Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah)

Pada 29 Januari 2011 iaitu malam ini, jangan lupa saksikan perlawanan diantara pasukan Selangor VS pasukan kelantan untuk merebut piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah) di Stadium Melawati, Shah Alam, Selangor.

Piala Sumbangsih (Piala Sultan Ahmad Shah)

Perlawanan ini dianggap perlawanan pertama dalam Liga Super. Pasukan yang menang pada malam ini akan mendapat 3 mata sebagai pendahulu dan juga membawa pulang Piala Sumbangsih(Piala Sultan Ahmad Shah).

Info dari pasukan Selangor

Info dari pasukan Kelantan

Untuk pengetahuan pembaca, Mohd Safee Mohd Sali(penjaring gol terbanyak dalam Piala Suzuki AFF) dan Khairul Fahmi Che Mat(penjaga gol terbaik dalam Piala Suzuki AFF) akan beraksi pada malam ini. Safee akan mewakili pasukan Selangor dan Fahmi akan mewakili pasukan Kelantan. Ada ramai lagi mereka yang hebat akan beraksi malam ini seperti Amri Yahya, Safiq Rahim, NorShahrul Idlan dan ramai lagi.

Jom ramai-ramai kita saksikan perlawanan diantara pasukan Selangor VS Kelantan Piala Sumbangsih 2011 secara live ini di saluran RTM 1 atau di saluran Astro Arena jam 8.45 malam.





p/s:majulah sukan untuk negara..=)

One Response so far.

  1. mesti tgk zack jom2 =)

Share