Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sharifah Shahira Sah Menjadi Penyampai Radio Suria FM

Ada sesiapa yang selalu dengar radia Suria FM? Radio Suria FM antara radio yang banyak memain lagu-lagu lama tapi ada juga lagu baru. Aku lagu lama-lama ni tak masuk sangat dengan diri aku ni. Member aku Zairie ni suka la dengar radio Suria FM ni.

Sharifah Shahira atau lebih mesra dengan panggilan Shira akan digandingkan dengan Zizi dan Halim Othman untuk slot pagi, Suria Breakfast selama empat jam bermula pukul 6 pagi setiap hari Isnin hingga Jumaat.

“Ya, saya akan menjadi salah seorang penyampai radio Suria FM. Walaupun pertama kali bergelar penyampai radio, saya akan cuba melakukan yang terbaik mengikut cara tersendiri.

“Saya menerima tawaran ini kerana tertarik dengan Suria FM dan mahu mencuba nasib sebagai penyampai radio. Lagipun, Suria FM menghargai bakat saya. Jadi, saya rasa terharu dengan tawaran ini,” kata Shahira.


Pengumuman tentang pelantikan Shahira sebagai penyampai baru radio tersebut akan diberitahu dalam satu sidang media khas: Breakfast@Suria Terbaharu di Studio V, One Utama, pukul 3 petang, Jumaat.

Menjawab dakwaan bahawa dia akan menjadi pesaing terdekat Raja Azura atau Kak Engku, Shira bagaimanapun menyerah segalanya kepada penerimaan pendengar.

“Saya bekerja untuk keluarga dan tidak menganggap kerja yang saya lakukan ini sebagai suatu persaingan kerana saya dan Kak Engku berkawan baik dan kami mempunyai stail masing-masing.

“Saya menganggap Kak Engku seorang penyampai yang terbaik,” ujarnya yang menerima tawaran tersebut melalui panggilan telefon pada awal Januari lalu.

Tambahnya: “Saya tak berfikir panjang, selepas mereka memberikan tawaran untuk menjadi penyampai radio Suria FM, terus saya bersetuju. Saya ditawarkan menjadi penyampai radio secara kontrak selama setahun.”


sumber info, KLIK SINI

Jadi sesiapa yang nak dengar penyampai radio Suria FM Sharifah Shahira(Shira) ke udara(on air), boleh la dengar minggu depan yer. Sharifah Shahira ni agak meriah jugak telatahnya. Kalau digandingkan dengan Halim Othman lagi meriah. Apapun kita tahniah kepada Sharifah Shahira kerana berjaya menjadi penyampai radio.

Maklum la, selalunya nampak dia jadi pengacara rancangan tv kali ini lak dia jadi penyampai radio. Dengan pengalaman yang dia ada, mungkin tak jadi masalah untuk dia menjadi penyampai radio. Nantikan kemunculan Sharifah Shahira di radio Suria FM.




p/s:mood - tak sehat..=.=

4 Responses so far.

  1. Unknown says:

    waaaaaaaaaa....jrg dgr suria..tp kdg2 seronok dgr dj die ngarut

  2. Anep™ says:

    huhu, murah rezeki dia, org byk ckp nie ramai org suke, heheheh

    BLOG GEMPAKZ SIOT

  3. dlu time aku kje pagi2 suka sgt bro yg kje ngan aku tu buka suria..lyan jela aku pon..

  4. z says:

    dgr suria...kdg2..konpius lak dgr sore dj2 mcm kenall...huhuh

Share