Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Isu Pendapatan Blogger Di Radio Hotfm | Topik Keuntungan Melalui Blog | Redmummy Pangkah Kenyataan Surat Khabar

Entry kali ini adalah mengenai isu blogger yang telah dibincangkan di Radio Hot Fm pagi tadi. Ada sesiapa atau pembaca yang mendengar perbincangan di radio fm pagi tadi? Boleh la kongsikan sedikit pendapat di kotak komen yer. Isu yang dibincangkan lebih kepada keuntungan pendapatan melalui blog.

Bagi aku isu ini agak kurang gemar untuk diperbincangkan sebabnya tak semua blogger meraih keuntungan daripada blog. Mungkin ada tapi tak semua. Blog aku sendiri pun belum tentu boleh dapat RM1 sebulan. Tapi tak mengapa la, sambung cerita di studio Radio Hot fm.

Antara punca isu ini dihangatkan di radio Hot Fm pagi tadi adalah disebabkan kenyataan surat khabar Berita Mingguan yang menyatakan "Pengendali atau penulis blog kini mampu meraih keuntungan sehingga RM1 juta setahun."

Diakhbar tersebut, RedMummy ada menyatakan "Blog saya pernah mencapai jumlah tertinggi kira-kira RM12,000 sebulan". Adakah wartawan tersebut faham dengan kenyataan RedMummy tersebut?

Radio Hot fm ada menghubungi RedMummy untuk kenyataan tersebut. Dengan yakin RedMummy menyatakan kenyataan itu tidak benar. Menurutnya, ia berdasarkan iklan yang berada di blog tersebut. RM12000 tersebut bukan dari iklan di blognya, tapi iklan advertorial.

Iklan advertorial ni adalah iklan berbayar dari pengiklan terus. Disebabkan blog RedMummy agak mantap dari segi trafik, beliau boleh demand untuk iklan advertorial. Memang terbaik kenyataan RedMummy pagi tadi. Kalau nak diikutkan, surat khabar tu memang layak kene saman.

Isu yang di radio Hot fm pagi tadi banyak membincangkan mengenai pendapatan melalui blog, apa yang best buat blog, apa yang blogger selalu tulis dekat blog, kepuasan menulis blog.

Kesimpulan dari aku,

Apa yang aku dapat simpulkan melalui isu pendapatan dari blog adalah ia bergantung jenis blog tersebut. Blog ini ada macam-macam jenis dan isu yang dibincangkan adalah dari blog personal. Blog personal ni tak terlalu fokus kepada pendapatan melalui blog tetapi jika ada blog boleh dapat buat duit melalui personal blog ini adalah satu bonus untuk blogger tersebut.

Apa yang best buat blog ini adalah, kita dapat kepuasan melaluinya. Adakah anda rasa kepuasan tersebut? Ia bergantung kepada individu blogger tersebut. jangan hanya buat blog kerana "orang lain ada blog, aku pun nak ada blog jugak".




p/s:kalau terlalu mengejar sangat pendapatan melalui blog jenis personal ni, tak kemana pun..kepuasan tu takkan dapat sebab setiap hari asyik pikir kenapa duit nuff tak masuk..

32 Responses so far.

  1. Terbaik la ZACK~!!

    hahahaha...

    biar panas punggung semua orang yang berblog nak dapat sangat duit iklan nuff tu... hahahaha~!

  2. i loikeeeeeeeeeeeee! huahaha :P
    bagi arep! kalau ade duit nuffnang masok tuh kira alhamdulillah la! tade la sampai nk hidup kaya raya membuak buak ngan blogging aje!

  3. zool says:

    biasalah... tak semua orang boleh capai tahap redmummy tu..
    kalau nak cari duit dengan blog kena lah buat blog 'niche'.. apa pun terpulang pada masing2...

  4. @zooltak mustahil tapi kene berusaha la kan.

  5. zirconia says:

    kecoh hal nie kan. dengar gak masa dlm perjalanan tadi. itulah, orang yang baca tajuk je memang tak tahu cerita sebenar :D

  6. @zirconia taw takpe, kecoh sebab surat khabar punya pasal..=.=

  7. aku nak dpt satu BE dari nuff pun mencicit..

  8. DaHLia says:

    pasni kena diam2 udah laa jawabnya kan :D

  9. Kan dah tak pasal2 LHDN bukak mata...nasib baik nuff baru ada 6 hengget!!!!

  10. bagus olahan ko nie. bro wat point je pagi tadi...

    rabu nie bro akan berpasangan dengan kak red di red carpet one world hotel

  11. @DaHLia betul tu, mendiamkan diri lebih baik dari berkata-kata..=)

  12. @Sharifah nor haha..tak pasal-pasal kan..LHDN ni macam pantang jer nampak orang ada duit skit nak suh bayar cukai..:p

  13. sissyira says:

    salam...

    kita ni jangan kan nak dapat rm12000, rm 12 pun belum tentukan...itu sayalah..hehehhe


    Jom Baca dan Komen--sayang, terima kasih kerana sangat memahami

  14. aku setuju..blog aku jenis personal..so aku tulis je..bab duit kalau ada rezeki ada..anggaplah pendpatan sampingan..

  15. qemaishak says:

    duit nuff hanya bonus yg belum tentu ku dapat hehe..menulis blog tuk kepuasan & kenangan disamping tambah kenalan.

  16. Sakira says:

    Those yang memblog hanya semata-mata for money will get bored easily in blogging.

    Biar blogging yang jadi our number 1 focus, not the money. Money, is just an additional thing kott. ;D

  17. @iqbalhakimi rezeki ada dimana-mana..=)

  18. buat blog bukan untuk keja duit
    huhuuh

  19. hamya utk luahan perasaan sekurang2nya taklah biol kepala otak duk pendam2 kalau dpt duit tu ok gak kalau adaleh hehehe...duit sape yg tak nak...huhuhu

  20. zmah says:

    Kalau sebulan dapat rm12K akak pun nak juga.

  21. Tanpa Nama says:

    karaoke at www.hovvo.com..its free..

  22. Tanpa Nama says:

    no worry
    try this... http://bit.ly/lFixlO

  23. Kesabaran menentukan segalanya, Terima kasih

  24. siah says:

    Teknik 'RAHSIA' terbaru yang akan menyebabkan anda dapat RM12,000.00 SEBULAN.

    http://menjanapendapatanpanas.blogspot.com/

Share