Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

shoutmix/shoutbox/cbox

Rasanya ramai yang dah tahu mengenai shoutmix atau cbox di blog macam dah tak releven disebabkan kes penipuan blogwalking. Jadi terpulang kepada hak masing-masing samada nak menggunakannya lagi atau nak buang jauh-jauh shoutbox/cbox di blog masing-masing.

Soalan : Adakah shoutmix/cbox dah layak buang?

Mungkin ada yang setuju shoutmix/cbox memang dah layak buang(remove) dari blog. Memang tidak dinafikan memang ada keburukan memasang shoutmix/cbox di blog. Antara sebab-sebab yang mungkin adalah:

1. Penggunaan software blogwalking
- singgah di shoutbox tapi tak singgah blog

2. Tak baca entry
- lebih kurang macam no.1 tapi yang ini blogwalking jujur menggunakan shoutbox

3. Boleh memfitnah orang lain
-ni apa pulak fitnah ni?perasan atau tidak, shoutbox/cbox juga boleh memburukkan nama orang lain. Contohnya, dia nak tegur blogger itu tapi dia tak guna nama dan url blog dia. Dia guna nama atau url blogger-blogger lain. Kes ini pernah berlaku.

4. Blogger di shoutmix asyik suruh follow
-Yang ini lumrah seorang blogger baru, mesti akan guna ayat ini. Aku juga pernah guna ayat ini, tapi lepas kene tegur aku terus pencen. Tak salah pun sebenarnya tapi kalau nak follow tu, biarlah betul-betul nak follow dan bukan sekadar menambah bilangan follower sahaja.

5. ...

Yang ke-5 ini mungkin korang sendiri boleh tambah apa lagi keburukan shoutbox yang korang rasa memang layak untuk dibuang(remove) dari blog. Tetapi, masih ada yang sayang dan masih nak letak shoutbox/cbox di blog. Hak masing-masing.

Soalan : Saya nak letak jugak shoutbox/cbox, bolehkan?

Boleh saja, tak ada masalah. Aku sendiri masih membiarkan shoutbox di blog. Tetapi, jangan biarkan shoutmix tersebut dipergunakan oleh pengguna sotfware autoblogwalking. Lindungi shoutbox/cbox masing-masing. Apa yang perlu korang buat kalau nak boikot software autoblogwalking ni? Ikut tutorial ini.(bagi pengguna shoutbox)


Langkah 1

Lagin akaun shoutmix anda



Langkah 2

Klik website lock(seperti dalam gambar di atas)



Langkah 3

Isikan tempat kosong dengan url blog anda dan tekan save

Penggunaan sotfware autoblogwalking memerlukan id shoutbox blogger lain untuk diletakkan di sebuah blog yang khas untuk autoblogwalking. Bermakna mereka akan klon shoutmix kita. Jika korang dah buat tutorial di atas, mereka tidak akan dapat blogwalking di shoutbox kita sendiri melainkan mereka singgah blog kita.



Klon shoutmix kita akan jadi seperti dalam gambar. Jika mereka nak blogwalking guna shoutmix, mereka perlu singgah blog kita. Mereka datang blog bagi kita trafik dan kita singgah balik untuk balas trafik. Ini cara blogwalking yang sepatutnya. Bukan hanya duduk diam kat blog, taw2 dah ada orang singgah tapi tak singgah. Macamana tu?

Ban ip mereka di shoutmix

Ban ip mereka?Petang tadi ada blogger komplen kerana ada sebuah blog telah memburukkan nama blogger lain. Macamana tu? Bermaksud url blog tu semua sama tapi nama setiap url tersebut lain-lain. Yang ini memang saja nak buat kacau, perlu ke guna nama blogger lain?



Macamana nak ban?

Perasan atau tak, dekat shoutmix tu ada function ban dan delete. Kalau rasa tak suka ayat peninggal jejak tu, delete je la. Tapi yang guna nama blogger lain ni? Kasi klik ban ip dia. Dia memang layak kene ban.

Aku rasa dah cukup panjang entry ini. Terpulang kepada masing-masing nak guna atau tak shoutbox di blog. Hak masing-masing punya blog. Dan aku rasa isu autoblogwalking ini boleh tutup. Jangan la ada yang tanya lagi yer. Memang benda ini ramai yang tak suka dan tak mustahil isu autoblogwalking ini akan panas lagi. Masing-masing punya pendapat, masing-masing punya pandangan dan masing-masing punya penilaian berbeza. Adakah shoutmix layak dibuang atau tidak? Anda yang tentukan sendiri..

Entry berkaitan..

Hentikan memberi harapan palsu kepada blogger baru


p/s:jadikan blog blogger yang betul-betul berblog seperti seorang blogger untuk dijadikan panduan berblog, sekian..

p/s/s:apa-apa masalah boleh la contact di fb..

21 Responses so far.

  1. ntah kan! byk yang tinggalkan link kat situ n cakap da follow tp bila tengok!x follow2 pon!

  2. saiful says:

    kalau dibuang,lbh ramai yg rajin tinggalkan komen.

  3. ala slah ke baca nk komen sikit?yg dia tulis nk plak org g bca komen..kedek tul...okeh,emo...

  4. humm.ade plak kes ginih yerk...nice in4! :)

  5. Unknown says:

    blog aku dah buang dah shoutbox.. lg pun sejak kerja nie aku dah jarang blogwalking.. seminggu bape blog je aku singgah.. sibuk sih.. so untk tidak mengecewakan reader aku yg singgah kat blog aku, aku buang je shoutbox.. mane yang komen kat entry aku insyaallah aku akan singgah balik..

  6. @░♥si lampu neon♥░ rasa nak buang, buang je la..tak buang pun bukannya ada apa-apa..hak masing-masing..=)

  7. @arep_lockermonth mengenai follow ni memang tak dapat nak buat apa-apa..=)

  8. @saiful betul jugak tu, tapi kalau la pembaca rajin nak tinggalkan komen..=)

  9. @iniialahaku erk?tak bape nak paham la apa yang bro taip..=.=

  10. @princess laila memang ada, cuma kita tak sedar..=)

  11. belalang nak biaq jer shoutmix belalang...

  12. @Zairie Husin ok la tu, janji balas mereka yang komen blog..=)

  13. diya says:

    salute lah awak ^^ thanx for the info

  14. Ryehanna says:

    thanks for this entry (tadi mls nk search. haha)

    dah buat dah! :D

  15. Tanpa Nama says:

    mengapa tidak:)

  16. Tanpa Nama says:

    czemu nie:)

Share