Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,

Krisis dan rusuhan di Mesir

Krisis rusuhan di Mesir yang hangat di mana-mana media sekarang. Kalau dah pemerintahan Presiden Hosni Mubarak tu dah tak dipersetujui, layak je la letak jawatan. Hosni Mubarak ialah diktator yang memerintah Mesir selama 30 tahun merupakan seorang pemerintah kejam, perampas harta rakyat dan juga sekutu Amerika Syarikat dan juga menyokong Israel.

Yang bagusnya adalah, orang pertama yang melarikan diri adalah anak lelaki dia(yang bakal menggantikannya kelak) dengan isterinya yang cun bersama 100 beg? Banyaknya beg yer, dalam ada baju ke ada duit tu?

sumber KLIK SINI

Ini yang paling merisaukan kerana terdapat rakyat Malaysia yang terdapat di sana. Mereka adalah pelajar yang menyambung pelajaran ke MEsir mungkin ada yang bekerja di sana atau keluarga disana, kita sendiri tidak tahu. Harap mereka dalam keadaan baik kerana sekarang ada berita mengenai mangsa yang maut di sana. Harap bukan rakyat Malaysia.

Krisis dan rusuhan di Mesir


5000 banduan terlepas?

Dalam rusuhan tersebut, penjara di Mesir telah pecah dan kini 5000 banduan terlepas?5000 ke atau 5++++++? Angka yang begitu ramai dan tak termampu rasanya nak tangkap balik sorang-sorang. Disebabkan itu, balai polis terbakar dan bank telah dirompak. Banduan itu dari golongan apa?pencuri?gangster?perogol bersiri? Makin bertambah keganasan yang akan berlaku..huhuhu

sumber KLIK SINI

Krisis dan rusuhan di Mesir

Rakyat Malaysia dirogol dan dirompak?

Bila dah rusuhan, mesti berlaku darurat. Nak keluar susah, nak makan susah, nak beli barang susah. Masing-masing takut nak keluar. Dirogol? Ya ALLAH, lindungi mereka. Dah dirogol, kene rompak pulak..huhuhu



ikuti perkembangan dari mereka yang berada di Mesir di laman blog ini
KRISIS MESIR NASIB RAKYAT KITA



p/s:Kita doakan agar mereka yang berada di sana dilingdungi dari perkara yang tidak diinggini berlaku..

6 Responses so far.

  1. moga semuanya selamat..risaunye keselamatan rakyat kita di sana

  2. tq share info ini. tak faham bila ada yang tak risau dengan apa yang terjadi.. :(

  3. MazHaR says:

    Sama-sama kita doakan kesejateraan mereka di sana...

  4. seram sejuk plak baca entry ni..risau gak ngan keselamatan dorg kt sana..Semoga Allah melindungi mereka semua...amin..~

  5. Anip™ says:

    moga mereka dalam keadaan baik yer. heheh, risau aku dibuatnya. hmm, sampai macam tu skali yer..

Share