Salam kepada semua,



Tak sangka jugak nama "Harimau Malaya" juga boleh jadi isu jugak yer. Penggunaan "Harimau Malaya" dah lama digunakan dan sekarang timbul pula isu supaya menukarkan kepada nama "Harimau Malaysia".

Harimau Malaya

Dengan kemenangan cemerlang pasukan "Harimau Malaya" memenangi Piala Suzuki AFF, seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan pencapaian tersebut. Turut tak terkecuali belia-belia di Sabah.

Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran “Harimau Malaya” yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan “Harimau Malaysia”

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan oleh pihak media.


sumber The Malaysian Insider

Kenapa perlu tersinggung yer? Adakah belia di Sabah tidak mengetahu asal usul "Harimau Malaya" yang sekarang menjadi ikon kepada skuad kebangsaan.

Harimau Malaya/Malayan Tiger

"Harimau Malaya (Panthera tigris jacksoni atau Panthera tigris malayensis) atau dikenali sebagai Harimau Belang merujuk kepada subspesies harimau yang hanya didapati di Semenanjung Malaysia."

sumber wikipedia

"Harimau Malaya" memang wujud dan erti kata lain juga dipanggil harimau belang atau "Pak Belang" dan bahasa inggerisnya pula ialah "Malayan Tiger". Berkemungkinan harimau ini dijumpai ketika itu Malaysia masih menggunakan nama "MALAYA" sebelum ditukar kepada "MALAYSIA".

Nama "Harimau Malaysia" itu dah macam merujuk harimau di Malaysia. Jika guna "Harimau Malaysia", lambang belang dan warna hitam kuning tak boleh la nak guna sebab di Malaysia ada macam-macam jenis harimau. Nak taw lebih lanjut pergi la kat zoo sana.

“Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia,”

sumber The Malaysian Insider

Bagi pendapat aku, ia tak bercanggah sangat dengan slogan "1 Malaysia".


Berita harian harini mengenai Harimau Malaya .






p/s:kalau macam tu, Universiti Malaya kene la tukar nama kepada Universiti Malaysia??

7 Responses so far.

  1. harimau malaya is just a name after all, n kevin lim, is exaggrating the facts that borneoan want the names to be change. why must the political pig bothers about harimau malaya after its winning? politics after all.

    i'm a borneon. n i dont give a damn of harimau malaya name. cause its the originality of Malaysia football scene. why dont the politicians just throw away the harimau malaya in jata negara if they really want 1Malaysia konon-kononnya.

    #harimau malaya!

    and, can u please provide a close button for your nuffnang ads?

  2. Princess MOMOY says:

    HARIMAU MALAYA
    Apsal laa diaorang ni mula nak start main politik bila dah menang AFF
    Sejarah mana boleh ubah sesuka hati

    Sebab Mengapa HARIMAU MALAYA Tidak Boleh Ditukar Kepada HARIMAU MALAYSIA !!

    MY RECENT POST: Jom Kenal KHAIRUL FAHMI CHE MAT Yang Encem

  3. sayaarief says:

    xkesah name ape asal main bagus.
    haha.

  4. ZE says:

    entah la, no komen..hehe

  5. ZE says:

    biar je la iklan tu nak muncul..hehe

  6. Unknown says:

    bagi aku harimau malaya tu bukanlah tepat kepada maksud menatang harimau tu...tapi gelaran harimau tu adalah sifat berani dari setiap inci rakyat malaysia(pemain malaysia).. dan malaya tu merujuk kepada misi kita untuk kembali ke zaman kehebatan bolasepak kita dulu..di zaman malaya... ini x ptut jadi isu sebab 'harimau malaya' dah jadi brand...bukanlah harimau+malaya.. contoh.kita panggil ,tangan, bukan tangan kanan dan kiri..harimau malaya satu perkataan...apa2 pon kita tetap bersatu..ini cuma pandangan dari orang kerdil mcam aku

Share