maklum la dia da pemes kan. wa xkisah. tue cara dia berkawan.pilih bulu.

Inilah SAHABAT! Mengata belakang. Depan-depan gurau-gurau, gelak-gelak memuji BLOG dan VLOG tapi semuanya bertopengkan SAHABAT!. Jangan rasa ilmu dah tinggi dah boleh tindas orang lain. Setiap orang ada kekurangannya.

Pendapat yang buat orang lain terasa? SUKA? Kalau sahabat sendiri dihina, aku juga terasa. Kalau sahabat sendiri dijatuhkan, aku juga terasa dijatuhkan. Kau juga sahabat mereka yang kau jatuhkan air muka dia? Tak terasa? Ada aku kesah? Sebab kau sendiri tak kesah!

Nota:
Dalam entry pun ada gambar orang tak tutup aurat, apa kes nak gelar orang lain bLOGGER PELACUR?cakap tak serupa bikin.

Aku dah bagitahu awal-awal, ini ENTRY SAMPAH! Tak suka TEKAN PANGKAH!PANGKAH!dan PANGKAH! Eh, dah baca sampai habis? Tak nak komen? KLIK PANGKAH!




p/s:sekarang trend jatuhkan maruah dan kritik blog orang lain..sekian

42 Responses so far.

  1. huh...zack..sabo yer...huhu takut~

  2. oh tidak saya terasa cemere saya rosak! WEET2! ahah terbaek lah zack amik depa..

  3. OnlyZul says:

    haha..terbaik entry nie..
    erk..no komen...

  4. suke gler entry nie...

    yup..aku pun blogger pelacur..so ada ko kisah.?

  5. aslann says:

    terbaekk zack!! suka baca.tapi xde symbol right pulak nak tekan.

  6. ok aku dah tekan pnagkan tapi setelah baca entry sampai habis dan bagi komen sekali...hhaha...relex ze....biarkan dia dgn dunia nya...isu vlog aku terasa sb aku ada buat vlog..kalau si dia tu hebat sgt apesal dia x buat vlog yg ada isu utk diketgahkan....hehehe...syabas ze...

  7. Mera Zati says:

    sy memang terasa sgt sebab sy pun masuk blogger idol yang tak pakai satu sen pun duit si bahangang LR itu :)))

  8. tika says:

    setuju ngn zack...
    err..nk tekan -like-

  9. Unknown says:

    wah.. makin pening aku ngan blogger skrg nie.. x macam dulu... tenang je...tepuk dada tanya selera.. epy blogging.. =)

  10. hahahaha. suka! terbaek lahh bro

  11. hahaha..... suke3.... zack i vote 4 u....

  12. Nizam says:

    rilek2...
    sabar bro..
    kita marah jangan sampai kita pun jadi macam dia...
    cool... :)

  13. zool says:

    hehehe.. aku dah baca blog tu...
    aku baca pun tak berapa nak suka..
    blog masing2 punya cara sendiri. tak suka tekan pangkah je.. buat apa nak kondem org kan???

  14. Unknown says:

    ermm...der gua suka...so,xleh tekan pangkah r nie der....tp dah habis bace...dah habis komen...dilema gua der...pape patot gua buat nie...gua suke entry lu nie der...adeh....


    SEMPOI....PEDAS...bagos...

  15. Unknown says:

    oleh kerana entry ko best... masuk dalam entry aku~!

  16. Mr.Eye says:

    hurm...hot issue here and there.
    well.. the reality of life and sometimes shit happen. this kind of dirty tactics only played by coward and all of us know how coward he is.
    and this kind of shit will never stop since we can't never shut people's mouth.
    "berat mata memandang, berat lagi bahu memikul".
    kpd cik yuyu zulaikha, just be patient.
    anggaplah ini sebagai satu cabaran alam maya yang perlu ditempuh untuk mencapai kejayaan.
    and Allah always there for truth. ;)

  17. Raden says:

    abg zack ku memg bukan pelacur. kau da la ensem zack!
    mamat busuk tuh ntah pape. die nk up kan traffic die tuh..ooo..such a pathetic way to do so..

    i gave him L..stand for LOSER!

    gwe pon da sound die td..die yg mnumpang populariti org. Haktuih!

    kalau ia pun tak suke entry org, jgn bace. suketi org la nk watpe kn? da blog org..bkn blog die. cis~bungops kau!

  18. Tanpa Nama says:

    yeah! aku suke blog ko.. nak copy paste msuk dlm blog aku mmg xleh.. sbb hak milik kom luahan hati ko.. aku ada bca gak blog orang tu... nak komen mmg aku xbrani sbb aku baru lg.. ilmu pun tarak.. btw, aku saluté kaw.. XD

  19. aiyooo. pening aku bca. haha...
    eh, vlog tu pebnde errr....err, aku jrg online skrg. mmg jakun betul tak tau pebende tu....heee

  20. the best part is..kalau tak suka tekan pangkah ..
    tiada paksaan kan.. kenyataan balas yang bagus :)

  21. aku pun menyampah blog lensarosak tu..dasar.

  22. woaaahhhhhh!
    sabar ye inchek.
    org boleh berkata tapi kita tahu apa yg kita buat.
    ada juga ramai yg dlm situasi yg sama.
    tenang k..

  23. lantang padat sentap dan menyentapkan..

    tetibe datang ilham nak buat sajak plak.. nguu.. =p

  24. myLady says:

    entry si lensa....
    ade yg kene amik isi die...
    cume yg tak bagus too direct ...
    ada letak nama...
    tak patut berlaku...tuh je...:)
    peace ,,,

  25. iena says:

    garangnye..hee~tapi,betulla apa yang ditulis tu.saya blogger baru,terkejut jugak bila baru tau ada fenomena mcm ni dlm dunia blogging..

  26. hurm...tu lah zack...bagi aku entri dia ade jugak yang ade idea...yang bagus...cuma bab2 kritik direct dengan bahasa kasar yang aku x brapa minat...macam x boleh jaga hati orang lain...

  27. zack punya entry terbaek wooowwwott!ekkkk..tercekik!!!
    gua sebenarnya.......
    sokong lu!!!!!

  28. Unknown says:

    soalan terjawab
    good job zack :)

  29. marah bebenor ko ni.. kalo aku rilex je.. :)

  30. Ze_Mhis says:

    wahhhhh panas.. panas.. adakah saye telah ketinggalan apa2? tapi topik ini memang hangat. jgn cakap tak serupa bikin, nanti orang benci. kan?

    hepi blogging

  31. sokong kamu zack! nice! memang panas.. tapi aku tetap baca gak.. tak terdetik pun nak pangkah.. Haha.. suka! like banyak2!

  32. Unknown says:

    x smpi hati nk tekan pangkah coz i'm agreed with u 110%.. that blogger lbih kpd nk kritik dgn alasan menegur... tp hakikatnya lebih kpd nk mnjatuhkan blogger lain.. sorry to said.. menaikkan populariti blog dgn cara mnjatuhkan n menghentam org lain amat amat la keji...

  33. Irwan says:

    salam tuan...

    pasal pelacur blogger, saya kaji dan dapati cik Yuyu tak termasuk:

    http://aderberani.blogspot.com/2011/03/pelacur-blog.html

    dan berkaitan dengan buat blog sebab nak jana duit, aku tarahal dengan semua tu...

    http://aderberani.blogspot.com/2011/03/blogosphere-sebagai-industri.html

    dan berkenaan dengan otai kita ni...

    http://aderberani.blogspot.com/2011/03/komen-kepada-titipan-ilmiah-ke-alam.html


    cuma satu jer saya nak komen kepada tuan: tak mau la mencarut...please

  34. Tanpa Nama says:

    can somebody give me the link???

  35. aku sokong ko la bro. memang haram jadah kan blog tu suka malukan org lain dan serang blog orang. patut r org benci. dasar blog picisan. aku x pangkah ni! haha~

Share